Tuesday, December 18, 2012

Mendidik Anak-Anak.....

Copy paste daripada facebook.... Mohon share ye kawan-kawan....
 
 
 
Renungan bersama...

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Copy Paste From Mama Nurins

Copy Paste From http://mamanurins.blogspot.com/
 
 
Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal tergila-gila. Ahakks....tebiat rasa pagi2 ni kan. Inilah perumpamaan yang paling sesuai dikaitkan dengan saya ketika ini. Sebelum tu nak ucap Jummah Mubarakah kepada muslimat muslimat seluruh dunia. Semoga hari jumaat ini membuka seluruh peluang rezeki dan Allah menerima amal ibadat kita. Amin.


Nak cerita pasal cinta cinta ni. Saya dah ada cinta baru. Nikmatnya. Isyyy jangan salah faham. Saya tengah jatuh cinta dengan Shaklee ni. Berbunga bunga sangat! Alhamdulillah. Rezeki .


Nak buat declaration ni....ehem ehemm...(kasi suspense sikit). Untuk makluman semua, Saya Normila binti Muhamad, adalah pengedar Shaklee anda yang sah. ID 885213. Untuk COD boleh contact saya sekiranya anda di Cyberjaya, Putrajaya, Puchong dan Bandar Baru Bangi. Kalau mahu order boleh email saya di normila.muhamad@gmail.com atau pm saya di FB. search Normila Muhamad.
 
 
Kata aku : Mama nurins ialah wife aku. So siapa-siapa yang berkenan nak beli produk SHAKLEE boleh berhubung terus dengan beliau.... Aku buat marketing jer.... Selamat berjual beli yerrr...

Untuk Makluman Kawan-Kawan Yang Berhajat Untuk Bersuka Ria Di I-City

Story ni aku dapat dalam FB... So aku copy paste je.

Kalau betul la apa yang ditulis itu berlaku, aku berharap pihak pengurusan I-City perlu mengambil tindakan segera dalam menambahbaik modus operandi mereka. Jangan sampaikan satu hari nanti rakyat Malaysia boikot untuk tidak pergi ke sana lagi.

Kepada pemilik tulisan ni, aku minta izin untuk share...

Selamat membaca semua....

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 
I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit....

 
Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Sela ma 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga. Aku kena main dan aku kena tipu. Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition', juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.

Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.

Sebelum aku teruskan, mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik. I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan, dengan maksud, kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak misleading. Sebaliknya aku salah, pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya. Mari aku ceritakan celakanya. Yuran entry, selepas 7pm, RM10. Ini aku boleh terima. Normal dan tiada yang aneh.



Ok sekarang, tempat paling attractive di I-City, namaya SNOWALK. Idea SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland. Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa. Aku masuk ber empat semua sekali RM120. Ini pun, aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku syak mestila SNOWALK ni power betul, boleh imitate almost exactly Iceland, atau Alps setidaknya. So RM120, setel..ready to rock in!. Wooo..bila aku dah masuk, rupanya kena rilek dulu, kena ambil jaket (ini masuk pakej, mujur).

Lagi, yang pakai selipar, kena sewa kasut, beli stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa ni aku mula menyirap). Aku cakap pada fateem, faseeh dan cikgu, kita masuk je dengan kasut yang sedia ada. Walaupun subconscious mind aku tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa atau beli.

Bukan sebab aku berkira, atau aku kedekut, tapi aku fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan terus, nampak tak sekarang? kalau aku dah bayar sekali, lepastu aku kena bayar lagi dan lagi, itu pada aku adalah perangkap dan penipuan. Denga berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk, elok gaya nak masuk, brader jaga pintu spund cikgu, "handbeg tak boleh bawak masuk". Aku balas balik dengan sabar,"handbeg nak kena letak mana?". "Dalam locker kat sana", brader ni balas tenang.

Aku suruh cikgu pergi setelkan handbeg dia, dan teruskan bersabar. Selang beberapa minit, cikgu datang balik pada aku, lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap, "ada duit kecik? locker tu kena bayar". Dekat stage ni, aku geleng kepala. Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya rayakan pemilik I-City, secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini.

Dalam kabin SNOWALK, boleh aku simpulkan, macam kau duduk dalam peti ais tempat beku. Ada igloo, ada lampu lampu, ada sedikit gelongsor ais. Aku tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar I-City, tapi aku fikir they can do much more better. Dan bila aku marah, aku akan jadi detail, "is this the best they can offer?".

Aku mula nampak hal hal yang kacau fkiran aku, kenapa takde salji? kenapa takde paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata, beam beam dan structure bangunan obviously there, sebijik macam kau jalan kat carpark cuma bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak, butang rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik? Nampak, benda ni patutnya senang, tapi bila aku dah mula kacau bilau dari awal, semua aku tengok salah. dan yess memang overall SNOWALK sucks big time.

Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh menangis sebab tak tahan sejuk ais banyak masuk dalam kasut dia. Bila aku sampai kat luar, aku tengok ramai yang menggigil sejuk, kasut yang sewa tadi semua bukak. kaki mereka aku tengok merah. Temperature terlebih sejuk ke aku tak tahu. Aku tak pernah pegi Iceland, Alps pun aku tak pernah pegi, aku tak tahu sejuknya macam mana. Lantaklah! Aku cuba bertenang, dan melepak dekat patung zirafah. fateem dengan faseeh nak main keretapi, kapal dan wheel apa benda entah.


Aku tengok kawasan permainan ni semua berkumpul di satu port. Dalam kepala aku fikir macam ni, aku beli tiket sekali masuk, say RM20 sorang, atau berapa berapa lah, lepastu boleh main freeflow. Pergi matiii dengan fkiran aku, I-City lagi pandai korek duit dengan menggadai perasaan kesian mak ayah pada anak anak.

Ada 6-8 jenis permainan, dia caj RM5/person untuk satu game. Ada 2-3 game yang RM10/person. Beli tiket pakai macam smartcard. Kiranya kalau baar RM50, pakaila kad tu sampai habis. Bodo anak aku 2 orang sekali naik keretapi yang pusing tak sampai 5 round, tak sampai 5 minit in fact, aku kena bayar RM10. (RM5/person). Itu yang RM5, yang game RM10 pulak, baraaii!. Setengah jam, RM50 gone. Come on what kind of pleasure the kids will have for half an hour?

Dalam hal ni, kau orang kena clear standpoint aku. Aku tak bercakap untuk aku saja. Aku bercakap untuk orang lain, yang mungkin bajet mereka lagi kurang tapi dah terperangkap. Apa yang terperangkap? Kau bagitau anak anak kau nak datang I-City, mereka happy, bila dah sampai..pehh ambik beratus nak kena keluar.

Takkan dah kat situ kau nak cakap kat anak anak kau "Janganlah..mahal lah". yang aku cerita keretapi 5 minit tak sampai tu apply pada semua game. Aku rakam fateem dan faseeh naik keretapi tu exactly less than 4 minit. Kau orang sabar. Aku belum habis lagi ni. Berbalik pada hal permainan. Masa di kaunter, dekat depan kaunter, clearly stated "RM5/person" untuk game game yang disenaraikan. Macam aku bgtau tadi, ada setengah game" RM10/person". Isu kedua timbul bila faseeh dinafikan hak untuk bermain kapal apa benda entah sebab tinggi dia tak lepas benchmark.

Ohhhh yang ini aku betul betul fak!. Aku tarik faseeh keluar, sambil kepala aku cuba rasionalkan situasi. Exactly belakang faseeh, ada sorang budak perempuan, tinggi dia siiikiiittt je lagi nak sampai benchmark, terus budak lepas SPM yang jaga entrance reject suruh keluar. WOW! for God sake faseeh dan budak perempuan dah beratur 15 minit semata mata nak main, when they turn come, kau just suruh keluar sebab tak lepas height?

Ayah perempuan tu cuba slowtalk dengan budak jaga entrance, kesian aku tengok orang kampung sorang sini, kesian lagi aku tengok anak dia yang terkebil kebil tak dapat main. Sabar aku hilang bila budak yang jaga tadi jawab endah tak endah dengan ayah budak perempuan tu. Sabar aku diakhiri dengan makian orang putih ditengah khalayak orang ramai. Aku tak boleh kontrol sebab aku kesian betul dekat faseeh, lagi aku kesian dekat budak perempuan yang terkecil kebil kecewa tu. Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter.



Sampai di kaunter aku bagitau yang "kenapa masa beli tiket you tak cakap budak budak ni ada height limit?" Pehhh makwe kaunter tu bagi jawapan bijak,"Kat atas kan ada beritahu" sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau kena dongak kalau nak baca satu satu) ada A4 beberapa keping yang beritahu game game yang ada height limit, dan Yes, font dia aku tengok macam font 14 atau paling besar 16. Lalu aku khutbah pada dia, kenapa dekat depan kaunter ni tak tulis pulak? dan kenapa kau, sebagai penjual tiket yang tahu permainan ni semuanya untuk budak budak tak beritahu awal awal "encik, untuk game ni game game ni, budak bawah 120cm tak boleh main", kenapa kau tak buat? kau harap orang baca benda info yang berselerak, dalam keadaan orang ramai, nak cepat, nak bagi budak budak seronok.

Ni sama la macam jual buah Strawberry kat petaling street letak sigboard besar RM5. Mindtrick, sebab by default orang ingat sekilo RM5, orang tak banyak tanya terus mintak sekilo. Hahh ambik kau rupanya RM5 ni untuk 100gram. Tulisan 100gram ni kecik halus je dia letak tepi RM5. Memang ada point yang ko salah sebab tak teliti, tapi dalam masa yang sama, kau rasa kena tipu tak? sebab dalam keadaan sibuk, orang ramai berpusu, berapa kerat manusia je boleh bagi attention to detail?. Ini nama dia manipulation.

Dan akhir sekali, smartkad tu, kalau kau tak habis main, duit dalam tu banyak lagi, kau boleh refund RM5 sahaja. Maknanya, katala duit dalam tu ada lagi RM30, tapi anak kau dah mengamuk nak balik, atau tiba tiba dia sakit perut kena bawak ke hospital. Burnlah duit tu. Unless kalau kad tu boleh bawak balik dan esok kau datang lagi sambung pakai, itu aku tak tahu lah boleh ke tidak. Tapi berapa ramai pakcik makcik Kokdiang nak datang balik esoknya semata mata nak habiskan baki duit RM30? Nampak tak macam mana orang kampung kena main? Aku dah tak larat nak menulis. Lama dah aku tak menulis panja SEMBANG KENCANG...ng. Kesimpulan yang aku boleh bagi; Aku berharap, I-City ni, kau bertukarlah menjadi kebun kelapa sawit.


Kata aku :

Aku pernah pergi I-City bersama keluarga. Memang benar sebenar-benarnya apa yang dicoretkan oleh penulis.... 

Aku cadangkan pihak pengurusan mengambil langkah proaktif dalam menangani perkara ini. Kalau nak kenakan caj, kenakan caj seperti di Theme Park Sunway Lagoon atau Theme Park Genting atau Legoland yang mana hanya perlu bayar sekali dan boleh main berkali-kali. Itulah yang dinamakan win-win situation.

Jangan pula apa yang didoakan oleh penulis termakbul. Tak pasal-pasal I-City jadi padang jarak padang terkukur.

Fikir-fikirkanlah.....

Thursday, April 19, 2012

Awas Serangan TOMCAT...

JAKARTA — Serangan serangga Tomcat atau kumbang Paederus sejak beberapa hari lalu kini semakin menggemparkan penduduk beberapa kawasan di Surabaya, Jawa Timur apabila jumlah mangsa semakin meningkat.

Sehingga hari ini sejumlah 48 orang dilaporkan tercedera akibat bersentuhan dengan serangga itu dan terkena racunnya.


Inilah rupa serangga TOMCAT... Takutnyerrrr....

Mangsa yang bersentuhan dengan serangga itu biasanya mengalami masalah kulit timbul bintik-bintik, gatal berair dan meninggalkan bekas hitam pada kulit.


Inilah kesan yang terjadi pada kulit kita setelah terkena racun serangga TOMCAT....


Ini pula kesan parut yang terjadi setelah dirawat....

Ketua Pengarah Pengendalian Penyakit dan Kesihatan Alam Sekitar Kementerian Kesihatan Indonesia Tjandra Yoga Aditama dalam kenyataan media pada Selasa, berkata sebahagian daripada pesakit yang diberikan rawatan sudah sembuh sementara yang lain keadaan kulit mereka tidak begitu serius.

Jabatan Kesihatan Jawa Timur telah memberi penerangan kepada masyarakat supaya berwaspada dan menghindarkan diri daripada bersentuhan dengan serangga Paederus itu selain meminta mereka melakukan usaha pencegahan.

Tjandra Yoga menasihatkan masyarakat yang terjumpa serangga itu supaya jangan memicitnya agar racunnya tidak terkena pada kulit mereka.

Bunuh tomcat dengan menyembur racun serangga dan buang tanpa menyentuhnya.

Jika sentuhan pada kulit tidak dapat dielakkan, mereka hendaklah segera mencuci dengan air yang mengalir dan sabun bahagian kulit yang bersentuhan dengan serangga itu.

Penduduk juga dinasihatkan membersihkan kawasan persekitaran rumah dan memeriksa dinding serta siling rumah dekat lampu sebelum tidur.

Oleh Ahmad Fuad Yahya (Bernama)

Sumber : Harian Metro

Tuesday, April 10, 2012

Akhirnya.....

Akhirnya berjaya jugak aku menukar template blog seperti yang dihajatkan. Berbekalkan semangat yang jitu lagi kental, impian yang diimpikan telah tercapai. So kepada sape-sape yang rindukan template blog aku yang lame, mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Tak dapek den nak nolong.

Adiiooosssss.....

Karat Mengarat, Sawang Menyawang Blog Guwei.....

Assalam Semua. Long time no story-mory.

Lama betul aku tak update blog. Cam tu la kalau sikap kemalasan datang melanda. Mungkin jugak sebab layout blog aku gelap je memanjang, makin lama makin suram. Last-last tersadai tanpa dihiraukan. Huhuhu.... Bak kata aku la... Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Apo la yang aku mengarut nih.

Dalam mentranformasikan diri dari malas kepada rajin, aku perlu berbuat sesuatu...

Tindakan pertama, sila tukar layout yer... Lepas tu kalau tiada apa-apa tindakan jugak, aku tutup je la blog nihh... Abis citer :) He he he gurau je.

Citer pembukaan pada hari ini. Currently, aku mengikuti kelas diploma eksekutif in health & safety management kt New PJ Old Town, macam-macam hal nak kena buat. Study dah tentu, keje lagi. Nasib baik la isteri dan anak-anak memahami. Kalau tak pening jugak dibuatnyer.

Orang tanya aku nape amik diploma eksekutif, nape tak amik master je? Jawapan aku senang je, diploma eksekutif yang aku amik tu free, yang tak boleh blah siap ade ade elaun lagi RM200/month. So sebagai langkah permulaan sebelum amik master, kena la asah2 sikit otak yg dah berkarat ni. Insyaallah kalau aku berjaya menamatkan pengajian diploma eksekutif dalam masa yg ditetapkan, proceed to master lak. Wish me luck.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birthday

  • Aku - 2 Oktober
  • Ma Mil - 19 Ogos
  • Nurin Hidayatullah - 10 Januari
  • Nurin Alya Fatihah - 21 Januari
  • Omak Aku - 21 September
  • Bapak Aku - 21 April