Hari ini telah berlaku kemalasan tahap gaban kepada aku. Malas2 pun berjaya jugak aku mengecat pagar rumah. Tengok dari jauh memang nampak cantik, sekali zoom dekat2, alahai tak senonoh betul aku cat. Kalau ikutkan da lama da aku beli cat putih tuh (ade la jugak dalam setahun aku peram cat tu dalam setor, seb baik tak keras kalau tak rugi je), tapi nak mengerjakan cat pagar tu mengambil mood yang lama...
Adehhhh tak kisah la cantik ke, buruk ke, janji kerja-kerja mengecat pagar telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Syukur kepada Allah taala kerana dikurniakan kudrat/kekuatan untuk aku mengecat pagar rumah sehingga siap walaupun hasilnya kurang memuaskan.. Al maklum la bulan pose....
No comments:
Post a Comment