Thursday, July 31, 2008

Nasihat untuk diriku, isteriku, anak-anakku dan keturunanku

Disalin dari kitab "Kasyafulasrar" Pembukaan Segala Rahsia....

Firman Allah Taala mafhumnya:

'Aku berasa hairan terhadap hamba-Ku yang bersungguh-sungguh mencari harta hingga sanggup meninggalkan kampung halaman dan anak isteri kerana menjalankan perniagaan dinegeri orang. Dimana-mana saja dia berada, dia boleh belajar tentang ilmu yang memberi manfaat kepada dirinya, tetapi sebaliknya dia mencari harta yang tidak dapat menolongnya di kemudian hari. Aku tidak menyuruhnya mencari harta dengan bersungguh-sungguh. Aku cuma menyuruhnya menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh dan beramal untuk bekalan akhirat. Dia seolah-olah tidak percaya akan hari kemudian. Bahkan tidak percaya bahawa Akulah yang memerintah dunia dan akhirat. Adakah harta dapat menolongnya di kemudian hari? Harta yang banyak itu hanya menyakitinya di kemudian hari kerana halalnya akan dihisab dan haramnya akan diseksa'

Firman-Ku dalam Al-Quran:

Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku (Surah Az-zariyat: ayat 56)

'Aku berasa hairan terhadap hamba-Ku yang mengerjakan sembahyang, tetapi tidak ingat kepada-Ku. Cuma yang dia ingat dalam kepalanya ialah hartanya dan urusan dunia. Dia tidak sedar bahawa Akulah yang menggerakkan dan mendiamkan sesuatu. Aku tidak akan sekali-kali menerima amalannyakerana dia menjadi hamba harta dan bukan hamba-Ku'





Doa memulakan kerja kebun...

Disalin dari:http://tamanlandskap.blogspot.com/

Setiap kali memulakan kerja kebun elok dibaca doa berikut:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه
ٲنا صببنا الماء صبا
ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا
وعنبا وقضبا
وزيتونا ونخلا
وحداﺋﻖ غلبا
وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ من سورة عبس

Surah 'Abasa, ayat 24 - 32

Maksudnya:

24 - Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya
25 - Sesungguhnya kami benar-benar telah mencurahkan air (dari langit)
26 - Kemudian kami belah bumi dengan sebaik-baiknya
27 - Lalu kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu
28 - Anggur dan sayur-sayuran
29 - Zaitun dan pohon kurma
30 - Kebun-kebun (yang) lebat
31 - Dan Buah-buahan serta rumput-rumputan
32 - Untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakmu

AMIN.......

Lagu yang bagus bangat untuk dihayati...

Para Pencarimu - UNGU

Menjalani hitam putih hidupku membuatku mengerti
Arti hadir-Mu dalam setiap langkah-langkahku bererti
Melewati setiap detik waktuku bersama takdirmu
Membuatku mengerti hanyalah pada-Mu ku kembali
Ku bersujud kepada-Mu memohon ampunan-Mu
Adakah jalan untukku tuk kembali pada-Mu

Akulah para pencari-Mu ya Allah
Akulah yang merindukan-Mu ya rabbi
Tunjukkan ku jalan yang lurus
Untuk tempat kutambatkan langkahku
Akulah para pencari-Mu ya Allah
Akulah yang merindukan-Mu ya rabbi
Hanya di tangan-Mu ya Allah
Tempatku pasrahkan hidupku

Ku bersujud kepada-Mu memohon ampunan-Mu
Adakah jalan untukku tuk kembali pada-Mu

Akulah para pencari-Mu ya Allah
Akulah yang merindukan-Mu ya rabbi
Tunjukkan ku jalan yang lurus
Untuk tempat kutambatkan langkahku
Akulah para pencari-Mu ya Allah
Akulah yang merindukan-Mu ya rabbi
Hanya di tangan-Mu ya Allah
Tempatku pasrahkan hidupku

Sunday, July 20, 2008

Gambar Nurins Latest......






Sebenanyer tarikh gambar ini diambil adalah pada 19 Julai 2008.... Bukan seperti tarikh yang tertera di gambar..... Maleh nak set date daaaaa.....

Thursday, July 17, 2008

Pelik Tapi Benar...... Keris Berdiri





Gambar yang diambil dari pelbagai sudut....

Koleksi Parang Dan Pedang Ku.... Siri 2





Koleksi Parang Dan Pedang Ku... Siri 1





Koleksi Keris Ku



Pokok Yang Memberi Hasil

Pokok capsicum yang ku beli di nurseri kat nilai 3..... Siap aku da tuai buahnyer... Sebab masa aku beli ini pokok memang da berbuah. ade la dalam 10 biji... Memang lepas ni aku makan salad je la...Kih kih kih
Pokok cili padi yang kubeli di nurseri sungai buloh..... Selain itu, aku ada juga menanam pokok cili merah kontot, pokok kari, pokok limau purut, pokok limau kasturi, serai wangi dan pokok limau nipis (Lupe nk amik gambar)... Dulu ade gak aku tanam pokok belimbing buluh, tapi dier segan lak nak idup.. Tak de rezeki...
Pokok mangga chokonan yang bini ku beli di nurseri kat bangi lama.... Usia nya sama dengan umur Nurin Alya Fatihah..... Da berbunga woooo..... Selain itu aku ada juga menanam pokok delima, pokok jambu madu, rambutan gula batu dan manggis.... Tak tahu la menjadi ke tak. Kita tunggu dan lihat......... Pokok mangga chokonan ku sudah mengeluarkan buah.....
Pokok longan.....Orang kat nurseri tu cakap buah nya macam longan siam (isi tebal dan biji kecik). Tunggu dan lihat..

Selain pokok anggur malaysia dan pokok-pokok hiasan, aku juga ada menanam pokok-pokok yang memberi hasil. Al maklum la semenjak harga minyak naik, semua barang-barang dapur naik. Wat to do, redha je la..... Pokok-pokok nya adalah seperti diatas......

Pokok Anggur Malaysia

Anggur Malaysia jenis Isabella.....
Anggur Malaysia jenis seedless..... Kalau nak tengok anggur malaysia jenis IAC kena la datang rumah aku....jeng jeng jeng....

Inilah sebahagian pokok anggur malaysia yang ku tanam di halaman rumah. Dalam pasu je kerana kawasan yang terhad. Terdapat 3 jenis anggur malaysia di rumah ku iaitu Isabella, IAC dan Seedless. Kalau ikutkan Isabella dan IAC tu senang dijaga tapi yang seedless susah sikit dan leceh nak jaga (nak try punyer pasal beli la satu pokok baru la mencabar...hehehe), Menurut pengusaha pokok anggur malaysia, baka pokok ni memang da sesuai dengan iklim dan cuaca di malaysia. Yang penting dier cakap pokok anggur hendaklah didedahkan pada cahaya matahari 80%-100%. Selain itu, siram air secukupnya dan tidak bertakung. Hendaklah dibaja 2 minggu sekali dalam kadar 50% dari yang dicadangkan oleh pengeluar baja. Pastikan juga supaya pokok-pokok tidak diserang serangga perosak yang boleh mencacatkan pertumbuhan pokok anggur tersebut.... Itu la serba ringkas yang boleh aku ceritakan. Kalau nak tahu lebih lanjut kenalah browse web yang aku penah ceritakan sebelum ini. Kat situ lagi detail.... Aku lak baru nak cuba-cuba.... Doakan aku berjaya.......

Wednesday, July 16, 2008

Aksesori Di Taman Ku

Garden set yang ku beli di meru..... Puas hati woooo.... So sape-sape yang berhajat nak membeli garden set yang macam aku punyer atau yang simple-simple je, aku syorkan korang beli kat meru... Murah pun murah, pastu transportation charges free beb... Ko bayangkan la kalau dari meru ke puchong (Bukan tengah-tengah puchong, hujung-hujung puchong). Hua hua hua
Ini lak set air terjun (aku pun tak tahu nama dier apa). Nak buat kolam ikan takde space la pulak. lagipun bajet besar maaaa. Aku beli kat nilai 3. Ko bayangkan la camne aku bawak naik kete kelisa, dengan bini aku, dengan 2 anak aku, da macam tin sardin. Sume aku sumbat. Ini pun wa match-match mane yang berkenan and simple-simple je. Nak beli yang mahal-mahal ongkos nyer tiada. So kena la cari yang cheap-cheap one je. Janji itu bunyi air jatuh ade....... Aman je raser

Garden Penyejuk Mata Ku

Bini aku memposingkan diri kat garden ilhamku......
Pasu-pasu yang tersusun rapi diatas blok konkrit adalah sebahagian pokok anggur malaysia yang dibeli di Bukit Kapar, Meru. Jauh tuhhh. Minat punyer pasal nak buat camne.... Akan aku ceritakan dengan lebih lanjut berkenaan pokok anggur malaysia dalam segmen khas... Kuang kuang kuang......
Pokok ros ku tanam di tanah. Pokok-pokok hiasan lain ku tanam di dalam pasu dan diletakkan di luar rumah sebab dalam kawasan rumah dah penuh dengan pokok anggur malaysia.......
Pokok ros yg ku tanam sudah berbunga untuk kali yang keberapa ntah...Aku pun tak hingat......


Inilah garden yang aku usahakan secara kecil-kecilan bersama bini ku. Mula-mula modal untuk beli barang-barang nurseri (pokok-pokok, bunga-bunga, pasu-pasu, tanah-tanah) sikit je. Tapi disebabkan beli banyak kali (aku pun tak hingat berapa kali aku turun naik nurseri sungai buloh, nurseri kat tepi highway ke dengkil, nurseri kat puchong), mak aiiii macam tak percaya. Banyak wooooo....Tapi tengak lah hasilnya.... Hehehe. Tak pe la yang penting garden ku adalah ilhamku. Al maklum la da keje tensen-tensen kat opis, balik rumah tengok garden. Sejuk mata memandang. Bak kata orang, rumahku syurgaku....

Sunday, July 13, 2008

Cara - Cara Menanam Pohon Anggur

Cara menguna tapak

1. Tanah yang berpasir sesuai bagi tanaman anggur.
2. Gemburkan tanah dan korek lubang sedalam 11/2 kaki, lebar 2 kaki . Adalah lagi baik bagi tanah berbukit yang tidak air bertakung didalamnya. Masukan tanah yang telus air dicampurkan dengan sedikit baja kedalam lubang yang disediakan.
3. Bagi tanah rata atau berpaya tanaman berbatas amat digalakan bagi mengelakan akar pokok daripada terendam air.
4. Sekurang-kurangnya 1 kaki tinggi dan 1 1/2 kaki lebar batas diperlukan.
5. Saluran air amat penting supaya air tidak bertakung disekitar pokok.
6. Hindarkan menanam ditanah yang mengandungi garam (masin), tanah gersang atau tanah yang kurang penyerapan airnya.
7. Tanam secara pasu digalakan bagi kawasan perumahan.
8. Sinaran matahari amat perlu bagi penanaman anggur, sekurang-kurang 80% ke 100% sinaran matahari diperlukan.
9. Kawasan berbumbung yang telus sinaran matahari amat digalakan supaya mendapat tanaman yang sihat dan senang diawasi dari serangan penyakit.
10. Tanaman secara pasu pula, pasu yang berukuran 16-18 inci luas dan 14-18 inci dalam sudah mencukupi bagi setiap pohon anggur yang sihat dan menghasilkan buah yang bermutu.

Pemangkasan dan Latihan

1. Permotongan hendaklah dibuat apabila pokok setinggi 5 kaki. Buang semua daun, ranting yang kurang sihat dan potong pucuknya.
2. Pastikan cabang merayap ikut arah yang dikehendaki .

Pemangkasan untuk Pembuahan

1. Tabur baja penggalak bunga 20 hari sebelum pemangkasan dibuat.
2. Buang semua daun dan potong cabang yang tidak dikehendaki.
3. Potong semua ranting yang kurang sihat dan potong ranting yang sihat sekadar 4 atau 5 mata tumbuh dari cabang.
4. Potong pucuk kira - kira 4 atau 5 kaki dari cabang.
5. Uruskan kerja dengan baik dan teratur .
6. Bersihkan dikawasan pokok dan buangkan daun-daun yang gugur disekitarnya .

Kaedah Penyiraman Pohon Anggur

1. Penyiraman boleh dibuat apabila didapati tanah disekeliling pokok itu kering.
2. Penyiraman memerlukan air yang banyak, AWAS ! jangan bertakung.
3. Sebaik-baiknya penyiraman dibuat pada sebelah petang atau awal pagi.
4. Siram cara berhati-hati dengan siraman air yang perlahan.
5. Buat siraman pada pangkal pokok, daun tidak memerlukan air.
6. Kurangkan siraman semasa buah sedang masak atau 20 hari sebelum dipetik buahnya.

Kadar Pembajaan Pohon Anggur

1. Baja organik amat sesuai bagi pokok muda.
2. Sebaiknya gunakan baja NPK yang sama pada pokok muda.
3. Tabur baja 1 kaki dari pangkal pokok, jikalau ditanam diatas tanah dan sedikit jauh dari batang jikalau didalam pasu.
4. Jarak yang terbaik sesuatu pembajaan ialah 7 - 10 hari.
5. Kurangkan angaran yang dicadangkan oleh pengeluar baja, gunakan 50% - 60% dari angaran yang sebenarnya.

Menambah Kemanisan Buah

1. Pendedahan pokok pada cahaya matahari pada tahap 60% keatas.
2. Penyiraman haruslah dikurangkan atau dihentikan apabila buah hampir masak. (20 hari sebelum buah dipetik)
3. Tanaman secara batas dan sistem pengairan yang baik dapat membantu mengelakkan air berlebihan di kawasan akar.
4. Merancang pembuhan pada musim panas.
5. Pastikan buah yang dipetik benar-benar masak iaitu 110 hingga 120 hari daripada masa pembungaan (buah yang kurang matang rasanya masam ).
6. Kawal pokok dari terkena penyakit kulat (Milldew) yang menyebabkan buah menjadi masam.

Cuba-cuba dulu, mana tahu menjadi...

Aku pun tak tahu macammana aku leh ade tabiat tanam pokok anggur. mungkin lepas aku browse web pasal anggur malaysia kot. Macam-macam web aku browse. Ni salah satu address webnyer.... http://www.era-anggurmalaysia.com.my/index.htm.... Sape-sape yang berminat tanam-tanam pokok cuba-cuba la browse web ini mane tahu terbuka hati nak try jugak. Geram je tengok buah anggur terjuntai kat bawah. Kalau satu dua pokok aku tanam kira ok lagi. Ni tak, 15 pokok maaaa.... Memang ade giler skit la. Aku tanam dalam pasu je sebab kalau nak pindahkan pokok anggur tu senang. Kot-kot nanti dapat tanah yang luas skit baru la aku akan tanam kat tanah. Mane la tahu satu hari nanti, hobi yang aku cuba secara kecil-kecilan ini dapat menambah pendapatan aku. Amin..... Kat umah, aku tanam pokok anggur jenis isabella, IAC dan seedless (Aku pun tak tahu ini seedless brand ape).

Friday, July 11, 2008

Gambar Ramai-ramai Di Kota Kinabalu, Sabah


Lupe lak nk post gambar ni.... He he he

Pergi Melancong Ke Kota Kinabalu, Sabah





Aku dan keluarga pergi melancong ke Kota Kinabalu, Sabah. Trip ni di rancang oleh staf Halim Ahmad & Co.

Nurin Alya Fatihah





Ini pula anak aku yang kedua... Dilahirkan pada 21 Januari 2008 di Hospital Serdang.

Nurin Hidayatullah





Anak aku yang sulung... Lahir pada 10 Januari 2007 di Hospital Serdang... Pada tarikh gambar ini diambil umurnya baru mencecah 2 bulan... :o)

Salam Perkenalan

Assalamualaikum w.b.t.....

Mulai hari ini aku akan ceritakan segalanya pasal diri aku dalam blog ini. Semoga kalian terhibur membacanya. Sekian, terima kasih
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birthday

  • Aku - 2 Oktober
  • Ma Mil - 19 Ogos
  • Nurin Hidayatullah - 10 Januari
  • Nurin Alya Fatihah - 21 Januari
  • Omak Aku - 21 September
  • Bapak Aku - 21 April