Tuesday, August 6, 2013

PESAN/PETUA IMAM SYAFIE UNTUK LELAKI

PESAN/PETUA IMAM SYAFIE UNTUK LELAKI
(Gambar hiasan)

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Doa, zikir, itulah kekuatan seorang muslim

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal.

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Doa, zikir, itulah kekuatan seorang muslim
 
 
P/S : Sama-samalah kita renung-renungkan....

Monday, August 5, 2013

Terjemahan Ayat Surah Al-Qadr

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ 97:1]
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan.

وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ [97.2]
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ [97.3]
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.

تَنَزَّلُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ [97.4]
Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.

سَلامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ [97.5]
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.


Surah Al-Qadr (سورة القدر) adalah surah ke-97 dalam Al Quran yang terdiri atas 5 ayat, termasuk golongan surah Makkiyah, diturunkan sesudah Surah ‘Abasa. Surat ini dinamai Al Qadr (kemuliaan), diambil dari perkataan Al Qadr yang terdapat pada ayat pertama surat ini

Thursday, August 1, 2013

Keperluan Belaian, Usapan..... 18sx Sahaja....

Seorang lelaki pernah memberitahu saya bahawa buah zakar dan alat kelaminnya kerap termasuk ke dalam kulit sejak beberapa bulan lalu. Dia juga berkata, kedua-dua buah zakarnya kecut dan zakarnya mengecil.
Dia tidak gemuk dan perkara ini tidak pernah berlaku ketika zaman muda. Dia juga ada seorang anak berumur sembilan tahun.
Apabila saya tanya kenapa hanya seorang, dia menjelaskan sudah berpisah dengan pasangannya enam tahun lalu dan kini masih menduda. Sejak itu, dia tidak melakukan onani, malah tidak mengalami mimpi basah. Berdasarkan semua jawapan itu, saya merumuskan zakarnya menjadi kecil dan kecut kerana tidak digunakan lagi.
Saya teringat cerita beberapa sahabat yang bertanya Imam Al-Nawawi kenapa anggota kelamin mereka kecut dan tidak bermaya apabila kembali daripada pengembaraan selepas berniaga dan pulang ke pangkuan isteri.
Imam Al-Nawawi menyatakan, jika lama tidak digunakan, anggota itu akan menjadi ‘tak berguna’. Dia juga menjelaskan cara mencergaskan kembali anggota itu dengan membelai dan mengusap dengan niat menyegarkannya semula.
Mungkin agaknya cara mengurut dan mengusap anggota kelamin menjadi amalan sebilangan lelaki kita untuk mengekalkan keaktifan anggota kelamin.

Namun, cara ini tidak berguna jika anggota kelamin lelaki tidak berfungsi akibat penyakit atau masalah kesihatan.
Mereka perlu berjumpa doktor untuk menyelesaikan masalah mati pucuk, bukan mencuba ubat daripada pasaran gelap atau mendapat rawatan daripada mereka yang tidak bertauliah.
Memandangkan hubungan seksual satu aktiviti lasak, ia memerlukan tenaga fizikal yang mantap. Jika lemah atau letih, sukar untuk memulakan atau meneruskannya. Pencapaian ereksi pula memerlukan perjalanan darah yang lancar dalam otot zakar dan kekuatan otot benteng zakar untuk mengekalkan ketegangan zakar.
Jika darah tidak lancar, ereksi gagal dan jika otot benteng zakar tidak kukuh, ereksi tidak kekal. Pendek kata, untuk menjayakan hubungan kelamin, badan perlu sihat dan anggota kelamin perlu berfungsi dengan sempurna.
Semua ini boleh tergugat apabila kesihatan tergugat. Cara bijak untuk mengekalkan tahap kesihatan cemerlang ialah dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Amalkan pemakanan seimbang, jaga berat badan, hindari rokok dan minuman keras serta urus tekanan dengan baik. Sememangnya semua yang disarankan itu nampak senang tapi ternyata secara rambang, sangat sukar melakukannya. Anda boleh bayangkan keadaan lelaki muda yang sepatutnya mempunyai daya kemampuan syahwat yang mantap, tetapi sebaliknya pula berlaku.
Kegemukan atau obesiti, tidak melakukan senaman berkala, tidak banyak bergerak tapi banyak duduk, merokok, minum minuman keras, penggunaan dadah, banyak aktiviti malam, tekanan, masalah kesihatan seperti peningkatan kolesterol dan penyakit kronik (tekanan darah tinggi atau penyakit kencing manis sewaktu umur muda) menggugat fungsi seksual dan mengakibatkan masalah seksual.
Jika mahu jauhkan diri daripada masalah seksual seperti mati pucuk, masalah cepat klimaks yang menandakan kelemahan syahwat dan mengekalkan kesihatan seksual pada tahap terbaik, lakukan apa saya syorkan.
Jika keadaan masih sama, itu bermakna masalah terbabit perlukan sokongan rawatan dan rawatan itu perlu daripada doktor, bukan dengan membeli ubat atau produk daripada Internet atau kawan.
Jumpa doktor dan jalani pemeriksaan serta dapatkan bimbingan dan perawatan berkualiti dan selamat. Lelaki tidak boleh malu untuk mendapatkan rawatan bagi menyelesaikan masalah seksualnya. Masalah seksual adalah penyakit dan ia perlu dirawat oleh doctor.



Sumber : Harian Metro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birthday

  • Aku - 2 Oktober
  • Ma Mil - 19 Ogos
  • Nurin Hidayatullah - 10 Januari
  • Nurin Alya Fatihah - 21 Januari
  • Omak Aku - 21 September
  • Bapak Aku - 21 April