Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Monday, July 13, 2009

Macam Matrix La Pulak

Bile la filem-filem malaysia nak buat filem camni? Baru la thriller sikit. Ini tak abis-abis kisah cintan, jiwang2, bosan je......



Thursday, July 2, 2009

Orang Macam Ini Pun Ada Jugak Kaaaa?

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo.
Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada.
Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes.
Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan.
Tanah ribu hektar, pun hasil tipu..
Wang beratus juta juga, tipu punya hasil.
Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanjaof course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan.
Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.
Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat.
Kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku.
Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia ini.
Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata.
"Kenapa begitu bang?" tanya isterinya.
"Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula,"jawabnya lagi.
Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku.
"Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi.
Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring di kamarnya.
Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan.
Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo.
"Bang", bisiknya perlahan..
"Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk.
Sedih saya melihat keadaan kain itu bang.
Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?
"Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya.

Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini.
Berapa ramai orang yang dah I kelentong.
Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan.
Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja.
" Isterinya masih ragu-ragu."Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.
"Bukan begitu Yang.
Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati.
Mereka juga akan fikir abang dah kena soal.
Taklah nanti mereka soal abang lagi.
Jadi selamatlah abang....
""Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik le iktibar

Monday, June 29, 2009

DADDY SEX TU APE!!!!!

Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,'Daddy.daddy. ...sex tu apa, daddy..?'Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak- anak yang masih kecil.. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga,telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu.

Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.'Eh kenapa ni?'Si ayah bertanya kehairanan... Si anak masih juga menangis.'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis....

SCROLL DOWN....









NAME : ............ ......... ........... .........
SCHOOL : ............ . ........... ......... ...
CLASS : ............ ......... ......... ..........
SEX :........... . ......... ......... ...............


Sekali dier tanye jantina daaaaa..... Hingatkan ape la tadi..... Wakakakaakakaakaka

Thursday, April 16, 2009

Kenapa 'Budak Besar' Kena Kawen?

Udin baru berusia 4 tahun.
Dia tahu yang minggu depan kakaknya yang sulung akan berkahwin.
“Kakak….kenapa akak mesti kahwin?”Tanya Udin petah.
“Nanti Udin dah besar, Udin tau sendiri la….”, jawab Kakak Udin.
Nyata Udin tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.

Esoknya seperti biasa, Udin akanbertandang ke rumah Harun dan Karim apabila balik dari kelas mengaji Quran.
Harun dan Karim merupakan sahabat baik dan mereka menyewa sebuah rumah berhampiran dengan rumah keluarga Udin. Mungkin kerana sama-sama masih teruna, Udin selesa duduk melepak di rumah Harun dan Karim walaupun umur mereka jauh berbeza.
Semasa Udin sampai ke rumah bujang tersebut, Harun dan Karim sedang asyik menonton cerita kegilaan mereka, CSI-Vegas.
“Harun, kau tolong garu belakang aku! Aduh, gatalnya!” Pinta Karim.
“Ah, tak kuasa aku! Tulah! Aku suruh kahwin kau tak nak.
Kalau tak, boleh gak bini kau tolong garu belakang.”Balas Harun pula.
Udin tiba-tiba berasa amat gembira. Kini dia sudah dapat jawapannya.

“Kakak! Saya dah tahu sebab apa kakak kahwin!” Kata Udin dengan girang.
“Sebab apa?” Tanya Kakak Udin.
“Sebab gatal belakang!” Jawab Udin dengan yakin.
Bapa mereka yang terdengar perbualan Udin dengan kakaknya itu menyampuk, “Salah nak…sebenarnya gatal depan….”

Hua hua hua....... Lu pikiq la sendiri....
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birthday

  • Aku - 2 Oktober
  • Ma Mil - 19 Ogos
  • Nurin Hidayatullah - 10 Januari
  • Nurin Alya Fatihah - 21 Januari
  • Omak Aku - 21 September
  • Bapak Aku - 21 April