Wednesday, September 8, 2010

2 Hari Berturut-turut Berbuka Puasa Dengan Menu Sama

Tajuk kat atas telah menceritakan segala-galanya. So tak yah citer lagi la... Wakakakaka. Takde la gurau je.

Menu sama yang aku maksudkan ialah Bubuk lambuk johor style versi aku. Masa yang first masak guna 3/4 pot beras je, sekali tak cukup daaa. Memang todap sampai wife aku request soh masak tuk kali yg keduanya. Licin woooo.

Berikut adalah bahan-bahannya:
1 pot beras jenama jati dibasuh bersih... (ikut suka la kalau nak guna jenama lain)
Air (sukatan adalah 1 tinggi beras dalam periuk = 4 tinggi air)
1 sup bunjut (apa-apa jenama pun bole guna)
Garam

Untuk tumisan:
3 biji bawang kecik dicincang halus
2 biji bawang putih dicincang halus
1/2 inci halia dicincang halus
sedikit rempah kurma
sedikit minyak zaiton

Aksesori (ikut suka nak masuk bape banyak):
Lobak merah dipotong daldu
Kentang dipotong daldu
Daging batang pinang dicincang halus

Cara-caranya:
Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk dan dimasak dengan api yang perlahan dalam masa 45 minit hingga 1 jam (bergantung kepada keadaan) dan dikacau selalu.

Selamat beramal......

Wednesday, September 1, 2010

Projek Tangkap Tikus

Sebenanye memang da lame da aku beli gam tikus tu tapi tak sampai hati lak nak guna. Dari satu hari ke satu hari aku membiarkan saja gam tikus itu duduk diam dalam stor.

Malam tadi masa tengah lepak2 tengok tv kt bawah telah berlaku satu kejadian melampau iaitu tikus yang selama ini aku biarkan hidup dalam stor telah menaiki tangga rumah aku, aku tak tahu dier ke mana. Mungkinkah dier masuk ke bilik atau bilik air tuk mandi atau dier telah buat rumahnya di tingkat atas jugak? Waaaaaaaaaaaaaaaaaaa ini sudah lebey.

Tanpa berlengah lagi aku pun amik gam tikus tu + kepala keli berlada (dijadikan sebagai umpan), aku letak atas kepingan kotak. Lepas itu aku biarkan semalaman.

Keesokan paginya, tikus telah melekat di perangkap aku. Apa lagi aku masukkan tikus tu dalam plastik pastu buang dalam tong sampah la. Ingatkan nk jual kilo kepada sesiapa yang berminat nk beli, sekali tak de buyer la.

Itu la ceritanye.

Berbuka Puasa Di Bangi Pada 21 Ramadhan

Semalam aku sekeluarga berbuka puasa di rumah mak ayah di bandar baru bangi. Aku telah menvolunteer untuk memasak lauk tambahan iaitu:

1. Terung + Telur Goreng Berlada
2. Ayam Goreng Daun Kari. Macam pelik je kan bunyinye tapi membuatnya senang je. Masa goreng ayam masukkan sekali daun kari untuk menaikkan bau daun kari tersebut. Perghhh todap betul baunye
3. Selain itu aku belikan 2 nenas madu tuk omak aku. Bau nenas madu tu sungguh mengancam jiwa dan raga

Menu-menu lain yang ada di rumah bangi:

1. Spagetti
2. Nasi putih
3. Ikan tenggiri asam pedas
4. Kobis goreng
5. Ikan goreng
6. Sambal goreng tempe
7. Potai
8. Air tebu
9. Otak-otak
10. Kurma

Alhamdulillah selesai sudah untuk hari puasa yang ke 21....

22 Ramadhan

Hari ini merupakan ramadhan yang ke 22, malam yang ke 23.. Hanya untuk mengingatkan diri sendiri malam ganjil ramadhan.. :)

Merdeka

Semalam 31.08.2010 merupakan hari kemerdekaan malaysia yang ke 53.

Ingatkan nak sambut malam kemerdekaan di kl ke, bukit jalil ke, putrajaya ke, ape ke, janji yang ada bunga api. Sekali memikirkan penat bekerja disiang hari, anak-anak yang tak reti duduk diam, jalan jem, road block sana sini, so kitorang sekeluarga mengambil keputusan untuk menyambut kemerdekaan kat rumah je la. Tambah-tambah wife aku pukul 8 lebey da masuk tido, lagi la menguatkan semangat tuk aku berada di rumah je. He he he.

Tentatif aktiviti di rumah masa malam merdeka:
1. Makan kuih (balance kuih bukak pose)
2. Tengok tv sampi la kul 12. Itu pun da terlelap-terlelap

Lepas tu masuk tido.

SELAMAT HARI MERDEKA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birthday

  • Aku - 2 Oktober
  • Ma Mil - 19 Ogos
  • Nurin Hidayatullah - 10 Januari
  • Nurin Alya Fatihah - 21 Januari
  • Omak Aku - 21 September
  • Bapak Aku - 21 April