Thursday, July 31, 2008

Nasihat untuk diriku, isteriku, anak-anakku dan keturunanku

Disalin dari kitab "Kasyafulasrar" Pembukaan Segala Rahsia....

Firman Allah Taala mafhumnya:

'Aku berasa hairan terhadap hamba-Ku yang bersungguh-sungguh mencari harta hingga sanggup meninggalkan kampung halaman dan anak isteri kerana menjalankan perniagaan dinegeri orang. Dimana-mana saja dia berada, dia boleh belajar tentang ilmu yang memberi manfaat kepada dirinya, tetapi sebaliknya dia mencari harta yang tidak dapat menolongnya di kemudian hari. Aku tidak menyuruhnya mencari harta dengan bersungguh-sungguh. Aku cuma menyuruhnya menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh dan beramal untuk bekalan akhirat. Dia seolah-olah tidak percaya akan hari kemudian. Bahkan tidak percaya bahawa Akulah yang memerintah dunia dan akhirat. Adakah harta dapat menolongnya di kemudian hari? Harta yang banyak itu hanya menyakitinya di kemudian hari kerana halalnya akan dihisab dan haramnya akan diseksa'

Firman-Ku dalam Al-Quran:

Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku (Surah Az-zariyat: ayat 56)

'Aku berasa hairan terhadap hamba-Ku yang mengerjakan sembahyang, tetapi tidak ingat kepada-Ku. Cuma yang dia ingat dalam kepalanya ialah hartanya dan urusan dunia. Dia tidak sedar bahawa Akulah yang menggerakkan dan mendiamkan sesuatu. Aku tidak akan sekali-kali menerima amalannyakerana dia menjadi hamba harta dan bukan hamba-Ku'





3 comments:

RAI said...

Wei...minat gardening nampaknye ye kawan aku sorang nih...

p/s : wei..bukan ari tu jumpa kat umah lia, 2nd baby ko boy kan...
bley tukar ka bila keluar !!!

IAD UPNM said...

allop rai.xtau la pulak ko pun ade blog..rajin jgk ko.hua hua hua.wei anak ko dua2 boy ke?anak aku lak dua2 girl.tpi tu la klu leh tuka mmg aku nk tuka...kih kih kih

RAI said...

Mmmm.. tue la..kawan2 lain tak layan blogger ke

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birthday

  • Aku - 2 Oktober
  • Ma Mil - 19 Ogos
  • Nurin Hidayatullah - 10 Januari
  • Nurin Alya Fatihah - 21 Januari
  • Omak Aku - 21 September
  • Bapak Aku - 21 April