Hari ini aku tak masak kerana kepenatan cat pagar rumah. Kesimpulannyer beli makanan & minuman kat pasar je. Menu buka puasanya ialah:
1. Air tebu
2. Nasi Ambeng
3. Kuih muih (3 jenis - tapi semua bini & anak aku yang habiskan)
Lepas tu bini aku beli sup daging (selalu rega sup ni lingkungan rm3 - rm4, tapi disebabkan bulan puasa terus up jadi rm5) untuk dibuat sahur... Tengok sup tu macam menarik, sekali makan adehhhh.... Nyosal den beli... Nak tak nak kena abiskan la jugak. Lepas ni jangan harap la aku nak beli sup daging yang ko jual ni.
Yang best nye masa buka puasa, aku, bini aku dan anak2 makan nasi ambeng same2 kat table kecik. Masing2 laju je makan. Berselera sungguh. Mula2 bukak satu bungkus nasi ambeng pastu bukak lagi satu... Perghhh nikmat sungguh makan reramai camni.
Alhamdulillah diatas kurniaan rezeki allah pada hari ini..
No comments:
Post a Comment