Monday, August 30, 2010

Sup Ekor + Tulang

Semalam, lepas sahur aku pergi pasar borong selangor tuk membeli belah barang2 basah/dapur. Sejak puasa2 ni aku rajin sikit memasak tuk juadah berbuka. Tengah sopping2 ayam + daging + ikan, tiba2 lak teringat nak buat sup ekor atau sup tulang tuk dibawa pulang ke rumah bangi. Call bini aku, sekali bini aku cakap dier nak sup ekor + tulang. Setelah dipertimbangkan aku pun beli la ekor lembu sekilo + tulang sekilo... Puas hati beb sebab dapat pilih tulang dan ekor yg daging. Sampai2 je kat rumah terus mulakan projek memasak.

Ni resepi sup ekor + tulang aku (gambo tak sempat nak amik):

2.5 liter air
1 kilo tulang
1 kilo ekor lembu
3 bunjut sup tulang
2 inci halia (dikisar)
5 biji bawang kecik (dikisar)
5 biji bawang putih (dikisar)
2 biji kentang dipotong dadu
1 batang carrot dipotong dadu
serbuk oregano
garam + perasa secukup rasa

Cara-cara membuatnyer : masukkan semua bahan2 diatas dan dimasak selama 2 setengah jam. Dari semasa ke semasa kena tambah air kalau kurang. Untuk hiasan letak daun bawang + daun sup. Senang je kan. Cuba la sendiri.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birthday

  • Aku - 2 Oktober
  • Ma Mil - 19 Ogos
  • Nurin Hidayatullah - 10 Januari
  • Nurin Alya Fatihah - 21 Januari
  • Omak Aku - 21 September
  • Bapak Aku - 21 April