Friday, November 6, 2009

Sape boleh jawab?

Pada suatu petang, ada seorang budak sedang menikmati hirupan udara segar di depan rumah. Tiba-tiba dia terpandang sesuatu pada pagar rumahnya. Sekali imbas pandang seperti seutas tali terselit memanjang di pagarnya, ada la dalam 2 kaki panjang dan 5 mm lebar (lebih kurang la). Apabila pandangan difokuskan seperti tali itu mempunyai kepala. Jeng jeng jeng (bagi suspen sikit). Untuk mendapatkan kepastian apakah bendanya, budak tersebut mengambil sebatang kayu dan kayu tersebut disentuhkan kepada tali tersebut. Sesuatu tidak dijangka tali tersebut telah bergerak. Rupa-rupanya ular daaa. Ish ish ish, apa lagi gelabah la budak tersebut lalu berlari masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba budak itu memberanikan diri dan mengambil pisau pemotong rumput. Pisau pemotong rumput tersebut dihalakan ke badan ular tersebut. Lalu dia potong badan ular tersebut hingga putus. ukuran dari hujung ekor ke badan ular yang dipotong ada la 1/3 dari ukuran ular tersebut.
Soalannya:
1) Siapakah nama budak tersebut? Berapakah umur budak tersebut? Apakah jantina dia?
2) Dimanakah budak tersebut tinggal?
3) Budak tersebut pakai baju warna apa dan pakai seluar jeans jenama apa?
4) Apakah warna ular tersebut?
5) Setelah ular itu dipotong 1/3 di bahagian belakangnya, adakah ular tersebut masih hidup?
Siapa leh jawab lima-lima soalan dengan betul, aku bagi hadiah 5.
Hadiahnya ialah:
1) Satu anak pokok misai kucing
2) Satu anak pokok mas cotek jantan
3) Satu anak pokok mas cotek betina
4) Satu anak pokok mangun-mangun
5) Satu anak pokok aloe vera giant
Kalau korang rasa adiah aku tak bernilai, siapa cakap? Boleh buat duit woooo sebab anak pokok yang korang dapat leh jual. Kalau nak tau harga market setiap pokok yang aku hadiahkan, korang wusha la kat nursery.
So aku ucapkan selamat menjawab n wish u all da best......

3 comments:

NORMILA MUHAMAD said...

soalan apa daaa

ammen da' craziest said...

apa punya soalan la...
ada siap leh masuk baju n suar jeans plak tuh,...
mmgla x dpt jawab kalo camnih...
hahahhaa...

IAD UPNM said...

itu lah soalan mencabar jiwa dan raga... hua hua hua

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birthday

  • Aku - 2 Oktober
  • Ma Mil - 19 Ogos
  • Nurin Hidayatullah - 10 Januari
  • Nurin Alya Fatihah - 21 Januari
  • Omak Aku - 21 September
  • Bapak Aku - 21 April