Thursday, December 17, 2009

Latest Picture Nurin & Alya

This picture was taken by Amminz at Kenduri Doa Selamat for successful wedding Din & Boy...
I just realize that my daughter have grown so quickly...



Luv u both...
I alwiz pray that both of u will become good person in future (Dunia dan Akhirat)....
Insyaallah, Aminnnn


Tuesday, December 15, 2009

Kreatif betul.......

Macam dalam SPONTAN (channel 132) la pulak...


Tuesday, December 8, 2009

Perarakan sniper?

Tadi aku melayan blog http://ini-yang-aku-rasa.blogspot.com/, sekali nampak gambar ini.... Perarakan sniper beb, perghhhhhhh


Agak2 kat malaysia ada ke camnihhh?

Wednesday, November 25, 2009

Siapa Bole Translate?

"Fluid overload 2' worsening liver disease complicated upper gastrointestinal bleed 2' bleeding varice"

Monday, November 9, 2009

Friday, November 6, 2009

Pergi course IIA kat Parkroyal Bukit Bintang

2 - 5 November 2009, aku pergi course IIA (Operational Auditing) kat Parkroyal Bukit Bintang. Mula-mula course memang seronok terutama sekali bab2 makan. Pagi tea break, lunch buffet, pastu petang hi tea..... Perghhh meleleh liuk oooo bile teringat. Sekali biler da hari ketiga dan hari keempat paler macam da mengong2 jerrr. Bukan mengong2 sebab input course tu, tapi sebab makanannyer yang enak2. Abis guwe punyer diet. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Ape yang aku dapat dalam course 4 hari ni dan aku nak kongsi ngan korang dan aku akan pegang seumur hidup (kalau karier aku sebagai internal auditor tak berubah sampai la aku KO) ialah:

1) Must think out of box.

2) Never trust what people say until u get enough evidence.

3) And the very important point to remember: Function of Internal auditor is not catch people but to improve the system and add value to organisation.

So think about it. Kalau tak tau jugak, aku syorkan korang register g course ni kat IIA. Ok la nak tido. Calooooo n nite

Sape boleh jawab?

Pada suatu petang, ada seorang budak sedang menikmati hirupan udara segar di depan rumah. Tiba-tiba dia terpandang sesuatu pada pagar rumahnya. Sekali imbas pandang seperti seutas tali terselit memanjang di pagarnya, ada la dalam 2 kaki panjang dan 5 mm lebar (lebih kurang la). Apabila pandangan difokuskan seperti tali itu mempunyai kepala. Jeng jeng jeng (bagi suspen sikit). Untuk mendapatkan kepastian apakah bendanya, budak tersebut mengambil sebatang kayu dan kayu tersebut disentuhkan kepada tali tersebut. Sesuatu tidak dijangka tali tersebut telah bergerak. Rupa-rupanya ular daaa. Ish ish ish, apa lagi gelabah la budak tersebut lalu berlari masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba budak itu memberanikan diri dan mengambil pisau pemotong rumput. Pisau pemotong rumput tersebut dihalakan ke badan ular tersebut. Lalu dia potong badan ular tersebut hingga putus. ukuran dari hujung ekor ke badan ular yang dipotong ada la 1/3 dari ukuran ular tersebut.
Soalannya:
1) Siapakah nama budak tersebut? Berapakah umur budak tersebut? Apakah jantina dia?
2) Dimanakah budak tersebut tinggal?
3) Budak tersebut pakai baju warna apa dan pakai seluar jeans jenama apa?
4) Apakah warna ular tersebut?
5) Setelah ular itu dipotong 1/3 di bahagian belakangnya, adakah ular tersebut masih hidup?
Siapa leh jawab lima-lima soalan dengan betul, aku bagi hadiah 5.
Hadiahnya ialah:
1) Satu anak pokok misai kucing
2) Satu anak pokok mas cotek jantan
3) Satu anak pokok mas cotek betina
4) Satu anak pokok mangun-mangun
5) Satu anak pokok aloe vera giant
Kalau korang rasa adiah aku tak bernilai, siapa cakap? Boleh buat duit woooo sebab anak pokok yang korang dapat leh jual. Kalau nak tau harga market setiap pokok yang aku hadiahkan, korang wusha la kat nursery.
So aku ucapkan selamat menjawab n wish u all da best......

Friday, October 23, 2009

Today is budget day....

Harap-harap ade bonus la. Tak kisah la walaupun tak banyak janji ade. Itu je aku harapkan, lain-lain aku peduli ape. Betul tak kawan2? Kalau tak betul sila la betulkan hamba yang hina ini..

Dulu masa aku kerja kat audit firm, budget ni la aku kena dengar betul2, yang tak tahan kena paham betul2. Sebab banyak reflect kat personal tax & company tax. So nak tak nak kena update knowledge tax ni... Setiap taun ade je perubahannya. Yang tak syoknyer bile dengar gomen dapat bonus, diri sendiri tenganga gigit jari je la.... Hu hu hu

Stelah sekian lama aku tidak membloggingkan diri, Hu hu hu

Lama betul aku tak update blog. Nak kate bz bedooh tak de la pulak, cuma bila kemalasan mendatang memang blog dilupakan. Hua hua hua...... Aci tak cakap cam tuhhh?

Lately ni aku banyak fokus kepada gardening di depan rumah dan belakang rumah. Kalau la diberi pilihan antara blogging & gardening, aku pilih gardening. Dier punyer sheikh tu lain sikit. Apa itu sheikh? Aku pun enggak tau.

Sekarang ni, aku punya garden sudah ada beberapa pokok hiasan baru (aku akan upload gambar len kali eik, hari ni tak dan) seperti:
- Lemon australia = tak yah nak susah2 melancong ke australia untuk tengok lemon ni
- Apple vietnam = jawapan macam kat atas, cuma australia tu ditukar kepada vietnam
- Pokok sambung nyawa = search la sendiri kat dalam internet, nanti korang tau la
- Stevia = pokok gula.
- Sweet berry = pokok ajaib. bukan bermakna pokok ni ade magik tau. orang kata buah dari pokok ni manis dan manisnya akan berlarutan sehingga 3@4 jam walaupun da makan peria. Ade berani? Tunggu je pokok aku ni berbuah, nanti aku bagi resultnya

Selain itu, aku juga sedang dalam proses nak membiak-biakkan pokok herba aku seperti:
- Mas cotek jantan
- Mas cotek betina
- Misai kucing
- Mangun-mangun
- Aloe vera giant
- Selasih

K la tu je aku nk update tuk kali ni. Nanti aku nk update aku update la.... Kih kih kih :)

Thursday, September 17, 2009

Ucapan Daripada P.E Da Legend

Kepada sesiapa yang mengenali diri ini, aku menyusun 10 jari tangan dan 10 jari kaki memohon keampunan jika ade tersalah kata ke, terkasar bahasa ke, ape2 yg 'ter' la.

Diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin.... Halalkan makan minum yerrr.... Insyaallah panjang umur bertemu la di bulan raya nanti :o)

P/S: Aku start cuti 19/9/2009 hingga 28/9/2009 so akan bertambah la sawangnyer blog aku nihhh... Pesanan terakhir sebelum aku sign out dr blog ni, Sape2 yg buat open house tu jangan lupe ajak guwe yerrr... kih kih kih

Tuesday, August 18, 2009

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW

Semalam aku mendapat email dari seorang teman so aku copy n paste kat blog ni untuk kita sama2 renungkan......

9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH/ DI LEMBAH URANAH,GUNUNG ' ARAFAH

Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!!
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.
Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.
Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini.
Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.
Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan.
Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku..
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.
Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.

Thursday, July 16, 2009

Koleksi English Herbs

Ini adalah pokok rosemary. Sape2 penggemar grill digalakkan menanam pokok ini sebabnyer aroma marinate akan lebih mengancam. Kalau tak caye try la marinate lamb ke, udang ke, ayam ke, daging ke, mesti syok punyer.. Sape-sape nak beli pokok rosemary ni bole cari kat nurseri kat sungai buluh.


Ni pulak pokok sage.. Khasiat dier korang cari la sendiri kat internet.

Ni pulak adalah sweet basil. Sape2 peminat makan salad, sweet basil akan membuatkan salad anda beraroma.

Akhirnya siap jugak entry2 yang sepatutnya aku nak post kt blog ni.. Kalau ikutkan ade lagi tapi da sangap la pulak. Ni pun muka je ngadap PC tapi hati da berdengkur daaa (maknanye tido la).. Da da aku nak masuk tido nihhh.... Babaiii


Koleksi Tambahan Malay Herbs

Aku da ngantuk la tapi aku nak post jugak entry ni. So aku tak citer panjang just show picture je la eik...

Ini lah halia bara.


Ini pulak daun kesum...

Ini ialah daun sup...

Ini pulak daun kunyit...proses pembiakan adalah melalui kunyit hidup, bukan sebuk kunyit tau. Kalau korang guna sebuk kunyit tuk dapatkan daun kunyit, memang sampai KO pun daun kunyit tu tak hidup2. Kenapa tak idup, korang pikir la sendiri. Den da loteh menaip nihhh...

Ini pokok limau purut. Tanam dalam pasu je. Aku ade tanam pokok limau purut kat tanah tapi macam segan idup mati tak mau. Mane tak nyer aku tanam pokok limau purut yang kat tanah tu belakang umah, asal kuar pucuk baru je mesti kena makan ngan ulat. Tu yang aku beli pokok limau purut baru pastu tanam kat dalam pasu letak kat depan umah. Taaaaraaaaaaa dan ini lah hasilnya.






Projek Pembiakan Pokok Mas Cotek

Kat taman aku ni aku ade dua jenis pokok mas cotek, satu mas cotek jantan dan satu lagi mas cotek betina.

Aku try la wusha2 kat tenet tengok cara camne nak tanam pokok mas cotek. Ade macam2 cara, tanam melalui buah atau keratan batang. Keratan batang la yg paling sonang sekali. Korang potong la skit pokok mas cotek pastu cucuk kat tanah. Siram la tiap2 ari pastu bagi baja tahi ayam 2 kali sebulan kalau rajin. Kalau tak rajin sekali sebulan. Kalau malas jugak korang pikir la sendiri camne pokok tu nk sihat walafiat kalau tak dibubuh baja.

Inilah hasil usaha penat lelah telah dibayar setelah projek pembiakan pokok mas cotek telah mengeluarkan tunas dan hidup subur. Alhamdulillah.....



Inysaallah kalau ade rezeki aku hingat nak buat bisnes teh mas cotek. Baru cadang2 la. Mane la tau kot2 da bosan keje, tak pun tuk cari pendapatan tambahan, atau mungkin bole dijadikan aktiviti tuk mengisi masa lapang..


Memang Anak-anak Aku Ni Minah Bunga

Masa bulan jun 2009 aku ade beli 3 polibag pokok ulam raja kacukan. Actually ulam raja ni ada 2 jenis, satu yang tak de bunga dan lagi satu berbunga. Dua2 ulam raja ni boleh dimakan tapi ulam raja yang sedap dimakan adalah ulam raja yang tidak berbunga.

Nak dijadikan cerita, hujung minggu je aku, mini aku dan anak2 aku akan bersarapan kat luar. Bukan kat kedai tau. Kat luar umah je. Kalau tak apa guna aku beli kerusi batu kat meru dan pasang kipas dinding kat luar. Menikmati pemandangan hijau di taman aku.

After sarapan kitorang akan buat hal masing2. Aku biasa la tengok2 pokok. Mane yang perlu digembur tanah, mane yang perlu di trim dahannya, mane yang perlu dicabut rumput2 liar, dalam erti kata lain hujung minggu je jawatan aku tukang kebun. Tu la nak cakap minat takde la pulak, tapi disebabkan da beli banyak pokok kena la aku yang jaga. Kalau tak memang asik kena bebel je la ngan mini aku nihhh.. Kalau ade sape2 yang emosinya tak tenteram ape kate kalau aku syorkan korang berkebun macam aku. Mane la tau kot2 bole menenangkan hati dan perasan korang ke.

Anak2 aku lak tentatif dier akan petik bunga ulam raja. Bukan buat ape pun saje2 je nak mengondolkan bunga kat taman aku tuhhh. Ni buktinya... Tu la memimpin melalui teladan. Nak tau sape pemimpinnya? Omaknyer la :o)




Buah Anggur Edisi Malaysia Selamat Dituai

Kat umah aku ni, aku ade tanam 2 jenis anggur malaysia iaitu isabella dan IAC. Isabella yang buah dier kaler ungu dan IAC buahnyer kaler ijau. Buah2 anggur yang telah masak telah aku tuai hasilnya dan pengabis makan buah2 anggur tu adalah anak2 aku yang dua tuhhh. Sape lagi kalau bukan nurin dan alya. Aku dan bini aku tak layan sangat anggur ni sebab rasa dier masam sikit. Masam2 pun tapi masih boleh dimakan lagi la. Kalau tak caya tengok la gambar kat bawah ni.


Ni adalah anggur Isabella.....

Ni pulak anggur IAC....

So lepas ni aku akan prun balik pokok2 anggur ni untuk dier berbunga dan kuarkan buah banyak2. Nanti bole la aku buka table jual buah anggur.... Wakakakakaka


Haaaa Ini Yang Korang Tak Tau Pasal Aku

Sape pernah tengok Asian Food Channel? Familiar tak ngan Licence To Grill? Haaaaa itu adalah peberet show aku.. Grill yang dier buat memang mengancam dan mengiurkan. Cuma yang tak syoknyer marinate yang dier buat mesti letak red wine atau white wine. Aduhhhh spoil betul la. Tapi tak pe, dier ada cara dier dan aku ade cara aku sendiri. Cakap macam aku ni chef.. He he he. Title chef grill kat umah la, itupun try and error je.

Kat umah, bab2 grill bab2 western aku yang buat. Bini aku lak masak masakan melayu. Ikut la selera masing2. Yang tak tahan ade satu hari tu, aku grill ayam masala tapi makan ngan nasi... Tak kisah la janji perut kenyang.

Gambar kat bawah ni aku buat burger cheese sendiri, cendawan shitake dan telur mata rabbit (eh suke aku la nak bagi nama ape)..


Ini pulak juice extractor yang aku beli kat giant kota damansara. Sebenanyer da lame aku nak beli tapi seru tak sampai2. Mane taknyer kalau aku g tesco ke, carrefour ke, giant ke mesti akan aku beli carrot juice atau fresh orange. Tapi tu la kalau yang dalam2 kotak ni sume da letak pengawet la letak gula la, so rasa natural tu da ilang. Itu yang aku amik inisiatif beli juice extractor. Nak beli yang betul2 heavy duty memang tak mampu la, so aku beli la brand phillips model HR1854. So far penggunaannya tak pernah mengecewakan aku. Skunk ni pantang g tesco ke, carrefour ke, giant ke mesti aku akan beli carrot/tembikai/nenas/apple/orange. Buat stok juice kat umah. Tu yang korang tengok aku semakin hari semakin muda. Hua hua hua......



Akhirnya Dapat Jugak Aku Mencari Ini Pokok

Dalam entry yang lepas aku ade cakap kat korang yang aku tengah cari aloevera giant....dan akhirnya telah aku jumpainya tidak lama kemudian di nurseri kat sungai buluh. Minat punya pasal stakat sungai buluh tu tak de hal la. Lepas ni bole la aku buat sup alorvera dan jus aloevera... Yum yum yum. Tulis kat entry ni macam pernah rasa je... Huhuhu

Alya enterprem kat aloevera giant tuk aku tunjukkan kat korang saiz aloevera tuhh.




Majlis Perkahwinan Di Putrajaya...

Masa ni kitorang sekeluarga g majlis perkahwinan kat putrajaya. Tarikh langsung aku tak hingat. Omak kau cakap ni ade bau2 bacang jugak. Korang nak tau bau2 bacang tu ape, search la dalam wikipedia. Kalau tak de korang beli buah bacang pastu korang bau la. Tapi kalau buah bacang tu pun korang tak tau, dier macam buah kuini. Tapi buah kuini lagi besh. Ape la aku melalut ni. Pandai2 korang la eik nak pikir.

Gambar kenangan ngan pengantin tak de. Yang ade gambar2 family aku dan mak su aisa.....Huhuhu

Ini adalah gambar persidangan 2 beradik. Yang tak tahan dua2 duduk menyangkung...


Ni pulak gambar mak su aisa ngan nurin..


Yang ini pulak seperti biasa la gambar laki bini yang sama2 sihat berposing maut...Kui kui kui






Majlis Perkahwinan Di Pahang..

Lama betul aku tak update pasal aku dan family aku. Asik2 entry tuk entertain pembaca blog aku je (Macam la aku ni ada ramai pembaca blog, perasan tul la). Wakakakaakakaka

Ok bagi memulakan entry pasal family aku, aku citer pasal g kenduri kahwin kat Pahang. Kenduri ni (kalau tak silap aku bulan 6 2009, tarikh lupe da.) ex opismate aku kawin.

Mula-mula memang malas nak g tetapi memandangkan anak-anak aku da lama tak jalan jauh, so aku pun follow la budak2 alem amat (opis lama tempat aku bekerja). Faktor yang membuat aku nak follow sebabnya ade tentatif tambahan lepas g kenduri kawen tersebut iaitu g mandi manda kat janda baik. Inilah kali pertama aku membawa anak2 aku mandi manda kat air terjun/sungai. Orang kata la kalau nak mandi manda tempat2 cam tu tak elok bawak baby. Orang kata la. So nak tak nak kena tunggu baby aku besar la.....

Apa pendapat korang pasal gamba ni, ade macam adik beradik ke ataupun macam anak beranak ?

Gambar ni masa da sampai kat janda baik. Gambar mandi manda tak de sebab da cameraman pun mandi jugak. Gambar simpan dalam memori je la.


Ni gambar aku, mini aku dan anak2 aku di majlis perkahwinan brader zamri. Punya la susah nak suruh alya diam tuk amik gamba. Tu yang korang tengok tangan aku macam senget je. Standby nak tangkap alya kalau dier lari.

Ni pulak gambar laki bini yang gedik.....Huhuhu...Layankan aje.....









































Monday, July 13, 2009

Macam Matrix La Pulak

Bile la filem-filem malaysia nak buat filem camni? Baru la thriller sikit. Ini tak abis-abis kisah cintan, jiwang2, bosan je......



video video

Tuesday, July 7, 2009

Silalah Baca

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,
“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Rasullullah saw juga melarang tanah kubur dibangunkan dengan bahan yang di bakar dari API "Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga..

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi. Membina bangunan ditanah perkuburan secara tidak langsung, kita telah meng"HAK"milikkan tanah tersebut , sedangkan tanah perkuburan itu fungsinya adalah 'TANAH WAKAF".

LAKUKAN SEGALANYA DENGAN ILMU.....................

Tanah kubur yang dibangunkan dengan mengunakan bahan-bahan yang dibakar. Lebih menyedihkan ianya dihiasi dengan Ayat-Ayat suci Al-Qur'an yang mana ianya bertentangan dengan Islam. Rata-rata umat islam diakhir zaman ini telah mengikuti budaya orang-orang kafir sedikit demi sedikit.

Jika kita pernah pergi mngerjakan Haji/Umrah , mungkin kita ada menziarahi Perkuburan BAQI' di Madinah dan Perkuburan Di MA'ALA di mekah, Tanah perkuburan ini telah berusia lebih dari 1430 lamanya , namun ianya masih lagi boleh menampung jumlah umat islam yang meninggal dunia sama ada di musim Haji atau Umrah. Ini kerana mereka benar-benar menjadikan tanah perkuburan itu berfungsi sebagai " Tanah Waqaf".

P/S: Aku hanya menyampaikan, kalau aku salah, betulkan aku.....Tak kisah la guna hammer ke, skru drebar ke, ape ke janji ilmu aku bertambah. Lagipun aku hanya manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesalahan....

Thursday, July 2, 2009

Orang Macam Ini Pun Ada Jugak Kaaaa?

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo.
Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada.
Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes.
Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan.
Tanah ribu hektar, pun hasil tipu..
Wang beratus juta juga, tipu punya hasil.
Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanjaof course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan.
Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.
Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat.
Kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku.
Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia ini.
Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata.
"Kenapa begitu bang?" tanya isterinya.
"Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula,"jawabnya lagi.
Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku.
"Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi.
Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring di kamarnya.
Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan.
Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo.
"Bang", bisiknya perlahan..
"Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk.
Sedih saya melihat keadaan kain itu bang.
Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?
"Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya.

Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini.
Berapa ramai orang yang dah I kelentong.
Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan.
Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja.
" Isterinya masih ragu-ragu."Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.
"Bukan begitu Yang.
Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati.
Mereka juga akan fikir abang dah kena soal.
Taklah nanti mereka soal abang lagi.
Jadi selamatlah abang....
""Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik le iktibar

Monday, June 29, 2009

DADDY SEX TU APE!!!!!

Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,'Daddy.daddy. ...sex tu apa, daddy..?'Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak- anak yang masih kecil.. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga,telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu.

Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.'Eh kenapa ni?'Si ayah bertanya kehairanan... Si anak masih juga menangis.'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis....

SCROLL DOWN....









NAME : ............ ......... ........... .........
SCHOOL : ............ . ........... ......... ...
CLASS : ............ ......... ......... ..........
SEX :........... . ......... ......... ...............


Sekali dier tanye jantina daaaaa..... Hingatkan ape la tadi..... Wakakakaakakaakaka

Wednesday, May 27, 2009

Taman Pohon Anggur Sudah Berbuah

Usaha penat lelahku menjaga pohon anggur di depan rumah selama 10 bulan akhirnya telah mengeluarkan hasil. Alhamdulillahhhh. Inilah dia buah anggur versi malaysia. Kalau ade sesiapa teringin nak rasa buah anggur yang aku tanam depan rumah ni jemput2 la dtg rumah aku kat taman amanputra puchong. Alamat cari sendiri. Hua hua hua kejam tak?

Terus terang aku cakap rasa buah anggur memang masam giler2. Kalau org mai2 baru bangun tido diberi makan buah anggur ini, gerenti la mata dier akan terbeliak punyer. Itu tuk yang pohon anggur yang berbuah untuk pertama kali memang begitu. Rasa buah anggur malaysia akan bertambah manis apabila ia telah berbuah untuk kali yang ke empat atau ke lima (Org pioneer anggur malaysia la yang cakap, aku ya kan aje). Tapi tak pe, kita tengok je la nanti.... Jeng jeng jeng tunggu la kemunculannyerrrrr......







Wednesday, May 20, 2009

3rd Anniversary

Dicilok daripada ....... http://mamanurins.blogspot.com/

Alhamdulillah…dah tiga taun rupanya kami hidup as husband & wife, with 2 kids. Masih teringat saat-saat diijab kabulkan. Tak nak cerita lah. Nanti aku emosi lebih2. Tapi anniversary ni aku mintak cuti 2 hari. Boss yang baik hati approvekan cuti tanpa banyak tanya. Hooreyyyy…

Alkisah-nya. Plan last minute. We all gi Sunway Lagoon aje. Malas nak gi jauh-jauh sebab anak2 kami letak kat umah babysitter. Konon2 macam gi honeymoon ler. Honeymoon apa jadahnya terjerit terlolong kat dalam amusement park tuhh..huhuhuhu…

Mula-mula tu xder la thrill sangat (aku pon dh tau trick suma sebab dah penah pergi). Tapi ntah macamana aku jadi gayat yang teramat plak…We all gi 3 park aje. Takot tak sempat nk perabih dalam sehari. Kalau leh carry forward xper juga. Amusement Park-Water park – Extreme Park. Sangat seronok laaa..

Tak leh upload gambar…sebab banyak gambar seksi meksi..nanti hubby marah…

Yang sebenarnya kitaorg x amik gambar sangat pong. Sebab belonging kitaorg sumbat dalam locker..malas nk carry sana sini..karang masuk dlm kolam nanya aje..
Puas menjerit2 kat amusement park…siap basah lencun lagi dek air sungai buatan ..kitaorg gi water park plak. Alang-alang dah basah, biorler basah trus...seronok btul berendam. Cuaca plak sangat panas.memang sesuai ler. Abih gelap kulit aku, dah ler xpakai sun block (selama ni pon memang xpakai-xreti ler aku)

Dah puas berendam, kitaorg gi extreme park .padahal perut dah nyanyi nyanyi mintak diisi…lapor kemain. Tapi sayang lak nk byr duit locker. 5 hinggit sekali buka. 75 hinggit kali 2 entrance fee x heran plak eh…

Masa kat extreme park kitaorg layan AVI, naik motor 4 roda tuh…leh panjat bukit…masa turun bukit la paling suspense..aku dh terover turn…kaki dah jejak tanah, sikit lg nk tergolek. Nasib baik krew AVI tu tolong…kalau x mau aku kene hempap motor besor tuh…

Pastu hubby nak layan flying fox. Mengah2 panjat tangga setinggi ntah berapa tingkat. Memang tinggi ler…tapi bila tengok tempat nk touch down tu aku jadi seriau…cancel nk join flying fox. Biorler hubby aje..sementara hubby naik, we all cross over jambatan gantung kat situ…Alahai…memang suspense ler…Apsal ler aku penakot benorrr..Half way jer.Pastu patah balik…Tengok cuaca pon macam tak berapa baik..nak ujan…

Penat la nk taip.banyak sangat aktiviti masa tuh…

Esoknya kitaorang layan movie X-Men. Waa..lama btul tak dating ngan hubby camni…

Thursday, May 7, 2009

Ikan Spa

Masa lunch tadi aku g midvalley jap. Saje jalan2. Sekali tenampak akuarium penuh ngan ikan kecik2. Bile tengok dekat2 rupe2nyer ikan spa daaa. Ala ikan yang gigit daki kat kaki tu la. Sape lom penah tengok bole la tengok kat gambo dibawah ni... Kalau x clear mintak mahap banyak2 la ye (kamera handphone murah). Kalau nak tengok yang live punyer silalah ke midvalley atau maleh nk kena jalan2 korang taip je la ikan spa kat google. Pastu tengok la puas2.



Wednesday, May 6, 2009

Mulberi Yang Telah Masak... Enak Bangat

Dalam entry yang lepas aku ade citer pasal pokok mulberi dah berbuah. Kali ini aku sajikan gambar tuk korang buah mulberi yang telah masak pulak.

Orang kata buah mulberi boleh dibuat jem n makan bersama salad... Tapi bagi aku, buah mulberi makan begitu saja enak2 bangat...





Nurin Di JUSCO Taman Equine

Masa cuti hari pekerja yang lepas, aku sekeluarga bertandang ke umah mak bapak aku kat bangi. Pastu lepas semayang jumaat aku pun tido la sepam. Bini aku n alya da lame da tebabas kat bilik omak aku... Ntah camne aku macam terdengar mak aku ajak g Jusco Taman Equine. Tebeliak terus mata aku. Yang pastinyer mak aku bukan ajak aku pun, dier ajak nurin je. Sebab nurin memang suke jalan2. Ajak la g mane pun, mesti dier ikut punyer. Dengan tak malunyer aku pun follow sekali. Sampai je kat jusco taman equine, ade pulak tempat main tuk budak2 'besar', terus aku ditarik oleh nurin ke tempat itu. Nak masuk kena bayar Rm5 sekepala. Seb baik la muka aku ni nampak macam da 40 an, kalau x kompem kena bayar Rm10 punyer....Hua hua hua... Ini la gambar yang sempat aku snap masa nurin tengah main-main......





Lawak Bangat....Seeehhhhhh..... Memang Betul2 Connecewa....

Malam Pertama......

Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ramli masuk ke kamar kerana mengantuk.
Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki.
Malu agaknya.
Maklumlah malam pertama…” bisik hati Ramli.
Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil.
Dicelah2 suara kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, “Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?”
“Dah, apa citer ni ?” tanya Ramli dlm hati.
Separuh malam dia terbaring berfikir.
“Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau?
Takpelah, biarlah dia tidur” bisik hatinya penuh understanding.

Malam ke 2....

Adegan yg sama cuma dialognya agak berbeza.
Bisik isteri “Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?”
“Kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !” Ramli bertekad.
Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru’
“Lah..” keluh ayah Ramli,
“Aku antar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?”
Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet… (yg relevan untuk pegantin baru je!)
Sepatah cakap orang putih “about the birds & the bees”.
“Oh. cam tu.” sengih ramli, “baru saya paham.
Taulah apa nak buat malam ni!”

Malam ke 3.....

Malam yg sangat ditunggu2 ramli pun tiba… adegan sama dikamar tidur.
Cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa.
“Lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up” tertanya2 si Ramli.
Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri,
Ramli pun berkata, “Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?”
Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun…
“Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?” pun..masih takde jawapan… Ramli mencuba lagi. “Juruterbang dah siap sedia… boleh pesawat turun mendarat ?”
Sayu sekali jawapan si isteri dari bawah selimut,
“Maaf tuan… Landasannya baru saje banjir…!”

HUA HUA HUA.....

Friday, April 24, 2009

Ikan Flower Horn Ikan Peliharaanku...

Aziz kota cakap ikan flower horn ni ikan yg dogel, betul ke? Aku pun tak tau la....... Tapi yang pastinyer aku ade bela seekor ikan flower horn kat umah.....

Jeng jeng jeng, inilah ikan flower horn yang aku cakapkan:





Bersyukurlah dengan apa yang ada...Yang penting jangan membazir

Kuliah jumaat...... Sila klik kat link ni......

http://www.cultureunplugged.com/play/1081/Chicken-a%20la%20Carte

Wednesday, April 22, 2009

Aloevera Giant?


Masa ari senin yang lalu bini aku ajak aku g crocs kt ikano.....Aku ok aje. Semasa on da way nak cari kedai crocs aku tenampak lak aloevera giant. Siap aku tanye kat budak sales yang jaga kat situ, pokok ni nak jual ke? Adooooyaaaiiii...... Punya la aku teringin nak sangat pokok tuhhh. Ini pokok memang sudah lama aku cari, tapi tak jumpa-jumpa. Sekali jumpa terus aku amik gambar... Hua hua hua.. Kalau korang nak tau, aloevera ni boleh dibuat sup, jus aloevera dan lain-lain la. Al maklum la zaman sekarang ni sume da segera, apa salahnyer klu kite amik yg fresh from farm........

Sape-sape tau kat mane aku leh beli pokok ni, inform aku eik.... Nanti leh la aku masakkan sup aloevera :o)





Buah Anggur Semakin Membesar...








Friday, April 17, 2009

Pokok MUlberi Sudah Berbuah

Kat depan umah aku ade 2 pokok mulberi yang aku tanam bulan 12 tahun lepas. Awal bulan mac 2009 aku prun n bulan ni sudah mengeluarkan buah.. Eeeee sukenyer...Insyaallah dalam bulan depan masak buahnya.. Sape2 yang teringin nak merasa buah mulberi jemputlah datang umah aku.. Alamat cari sendiri.. Hua hua hua.




Thursday, April 16, 2009

Kenapa 'Budak Besar' Kena Kawen?

Udin baru berusia 4 tahun.
Dia tahu yang minggu depan kakaknya yang sulung akan berkahwin.
“Kakak….kenapa akak mesti kahwin?”Tanya Udin petah.
“Nanti Udin dah besar, Udin tau sendiri la….”, jawab Kakak Udin.
Nyata Udin tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.

Esoknya seperti biasa, Udin akanbertandang ke rumah Harun dan Karim apabila balik dari kelas mengaji Quran.
Harun dan Karim merupakan sahabat baik dan mereka menyewa sebuah rumah berhampiran dengan rumah keluarga Udin. Mungkin kerana sama-sama masih teruna, Udin selesa duduk melepak di rumah Harun dan Karim walaupun umur mereka jauh berbeza.
Semasa Udin sampai ke rumah bujang tersebut, Harun dan Karim sedang asyik menonton cerita kegilaan mereka, CSI-Vegas.
“Harun, kau tolong garu belakang aku! Aduh, gatalnya!” Pinta Karim.
“Ah, tak kuasa aku! Tulah! Aku suruh kahwin kau tak nak.
Kalau tak, boleh gak bini kau tolong garu belakang.”Balas Harun pula.
Udin tiba-tiba berasa amat gembira. Kini dia sudah dapat jawapannya.

“Kakak! Saya dah tahu sebab apa kakak kahwin!” Kata Udin dengan girang.
“Sebab apa?” Tanya Kakak Udin.
“Sebab gatal belakang!” Jawab Udin dengan yakin.
Bapa mereka yang terdengar perbualan Udin dengan kakaknya itu menyampuk, “Salah nak…sebenarnya gatal depan….”

Hua hua hua....... Lu pikiq la sendiri....

Mane Nurin N Mane Alya


Saje nak buat entry ni... Sebab ramai orang cakap yang dua-dua anak aku ni 'twin'? Ni aku nak kabo skit, secara realitinya memang nampak macam 'twin' tapi sebenarnye 'look twin' je sebab masing-masing ade tarikh lahir sendiri walaupun tempat mereka dilahirkan same iaitu hospital serdang n bulan dilahirkan jugak same iaitu bulan januari... Nak tau samaada anak-anak aku ni 'look twin' ataupun tidak, korang renung-renung la eik...



Nurin Alya Fatihah Binti Ahmad Shafie Rahim



Nurin Hidayatullah Binti Ahmad Shafie Rahim




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birthday

  • Aku - 2 Oktober
  • Ma Mil - 19 Ogos
  • Nurin Hidayatullah - 10 Januari
  • Nurin Alya Fatihah - 21 Januari
  • Omak Aku - 21 September
  • Bapak Aku - 21 April