Thursday, February 17, 2011

Kari Kepala Ikan Jenahak.

Seperti yang kita semua sedia maklum, kari kepala ikan memang famous di restoran-restoran mamak/maplay. Tapi sayangnya aku tak pernah pun makan kari kepala ikan di restoran mamak kerana aku telah dimomokkan dengan macam-macam hal yang menakutkan. Setelah sekian lama memendam rasa akhirnya terbuka pulak hati nak rasa kari kepala ikan di restoran original kayu di Petaling Jaya. Mana taknya yang pujuk aku makan adalah isteri aku. Cair la jugak.. Rasa punya rasa, sedap jugak kari kepala ikan nihhh, memang layan wooo.

Lepas tu aku di perkenalkan oleh member, ade satu port lain kari kepala ikan, melayu + islam masak. Haaa ini aku tak pikir panjang. Ape lagi try la. Not bad jugak. Tarap-tarap kari kepala ikan mamak ala masakan melayu.

Sesiapa yang berhajat mencari port ni, ia terletak berdekatan dengan INTAN PJ dan pusat latihan pembangunan sumber manusia Bank Negara Malaysia. Haaa da dokek boto tuhh. Betul-betul depan stesyen minyak Shell. Sebelah stesyen minyak shell tu adalah stesyen minyak Caltex. Depan stesyen minyak Caltex tu ade KFC. Sebelah KFC adalah asrama kolej MAHSA. Kalau korang jumpa semua ape yang aku cakapkan ni boto la tuhhh.

Bila dah rasa mesti mau cuba masak sendiri. Apa lagi mulakan projek arrr. Bermula la kisah aku beli kepala ikan jenahak di pasar borong selangor. Perghhhh rm15/kilo. Pastu berat kepala ikan tu 1.5 kg. Korang kira2 la sendiri bape aku kena bayar... Huhuhu. Teringin punya pasal, takpe tutupkan mata sebelah. Sape-sape yang tak kenal ikan jenahak, ni gambarnya aku lampirkan dibawah:



Sampai je rumah aku pun cuci kepala ikan tu baik punyer. Cuci ngan air limau nipis + asam jawa tuk hilangkan bau hanyir ikan. Kalau ikan fresh cuci guna air paip sudah cukup. Ikan jenahak yang aku dapat ni memang la nampak macam fresh tapi bau dier harum betul. Ape la bahan awet yg diaorang taruk. Korang tau tak?

Lepas da cuci bersih, apa lagi resepi time la... Bahan-bahannya:

Kepala ikan jenahak. Kalau nak guna ikan merah pun bole jugak.
5 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Rempah 4 beradik iaitu kayu manis, buah pelaga, cengkih & bunga lawang
2 peket serbuk kari ikan jenama Baba's. Baru la rasa kari ikan ala-ala mamak
1 santan kotak. Nak lagi best beli santan fresh arrr. Tapi takut gak sebab santan fresh bukan leh percaya sangat fresh dier sebab da campur chemical seperti yang didedahkan oleh TV3
Daun kari
Perasa stok ayam + garam secukup rasa
Air asam jawa tuk bagi dier masam-masam sikit

Cara-cara membuatnya:

Bawang kecil, bawang putih dan halia dikisar
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan dikisar
Bila dah naik bau, masukkan rempah 4 beradik
Pastu masukkan serbuk kari ikan Baba's
Pastu masukkan santan + air. Sukatan air bergantung kepada kepekatan kuah lemak yang diingini. Kalau nak cair lebih masukkan air lebih, kalau tak masukkan air sikit je.
Api dapur jangan kuat dan hendaklah sentiasa dikacau untuk memastikan santan masak sekata
Lepas mendidih masukkan kepala ikan jenahak. Masak ikan sehingga betul-betul masak. Kalau tak nanti makan ikan tak syok wooo, makan ikan mentah. Mau kaaaa?
Masukkan daun kari
Masukkan stok ayam, garam & air asam jawa. Kalau da rasa ok, boleh la dihidangkan.


Ini hanya ilustrasi kari kepala ikan yang telah siap dihidang. Bukan gambar kari kepala ikan jenahak aku yer....

Senang bukan? Selamat mencuba yaaa

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birthday

  • Aku - 2 Oktober
  • Ma Mil - 19 Ogos
  • Nurin Hidayatullah - 10 Januari
  • Nurin Alya Fatihah - 21 Januari
  • Omak Aku - 21 September
  • Bapak Aku - 21 April