Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Wednesday, July 17, 2013

Kalau benar.... Alhamdulillah....

Bonus Aidilfitri bukti kerajaan ikhlas, dibayar 9 Ogos 2013 – PM Najib

                                                       
AMPANG – Pemberian bonus kepada penjawat awam merupakan bukti keikhlasan kerajaan memperjuangkan kepentingan untung nasib rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, ia selaras dengan falsafah Gagasan 1Malaysia ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.

“Ini mencerminkan kemampuan kerajaan mentadbir urus ekonomi negara dengan baik,” katanya pada majlis moreh selepas menunaikan solat Isyak dan tarawih di Surau Taman Sri Angsana Hilir, Pandan di sini, hari ini.

Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas kepada pesara kerajaan, yang akan dibuat pada 9 Ogos. Ia memberi manfaat kepada 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Pada majlis di surau berkenaan, Najib mengumumkan pemberian 8,946 helai kain untuk dibuat jubah kepada imam dan ahli jawatankuasa masjid serta surau Jumaat di seluruh negara.

Selain itu, katanya setiap masjid di negeri Selangor akan menerima sumbangan 10 liter air zam-zam dan 10kg buah kurma.

“Semua pemberian ini diusahakan oleh Kelab Putera 1Malaysia,” katanya.
Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM400,000 untuk menaik taraf  Surau Taman Sri Angsana Hilir. – Bernama

Tuesday, June 4, 2013

Kisah Suami Isteri....

Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"

Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gulai tempoyak feberet aku"
...
Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri je?"

Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la bini aku masak, aku makan je"

Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak"

Muin : "Ish.... kan masak tu tugas isteri?"

Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?"

Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal budaya sampai tak ikut ajaran agama"

Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?"

Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena belajar"

Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?"

Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu je, layan suami, yang lain semua kewajipan suami"

Muin : "Hoh, layan suami je?"

Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat layan suami je"

"Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan suami. Macam sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami"

Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar betul"

Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke, lembu ke."

"Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu."

Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?"

Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum 1 mud atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun"

"Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya"

"Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?"

"Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri, macam gantikan makanan dengan duit, isteri makan sendiri la. Duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya, dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu tanpa minta izin suami. Tapi baiknya bagi tau la kalau benda tu besar macam nak beli kereta tu"

Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?"

Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan berumah tangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu baik"

"Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan anak. Itu akan meringankan suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada si isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri"

"Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian dan rahmat Allah"

Muin : "Ooooo, baru aku tau"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang kita ni, belajar tak berapa mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya kewajipan suami. Kalau semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai. Isteri pulak dalam tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la membebel. Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala dan dapat dosa"

"Imgat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih. Letih pulak sebab buat kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Naya betul....."

Wallahualam
 
 
**Copy paste daripada facebook.... Selamat membaca....

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin

Petang semalam, nurin menunjukkan kepada aku yang dier dah buatkan kad raya untuk papa & mama dier. Dier pun bagi la.

Jeng jeng jeng..........



Terharu betul aku. Al maklum la, da lame sangat tak dapat kad raya. Tiba-tiba lak dapat. Hand made pulak tuhhh. Comey je...



Ni pulak lakaran dalaman kad raya tersebut.



Zoom in apa yang nurin tulis untuk papa & mama dier.....



Insyaallah nanti ada duit raya untuk nurin & alya. Jangan nakal-nakal yer, kalau tak nanti portion duit raya ditarik balik.

-------------------------------------------------------------------------------------

Di hari yang mulia ini, di bulan yang barakah ni, aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN kepada sesiapa yang mengenali diri ini dari tapak kaki sebesar 2 jari hingga la dah beranak bini.

Tuesday, March 15, 2011

Nyot....Nyot....

Kalau tengok title entry len macam je bunyinya. Ha ha ha... Siapa yang berpikiran blue, cam tu la jadinya. Kan da kena speedtrap pagi-pagi nihhh. Jangan mare yerr..

Apa-apa pun yang aku nak citer kat sini ialah pasal budak-budak hisap sogek atau puting. Al maklum la masa tengah membesar (berumur 1 tahun dan 2 tahun dan mungkin jugak 3 tahun) memang benda alah ini diperlukan kerana time ni gigi budak-budak baru nak tumbuh and gusi gatal. Tapi kan doktor cakap sogek ni tak bagus tuk budak-budak kerana akan menyebabkan pertumbuhan gigi budak-budak jarang.

Aku lak peduli hapa janji anak-anak aku senyap. Wakakakaka kejam punya bapak. Ni gambar anak-anak aku masa hisap sogek suatu ketika dahulu. Jeng jeng jeng, layanzzzz.....

NURIN


ALYA


Time ni, anak-anak aku dan sogek tidak dapat dipisahkan. Bagaikan aur dengan tebing. Perggghhh punya la akrab hubungan istimewa anak-anak aku dengan sogek. Hilang je beli baru, hilang je beli baru. Siap aku belikan rantai tuk ikat sogek anak-anak aku supaya tak tercicir. Tapi bole jugak hilang, pelik tul la aku. Itu satu hal.

Hal lain lak kalau salah sorang hilang sogek, mereka akan berebut antara satu sama lain. Macam-macam petua aku amalkan tuk menghentikan hisap sogek oleh anak-anak aku. Salah satu nya ialah dengan menyapu asam jawa di sogek/puting tersebut. Mula-mula berjaya jugak, tapi lama kelamaan anak-anak aku da boleh terima aku sapu asam jawa kat puting... Adooohhhh misi gagal.

Ada satu hari tuhhh, masa kat dalam kereta on da way nak balik puchong. Entah macam mana aku baru sedar sogek alya sulah hilang. Ape lagi alya rebut sogek nurin. Mula la perebutan sogek di antara adik dan kakak. Disebabkan niat aku nak hentikan amalan hisap sogek anak-anak aku, maka satu plan telah dirancang. Akupun naik hangin satu badan, aku rampas sogek tuk pastu aku buka tingkap kerete, pastu aku buat cara-cara memang nampak real aku buang sogek tuhhh. Aku sorok sogek tu kat tepi aku. Pastu dua-dua anak aku tergamam. Masing-masing mengamuk la. Bile masing-masing da penat, ape lagi melepek kat mama dier la... Pastu terus aku tak bagi sogek. Ade la dalam seminggu jugak baru la leh hidup tanpa sogek. Tapi macam-macam dugaan jugak la kena hadapi. Yes berjaya jugak akhirnya. Alhamdulillah.......

Alya Dulu & Alya Sekarang

Alya berumur 2 bulan...



Alya berumur 3 tahun...



Anak-anak dara P.E Da Legend....



Agak-agak bila la boleh tambah lagi nihhh? :)

Friday, March 11, 2011

Nurin Dulu & Nurin Sekarang...

Nurin ketika berumur 10 bulan...



Nurin ketika berumur 3 tahun 10 bulan...



Nanti akan menyusul pulak topik Alya Dulu & Alya Sekarang. Layannzzzz

Thursday, March 3, 2011

Sambutan Hari Lahir Nurin & Alya



Kejadian (gambar di atas) berlaku ketika Hari Raya Cina yang lepas. Aku dan isteri telah merancang untuk menyambut hari lahir Nurin & Alya di kampung isteriku di Kota Tinggi Johor. Untuk makluman korang, Nurin telah berumur 4 tahun dan Alya pula berumur 3 tahun. Sekejap betul masa berlalu. Penat lelah aku dan isteri menjaga anak-anak selama ini telah membuahkan hasil. Hasil yang tidak dapat diukur dengan wang ringgit. Kini anak-anakku telah menjadi teman, gelak ketawa sedih suka duka bersama. Walaupun makin besar makin ragam. Itu semua asam ragam kehidupan...

Aku mendoakan semoga anak-anakku menjadi solehah dan dilindungi keselamatan di dunia akhirat. Aminnnnn....

Wednesday, December 15, 2010

Vocab baru

Semenjak dua menjak ni anak2 dara aku telah memvocabkan 3 perkataan baru...

1) sebikal = BASIKAL

2) seko = TESCO

3) toskin = STOKIN

alahaiii anak2 aku, takkan la kat sekolah ini yang cikgu ajar....

Friday, December 3, 2010

Musibah

Sabtu lepas merupakan hari sakit bagi keluarga ku. Aku satu keluarga mengidap simpton2 yang sama iaitu deman panas yang ober panas, batuk2, sakit tekak, loya2, sengal2 badan dan fenin. Takkan la bini aku peknen, amatlah mustahil kerana dia dilindungi implanon yang bertarikh luput jun 2011. Macam2 ubat da makan, tak baik2 jugak. Sampaikan plan nak g MAHA pada ari senin terpaksa ditunda gara-gara tidak sihat. Apa2pun aku bersyukur kerana aku dan ahli keluarga makin sembuh walaupun sisa2 sakit masih ada hingga ke hari ini. Anak2 pun makin hari makin ceria, tak banyak kerenah. Itu cerita hari Sabtu...........

Ini pulak cerita ari ahad malam. Aku sekeluarga eksiden. Ini pulak aku rasa gara2 terlebih amik ubat sampai lalok. Sampai drive boleh tertido padahal da nk smpi umah dahh. Nasib baik la eksiden tu tidak menyebabkan pihak2 pengguna jalanraya yang lain. Dan aku juga bersyukur kerana ahli keluarga aku selamat, tiada yang cedera, cuma kereta je (da name pun eksiden). Dahhh tu je nak g tau. Harap maklum

Wednesday, November 10, 2010

Bangun Pagi Pergi Kerja.... Bla bla bla

Pagi ni malas betul aku nak bangun tido. Sedap sangat tido. Tapi ku gagahkan diri untuk bangun jugak kerana perlu mencari rezeki untuk anak bini. He he he. (Ayat untuk memotivasikan diri).

Ada satu pagi di waktu hari bekerja, anak aku yang sulung bernama nurin hidayatullah bertanya kepada aku, arini boleh cuti tak? perghhhh ganas punyer soklan. Aku pun menjawab, kakak kena g skool. Nak jadi doktor kena g skool.. Pastu nurin jawab, oooo ok.

Dah besar rupanya anak aku, dah boleh paham ape yang aku cuba sampaikan. Bukan nurin je, alya pun same gak. Disuruh ambil apa-apa, dia akan buat. Itupun ikut mood jugak, kalau tak ok memang dier buat dekkkkk je. Macam bapaknyer. Kih kih kih. Anak bapak...

Monday, November 1, 2010

Blue Team



Kalau korang terer, bole tak bagitau bagaimana kedudukan kamera ketika gambar ini diambil? jeng jeng jeng

Teka Gambar..

Cuba cari gambar tersembunyi. Dimanakah isteri aku yang bernama Normila?

Gelagat Nurin & Alya









Raya 2010

Tak reti la nak cerita. Tengok je la gambo. Layannnn... He he he







Selamat Hari Jadi Isteriku, Normila

Salam Semua.

Lama betul aku tinggalkan dunia blogging ni, bila kemalasan datang melanda camni la jadinya. Walaubagaimanapun aktivit blogging harus diteruskan hingga ke akhir hayat. Hidup Pie.... Wakakakaka.



Sebenanyer ini cerita lama tapi aku nak coretkan jugak untuk dijadikan kenangan dalam tahun 2010. Pada 18/9/2010 yang lalu adalah harijadi isteri aku yang ke 30. Ucapan untuk isteriku.... SELAMAT HARI JADI, SEMOGA PANJANG UMUR & DIMURAHKAN REZEKI (Biasalah ayat standard tapi ade ayat tambahan sikit kat belakang ni). Semoga kehidupan kita sekeluarga aman, bahagia dan selamat dunia akhirat. Aminnnnnnn....



Thursday, August 19, 2010

Selamat Hari Jadi Sayang.....

Tengok tajuk macam gempak je tapi memang gempak pun.. Gempak untuk aku la sebab hari ini merupakan hari kelahiran isteri aku..

Hari ni 19 Ogos 2010 merupakan harijadi isteri aku yang ke 30 tahun... Jangan marah ye sebab abang masih lagi 20 an... Wakakakaka. Aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI kepada isteriku, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Abang juga mendoakan semoga sayang diberikan keselamatan dan kebahagian di dunia dan akhirat.

Disebabkan hari ini adalah hari istimewa, apakah menu istimewa yang perlu aku masak untuk majlis berbuka puasa nanti cum menyambut harijadi? Jeng jeng jeng....

Tuesday, March 30, 2010

Monday, January 25, 2010

Entry Anak-anak Guwey...

Entry dicilok dari http://mamanurins.blogspot.com/ . Biase la maleh nak taip. Wakakakaka

Nurin Hidayatullah

1. She is three (3) years old now.
2. Bila kita tanya "berapa umur kakak?" Her answer would be "5 tahun".
3. Is undergoing potty training now. Its almost a week since last Satuday. I can say that she is under control. The teacher also supporting her training @ school
4. Everyday must watch Upin Ipin Geng (at least once a day)
5. I bought her mini compact powder natural (J&J) and a comb. Suka sangat main make-up aku sampai aku sanggup tak make up langsung bila kuar dengan dia
6. Cakap petah sangat...
7. During weekend, I always tease her to go to school. She replied "Tak nak school. Kakak nak sarapan kat luar" Luar meaning kat our garden which we did it almost during weekend.

Nurin Alya Fatihah

1. She is two(2) years old
2. Can speak a bit but sometimes hardly to understand her message
3. Is cepat tangan. Pantang biarkan apa-apa mesti dia kacau punya
4. The teacher said she is Kaki Buli. Mangsa utamanya ialah Kakak Nurin
5. Same kind like her sister. Everything Nurin got, she must also have. If not, the world would turn all around.
6. Got a bf already..huhu. The teacher adores her so much.




Gambar diambil semasa celebrate birthday
Nurin (3 tahun la) & Alya (2 tahun la) kat school...

Tuesday, January 12, 2010

Bangun pagi....Bla bla bla

Nurin telah mengajar aku satu lagu yang dia belajar di skoll (smartreader). Tajuk lagu ialah Bangun Pagi. Meh aku tulis liriknya disini.

Bangun pagi
Gosok gigi
Cuci muka
Mandi-mandi
Pakai baju
Minum susu
Pergi sekolah
Baca buku...

Alya pulak ajar aku lagu yang sama tapi lirik yang berlainan. Ini liriknya...

Lalalala
Lalalala
Lalalala
Lalalala...... hu hu hu..... Walaupun ini saja liriknya tapi semangat beb dier nyanyi. Menghiburkan hati jugak kepada sesiapa yang mendengarnya :). Kiut jerrr

Pagi tadi macam malas je aku nak g keje. Siap da terpikir dalam paler otak nak EL. Sekali teringat lak aku ade task yang nak kena siapkan pada 13.1.2010. Ape lagi ku gagahkan diri untuk menyiapkan diri, dan akhirnya sampai jugak aku ke opis pada pukul 8.23 pagi. Apa lagi da sampai opis kena la buat keje, so aku nak buat keje la niiii... Calooooo

Monday, January 11, 2010

Happy Birthday Nurin Hidayatullah ke 3

Semalam (10.1.2010) adalah hari jadi nurin hidayatullah yang ke 3. Papa doakan semoga nurin panjang umur dan sihat walafiat dunia akhirat dan bakal menjadi insan yang akan berbakti bukan sahaja kepada ibubapanya tetapi juga kepada agama, bangsa dan negara. Perghhh semangat patriotik la pulak.

Semua ahli keluarga ku (papatok, mamatok, uncle don, aunty dila, uncle boy & aunty pat) mengucapkan selamat hari jadi kepadanya. Tak tau la dia paham ke tak. Siap dapat hadiah. Yang tak tahan nurin alya fatihah pun dapat hadiah (in advance - kalau ikutkan DOB alya 21.1.2010) tak kisah la. Terima kasih kepada semua kerana telah membahagiakan cahayamata ku ini.

Mama siap buatkan nurin & alya kek ceklat moist alien. Sedap tuhhh... Tiba-tiba lak terliur. Ni yang kena balik rumah cepat-cepat. Nak mentekedarah balance2 kek ceklat yang ada. Sape-sape yang teringin boleh la berkunjung ke Big Apple, beli sendiri donut alien.

Papa & mama juga akan merancang untuk mengadakan sambutan hari jadi nurin & alya (sambutan harijadi disekalikan) di Smartreader (skool nurin & alya) untuk diraikan bersama-sama kawan pada 15.1.2010. Tungguuuu ye......

Sambutan harijadi nurin & alya juga akan diadakan dikalangan ahli keluarga dalam masa terdekat. Insyaallah.....
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birthday

  • Aku - 2 Oktober
  • Ma Mil - 19 Ogos
  • Nurin Hidayatullah - 10 Januari
  • Nurin Alya Fatihah - 21 Januari
  • Omak Aku - 21 September
  • Bapak Aku - 21 April