Friday, January 31, 2014

GONG XI FA CAI - 2014

Hari ini 31/1/2014 merupakan perayaan tahun baru cina atau Gong Xi Fa Cai. So cuti cuti cuti dan cuti. Kenapa aku kata cuti sebanyak 4 kali. Sebabnya mudah, 31/1/2014 - Jumaat, 1/2/2014 - Sabtu, 2/2/2014 - Ahad & 3/2/2014 - Isnin, semuanya adalah hari cuti untuk mereka-mereka yang bekerja di Kuala Lumpur. Ini kerana selain cuti gong xi fa cai, ade jugak cuti untuk hari wilayah pada 1/2/2014. Oleh kerana cuti gong xi fa cai bertindih dengan cuti hari wilayah maka cuti hari wilayah telah dibawa ke hari Isnin. Yahoooo...... Ooooppppssss, terlebey sudah. Jangan jeles yaaaa.... 






Secara logiknya, apabila raya cina disebut pasti akan terbayang ia akan disambut oleh orang-orang cina. Tapi aku sangat-sangat musykil kerana orang-orang cina tidak seperti orang melayu hanya beragama Islam. Orang-orang cina ada yang beragama kristian, ada yang beragama buddha dan lain-lain. Perayaan Gong Xi Fa Cai ini untuk agama apa eik? Adakah ia sambutan untuk kaum-kaum cina sahaja tanpa mengira agama yang dianuti? Mungkin ada kawan-kawan yang tahu pasal hal ini boleh bagi sedikit pencerahan.





Apa-apa pun kita cuba tanye pakcik Wikipedia mengenai Tahun Baru Cina.

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura,[1] Taiwan, Thailand, dan juga di Pekan Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina), termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia (Tsagaan Sar), Vietnam (Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu).




Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang dahan buminya. Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-haiwan tersebut.
Merujuk kepada jadual di atas tahun baru cina bagi tahun 2014 adalah tahun kuda......
Yeeee haaaaa..... Yeeeee Sanggggg.....





Sumber : pakcik Google


Kepada mereka yang berbangsa cina di dalam Malaysia & juga luar Malaysia,
Selamat Tahun Baru Cina diucapkan.


Kepada kawan-kawan yang sama jugak cuti macam aku, Selamat Bercuti.
Don't drunk and Drive.
Bahaya wooo....


Ini pulak pesanan daripada JPJ.... Harap sesiapa yang berkenaan sila ambil maklum yaaaa.....
Nanti tak pasal-pasal kena bagi ang pow kepada mereka.





Nabi s.a.w telah bersabda:

Tiap-tiap sesuatu ada hatinya. Hati Al-Quran itu ialah Yaasiin. Sesiapa yang membaca Yaasiin, maka Allah tuliskan pahala bacaannya itu bersamaan dengan sepuluh kali membaca Al-Quran.

(Riwayat at-Tirmizi)
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birthday

  • Aku - 2 Oktober
  • Ma Mil - 19 Ogos
  • Nurin Hidayatullah - 10 Januari
  • Nurin Alya Fatihah - 21 Januari
  • Omak Aku - 21 September
  • Bapak Aku - 21 April