Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin

Petang semalam, nurin menunjukkan kepada aku yang dier dah buatkan kad raya untuk papa & mama dier. Dier pun bagi la.

Jeng jeng jeng..........



Terharu betul aku. Al maklum la, da lame sangat tak dapat kad raya. Tiba-tiba lak dapat. Hand made pulak tuhhh. Comey je...



Ni pulak lakaran dalaman kad raya tersebut.



Zoom in apa yang nurin tulis untuk papa & mama dier.....



Insyaallah nanti ada duit raya untuk nurin & alya. Jangan nakal-nakal yer, kalau tak nanti portion duit raya ditarik balik.

-------------------------------------------------------------------------------------

Di hari yang mulia ini, di bulan yang barakah ni, aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN kepada sesiapa yang mengenali diri ini dari tapak kaki sebesar 2 jari hingga la dah beranak bini.

Tuesday, August 16, 2011

Kari Kambing

Tadi ex-officemate aku telefon, dier mintak resepi kari kambing versi aku. Dia meminta aku emel resepinya tapi pikir punya pikir last-last aku rasa tulis dalam blog je la. Nanti kalau ada member-member lain nak tahu resepinya takde la aku nak tulis-tulis & pikir-pikir lagi, bole refer terus sama blog gua. Sekiranya terdapat perkara-perkara yang tidak difahami boleh berhubung terus dengan aku. Al maklum la tukang masak terjun….. Wakakakakaka

Aku punya resepi kari kambing senang aje, kalau tau buat kari ayam / kari daging haaaaaa tambah-tambah sikit je lagi. Aku nak cerita berapa banyak bahan-bahan yang perlu digunakan aku tak pandai, so agak-agak je la eik. Janji ada rasa, itu sudah memadai.

Kambing ada 2 jenis iaitu kambing (mutton) dan kambing biri-biri (lamb shoulder). Kalau sape-sape tak kisah sangat pasal bau kambing bole je guna mutton beef. Kalau tak anda dinasihatkan memasak menggunakan lamb shoulder, tapi harga lebih sikit la. He he he. Mutton / Lamb shoulder boleh dibeli di Carrefour, Giant atau Tesco. Kat pasar borong Selangor pun ade. Tak pun di pasar-pasar malam yang terpilih...

Bahan-bahannya:

Bahan A
1 kilo mutton / lamb shoulder dibasuh bersih dan direbus sehingga setengah empuk. Air rebusan jangan dibuang kerana akan digunakan untuk mencairkan santan. Aku tak rebus kambing sekali ngan kari sebab untuk mengelakkan bau dan pening yang keterlaluan apabila dimakan. Itu aku punya falsafah la, orang lain aku tak tahu. Lain orang lain caranya.

Bahan B
2 pek kari daging (adabi) yang bungkus kecil
1 pek kari ikan (adabi) yang bungkus kecil – nak guna sikit je dalam 3 sudu besar
Kari daging dan kari ikan digaulkan dengan air sebelum ditumis. Sukatan air hanya diperlukan untuk memastikan kari daging dan kari ikan sebati. Tidak perlu terlalu cair.

Bahan C
6 biji bawang kecik
4 biji bawang putih
2 inci halia

Rempah 4 beradik : bunga lawang, cengkih, buah pelaga & kayu manis
1 atau 2 kotak santan kecik (brand MS) atau santan segar (terpulang kepada citarasa masing-masing)
2 batang serai diketuk
Daun kari
Air asam jawa
Perasa - stok ayam
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
1. Bahan C dicincang dan ditumis. Masukkan rempah 4 beradik.
2. Setelah tumisan dah naik bau, masukkan Bahan B.
3. Masukkan daging kambing setengah empuk dan biarkan seketika untuk membolehkan rempah kari meresap masuk ke dalam daging kambing.
4. Masukkan santan dan air rebusan daging kambing. Sukatan santan dan air rebusan terpulang kepada masing-masing. Masukkan serai, daun kari dan air asam jawa. Kacau santan dengan api yang perlahan untuk mengelakkan santan pecah. Tengok kuah kari samaada oren pekat atau cerah, so kena adjust dengan rempah kari daging.
5. Biarkan daging kambing empuk sepenuhnya. Masukkan perasa dan garam secukup rasa. Bila rasa da ok, boleh dihidangkan.

Senang bukan? Selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birthday

  • Aku - 2 Oktober
  • Ma Mil - 19 Ogos
  • Nurin Hidayatullah - 10 Januari
  • Nurin Alya Fatihah - 21 Januari
  • Omak Aku - 21 September
  • Bapak Aku - 21 April