Thursday, April 19, 2012

Awas Serangan TOMCAT...

JAKARTA — Serangan serangga Tomcat atau kumbang Paederus sejak beberapa hari lalu kini semakin menggemparkan penduduk beberapa kawasan di Surabaya, Jawa Timur apabila jumlah mangsa semakin meningkat.

Sehingga hari ini sejumlah 48 orang dilaporkan tercedera akibat bersentuhan dengan serangga itu dan terkena racunnya.


Inilah rupa serangga TOMCAT... Takutnyerrrr....

Mangsa yang bersentuhan dengan serangga itu biasanya mengalami masalah kulit timbul bintik-bintik, gatal berair dan meninggalkan bekas hitam pada kulit.


Inilah kesan yang terjadi pada kulit kita setelah terkena racun serangga TOMCAT....


Ini pula kesan parut yang terjadi setelah dirawat....

Ketua Pengarah Pengendalian Penyakit dan Kesihatan Alam Sekitar Kementerian Kesihatan Indonesia Tjandra Yoga Aditama dalam kenyataan media pada Selasa, berkata sebahagian daripada pesakit yang diberikan rawatan sudah sembuh sementara yang lain keadaan kulit mereka tidak begitu serius.

Jabatan Kesihatan Jawa Timur telah memberi penerangan kepada masyarakat supaya berwaspada dan menghindarkan diri daripada bersentuhan dengan serangga Paederus itu selain meminta mereka melakukan usaha pencegahan.

Tjandra Yoga menasihatkan masyarakat yang terjumpa serangga itu supaya jangan memicitnya agar racunnya tidak terkena pada kulit mereka.

Bunuh tomcat dengan menyembur racun serangga dan buang tanpa menyentuhnya.

Jika sentuhan pada kulit tidak dapat dielakkan, mereka hendaklah segera mencuci dengan air yang mengalir dan sabun bahagian kulit yang bersentuhan dengan serangga itu.

Penduduk juga dinasihatkan membersihkan kawasan persekitaran rumah dan memeriksa dinding serta siling rumah dekat lampu sebelum tidur.

Oleh Ahmad Fuad Yahya (Bernama)

Sumber : Harian Metro

Tuesday, April 10, 2012

Akhirnya.....

Akhirnya berjaya jugak aku menukar template blog seperti yang dihajatkan. Berbekalkan semangat yang jitu lagi kental, impian yang diimpikan telah tercapai. So kepada sape-sape yang rindukan template blog aku yang lame, mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Tak dapek den nak nolong.

Adiiooosssss.....

Karat Mengarat, Sawang Menyawang Blog Guwei.....

Assalam Semua. Long time no story-mory.

Lama betul aku tak update blog. Cam tu la kalau sikap kemalasan datang melanda. Mungkin jugak sebab layout blog aku gelap je memanjang, makin lama makin suram. Last-last tersadai tanpa dihiraukan. Huhuhu.... Bak kata aku la... Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Apo la yang aku mengarut nih.

Dalam mentranformasikan diri dari malas kepada rajin, aku perlu berbuat sesuatu...

Tindakan pertama, sila tukar layout yer... Lepas tu kalau tiada apa-apa tindakan jugak, aku tutup je la blog nihh... Abis citer :) He he he gurau je.

Citer pembukaan pada hari ini. Currently, aku mengikuti kelas diploma eksekutif in health & safety management kt New PJ Old Town, macam-macam hal nak kena buat. Study dah tentu, keje lagi. Nasib baik la isteri dan anak-anak memahami. Kalau tak pening jugak dibuatnyer.

Orang tanya aku nape amik diploma eksekutif, nape tak amik master je? Jawapan aku senang je, diploma eksekutif yang aku amik tu free, yang tak boleh blah siap ade ade elaun lagi RM200/month. So sebagai langkah permulaan sebelum amik master, kena la asah2 sikit otak yg dah berkarat ni. Insyaallah kalau aku berjaya menamatkan pengajian diploma eksekutif dalam masa yg ditetapkan, proceed to master lak. Wish me luck.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birthday

  • Aku - 2 Oktober
  • Ma Mil - 19 Ogos
  • Nurin Hidayatullah - 10 Januari
  • Nurin Alya Fatihah - 21 Januari
  • Omak Aku - 21 September
  • Bapak Aku - 21 April