Wednesday, December 15, 2010

Vocab baru

Semenjak dua menjak ni anak2 dara aku telah memvocabkan 3 perkataan baru...

1) sebikal = BASIKAL

2) seko = TESCO

3) toskin = STOKIN

alahaiii anak2 aku, takkan la kat sekolah ini yang cikgu ajar....

Wednesday, December 8, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

Salam maal hijrah kepada semua teman-teman. Semoga tahun baru ini akan menjadikan kita lebih baik dari semalam. Aminnnnn....

Friday, December 3, 2010

Musibah

Sabtu lepas merupakan hari sakit bagi keluarga ku. Aku satu keluarga mengidap simpton2 yang sama iaitu deman panas yang ober panas, batuk2, sakit tekak, loya2, sengal2 badan dan fenin. Takkan la bini aku peknen, amatlah mustahil kerana dia dilindungi implanon yang bertarikh luput jun 2011. Macam2 ubat da makan, tak baik2 jugak. Sampaikan plan nak g MAHA pada ari senin terpaksa ditunda gara-gara tidak sihat. Apa2pun aku bersyukur kerana aku dan ahli keluarga makin sembuh walaupun sisa2 sakit masih ada hingga ke hari ini. Anak2 pun makin hari makin ceria, tak banyak kerenah. Itu cerita hari Sabtu...........

Ini pulak cerita ari ahad malam. Aku sekeluarga eksiden. Ini pulak aku rasa gara2 terlebih amik ubat sampai lalok. Sampai drive boleh tertido padahal da nk smpi umah dahh. Nasib baik la eksiden tu tidak menyebabkan pihak2 pengguna jalanraya yang lain. Dan aku juga bersyukur kerana ahli keluarga aku selamat, tiada yang cedera, cuma kereta je (da name pun eksiden). Dahhh tu je nak g tau. Harap maklum

Nasihat dari Dr Fadilah Kamsah

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih” dan digalakkan doa 12 pintu.

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur setiap hari, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat dan solat istikharah bila ada keperluan– Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5) Bermaaf-maafan sesama kawan dan pasangan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan. Kita mungkin tidak boleh mohon maaf kepada semua manusia tetapi kita berupaya untuk memaafkan semua orang. Cara ini mengurangkan beban emosi dan kita akan lebih ceria pada setiap hari.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka) dan ini boleh boleh dipraktikkan kepada anak-anak.

7) P rogram minda/cuci minda – P aling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

9) Untuk mencuci hati antara aktiviti terbaik adalah dengan mencuci tandas. Mengikut sesetengah pendapat ianya dapat membasuh kesombongan pada hati.

10) P eluk pasangan setiap hari sekurang-kuranya 3 kali dalam tempoh 10 saat . Jangan lama sangat dikhuatiri kita tidak terpaksa ambil cuti kecemasan (ada faham).

11) Berkata-kata/menasihat anak kita pada waktu yang sesuai di dalam membentuk jiwa dan ruhaninya. Waktu yang digalakkan (teachable moments) adalah seperti berikut:-;
• Sebelum tidur
• Semasa tidur
• Selepas tidur
• Selepas riadah
• Selepas solat
• Selepas mandi air suam

12) Memberi arahan yang jelas kepada anak-anak seperti “Nak, solat jangan ditinggalkan” dan bukannya “Nak, jadilah anak yang cemerlang” (umum).

13) Ibu bapa kena imbangkan emosi keluarga, sekiranya bapa memarahi anak, si ibu perlu memujuk anak dan beri rasional kenapa ayah marah.

14) Jangan galakkan anak menjadi artis/penyanyi walaupun berbakat (tidak dijelaskan kenapa rasanya kita dah faham).

15) Elakkan dan jangan sekali-kali menyebut perkataan yang negatif kepada anak kerana doa ibu bapa adalah makbul.

16) Jangan risau anak tidak mendengar kata kita, tapi risaulah kerana anak-anak melihat perbuatan kita dan mencontohinya.

17) Setiap kali balik ke rumah ucapkan Basmallah 3x dan beri salam serta senyum. P astikan suami dalam keadaan positif semasa pulang ke rumah walaupun penat bekerja. Kaum Bapa bantulah isteri membuat kerja-kerja rumah.

18) Makan dan minumlah serta buatlah sesuatu dengan tangan kanan kerana ada 18 enzim yang baik ada pada tangan kanan manakala pada tangan kiri ada 81 enzim yang menjadi anti bakteria dan sesuai untuk aktiviti mencuci qubul dan dubur. (sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri)

19) Amalkan membuang hadas besar dengan menyengetkan badan ke arah kiri dan memegang kepala dengan tangan kanan. Ini akan memudahkan lawas serta mengelakkan penyakit buasir.

20) Makan buah dahulu sebelum makan nasi supaya semua vitamin dalam buah tidak hilang.

21) Untuk lelaki jangan amalkan kencing berdiri (sesungguhnya syaitan itu kencing berdiri) kerana banyak keburukan seperti mendatangkan penyakit seperti ED dan sbgnya.

22) Hormatinya buku sebagai guru/ilmu jangan dicampak-campak atau tidak dijaga. Apatah lagi sekiranya kitab-kitab ilmu.

23) Amalkan bismillah lima banyak khasiatnya (lanjutan kena berguru dengan Hj Afandi).

24) Tarikh lahir boleh mencerminkan peribadi walaupun bukan 100% tepat. Anak-anak yang lahir pada 18 hb hingga 23 hb pada kebiasaanya lebih berupaya menjadi cemerlang atau boleh upaya juga menjadi sebaliknya terpulang kepada didikannya.

25) Anak kedua lebih berdikari dan biasanya agak tersisih dalam hiraki keluarga.

26) Amalkan tidur mengiring ke kanan.

27) Menyebutkan Hadis Qudsi “ Allah bertindak sepertimana yang difikirkan oleh hambanya”. Jadi kena sentiasa positif.

28) Ransang anak-anak dengan kata-kata positif sejak dalam kandungan lagi.

29) Ransang anak-anak semasa mereka bayi dan seterusnya sehingga dewasa. Apabila dewasa beri kebebasan kepada anak untuk memberi pendapat dan membuat pilihan.

30) Doa mempunyai kuasa yang hebat. “Doa itu senjata bagi orang mukmin”.

31) Ibubapa kena berubah terlebih dahulu baru boleh meransang perubahan pada keluarga.

32) Jangan mendera anak-anak, kerana anak-anak yang didera berkemungkinan besar akan mendera anaknya iaitu cucu kita.

33) Didik anak mengikut personaliti masing-masing, tidak boleh samakan semua cara kepada semua anak.

34) Orang yang berjaya apabila hari ini lebih baik dari semalam, orang yang rugi apabila hari ini sama dengan semalam dan orang yang celaka apabila hari ini lebih teruk dari semalam (hadis Nabi)

Teka-teki versi apek 2....

1) Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman?
Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pastu lu tido balik....

2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M opp!!! salah BPL laaa

3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.

4) Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
Answer: Kuda belang....cube kira brape black belt dia ade.

5) Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

7) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'

8) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Answer: Pembohong...

9) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Answer: Usus

10) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut

11) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak

12) Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'

13) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer:Sekretari baik..................'Selamat pagi Boss' ; Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni Boss'

14) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang...heheheh

15) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur

16) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung

17) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat....

18) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ....gile ape...

19) Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah......

Teka-teki versi apek....

Teka-teki:
Hitam dan berpeluh..HA.. . Ape2?
Jawapan :
Semut hitam tengah berjogging..huhuhu

Teka-teki :
Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung
Jawapan :
Seluar dalam ler...haha

Teka-teki :
Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu
yang paling tinggi?
Jawapan :
Kuih lepat liat la....sebab kapal terbang sampai langit je, tp kuih
lepat sampai lelangit.

Teka-teki : Byk2 kotak, kotak ape yg x leh angkat?
Jawapan :
Kotak penaltilah.. ... wawawa!

Teka-teki :
Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar ???
Teka..teka.. kalo terer!
Jawapan :
Selipar maner boley buat gali tanah,gune cangkol lar....huehue. ..hue!!

Teka-teki :
3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan :
Koboi naik kuda bawak sekor ayam.

Teka-teki :
Masa dia hidup kite menyanyi, masa dia mati kite tepuk tangan pulak...
Jawapan :
Lilin masa sambut 'EPI BESDAY'

Teka-teki :
Scorpion kaler apa?
Jawapan :
Kala jengking lah..senang pun takleh nak jawab!

Teka-teki :
Dlm bnyk2 kera, kera ape yg pandai menaip???
Jawapan :
Kerani

Teka-teki :
Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan
dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???
Jawapan :
Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

Teka-teki :
4 org awek cun berpayung dgn satu payung tp nape tak basah langsung??
Jawapan :
Sebab tak hujan...aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi...soalan
bebudak pun takleh nak jawab!! Hampeh..
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birthday

  • Aku - 2 Oktober
  • Ma Mil - 19 Ogos
  • Nurin Hidayatullah - 10 Januari
  • Nurin Alya Fatihah - 21 Januari
  • Omak Aku - 21 September
  • Bapak Aku - 21 April