Wednesday, September 8, 2010

2 Hari Berturut-turut Berbuka Puasa Dengan Menu Sama

Tajuk kat atas telah menceritakan segala-galanya. So tak yah citer lagi la... Wakakakaka. Takde la gurau je.

Menu sama yang aku maksudkan ialah Bubuk lambuk johor style versi aku. Masa yang first masak guna 3/4 pot beras je, sekali tak cukup daaa. Memang todap sampai wife aku request soh masak tuk kali yg keduanya. Licin woooo.

Berikut adalah bahan-bahannya:
1 pot beras jenama jati dibasuh bersih... (ikut suka la kalau nak guna jenama lain)
Air (sukatan adalah 1 tinggi beras dalam periuk = 4 tinggi air)
1 sup bunjut (apa-apa jenama pun bole guna)
Garam

Untuk tumisan:
3 biji bawang kecik dicincang halus
2 biji bawang putih dicincang halus
1/2 inci halia dicincang halus
sedikit rempah kurma
sedikit minyak zaiton

Aksesori (ikut suka nak masuk bape banyak):
Lobak merah dipotong daldu
Kentang dipotong daldu
Daging batang pinang dicincang halus

Cara-caranya:
Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk dan dimasak dengan api yang perlahan dalam masa 45 minit hingga 1 jam (bergantung kepada keadaan) dan dikacau selalu.

Selamat beramal......

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birthday

  • Aku - 2 Oktober
  • Ma Mil - 19 Ogos
  • Nurin Hidayatullah - 10 Januari
  • Nurin Alya Fatihah - 21 Januari
  • Omak Aku - 21 September
  • Bapak Aku - 21 April