Home Remedies

Monday, November 9, 2009

Cari gambar tersembunyi?



Any comment?

Friday, November 6, 2009

Pergi course IIA kat Parkroyal Bukit Bintang

2 - 5 November 2009, aku pergi course IIA (Operational Auditing) kat Parkroyal Bukit Bintang. Mula-mula course memang seronok terutama sekali bab2 makan. Pagi tea break, lunch buffet, pastu petang hi tea..... Perghhh meleleh liuk oooo bile teringat. Sekali biler da hari ketiga dan hari keempat paler macam da mengong2 jerrr. Bukan mengong2 sebab input course tu, tapi sebab makanannyer yang enak2. Abis guwe punyer diet. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Ape yang aku dapat dalam course 4 hari ni dan aku nak kongsi ngan korang dan aku akan pegang seumur hidup (kalau karier aku sebagai internal auditor tak berubah sampai la aku KO) ialah:

1) Must think out of box.

2) Never trust what people say until u get enough evidence.

3) And the very important point to remember: Function of Internal auditor is not catch people but to improve the system and add value to organisation.

So think about it. Kalau tak tau jugak, aku syorkan korang register g course ni kat IIA. Ok la nak tido. Calooooo n nite

Sape boleh jawab?

Pada suatu petang, ada seorang budak sedang menikmati hirupan udara segar di depan rumah. Tiba-tiba dia terpandang sesuatu pada pagar rumahnya. Sekali imbas pandang seperti seutas tali terselit memanjang di pagarnya, ada la dalam 2 kaki panjang dan 5 mm lebar (lebih kurang la). Apabila pandangan difokuskan seperti tali itu mempunyai kepala. Jeng jeng jeng (bagi suspen sikit). Untuk mendapatkan kepastian apakah bendanya, budak tersebut mengambil sebatang kayu dan kayu tersebut disentuhkan kepada tali tersebut. Sesuatu tidak dijangka tali tersebut telah bergerak. Rupa-rupanya ular daaa. Ish ish ish, apa lagi gelabah la budak tersebut lalu berlari masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba budak itu memberanikan diri dan mengambil pisau pemotong rumput. Pisau pemotong rumput tersebut dihalakan ke badan ular tersebut. Lalu dia potong badan ular tersebut hingga putus. ukuran dari hujung ekor ke badan ular yang dipotong ada la 1/3 dari ukuran ular tersebut.
Soalannya:
1) Siapakah nama budak tersebut? Berapakah umur budak tersebut? Apakah jantina dia?
2) Dimanakah budak tersebut tinggal?
3) Budak tersebut pakai baju warna apa dan pakai seluar jeans jenama apa?
4) Apakah warna ular tersebut?
5) Setelah ular itu dipotong 1/3 di bahagian belakangnya, adakah ular tersebut masih hidup?
Siapa leh jawab lima-lima soalan dengan betul, aku bagi hadiah 5.
Hadiahnya ialah:
1) Satu anak pokok misai kucing
2) Satu anak pokok mas cotek jantan
3) Satu anak pokok mas cotek betina
4) Satu anak pokok mangun-mangun
5) Satu anak pokok aloe vera giant
Kalau korang rasa adiah aku tak bernilai, siapa cakap? Boleh buat duit woooo sebab anak pokok yang korang dapat leh jual. Kalau nak tau harga market setiap pokok yang aku hadiahkan, korang wusha la kat nursery.
So aku ucapkan selamat menjawab n wish u all da best......

Friday, October 23, 2009

Today is budget day....

Harap-harap ade bonus la. Tak kisah la walaupun tak banyak janji ade. Itu je aku harapkan, lain-lain aku peduli ape. Betul tak kawan2? Kalau tak betul sila la betulkan hamba yang hina ini..

Dulu masa aku kerja kat audit firm, budget ni la aku kena dengar betul2, yang tak tahan kena paham betul2. Sebab banyak reflect kat personal tax & company tax. So nak tak nak kena update knowledge tax ni... Setiap taun ade je perubahannya. Yang tak syoknyer bile dengar gomen dapat bonus, diri sendiri tenganga gigit jari je la.... Hu hu hu

Stelah sekian lama aku tidak membloggingkan diri, Hu hu hu

Lama betul aku tak update blog. Nak kate bz bedooh tak de la pulak, cuma bila kemalasan mendatang memang blog dilupakan. Hua hua hua...... Aci tak cakap cam tuhhh?

Lately ni aku banyak fokus kepada gardening di depan rumah dan belakang rumah. Kalau la diberi pilihan antara blogging & gardening, aku pilih gardening. Dier punyer sheikh tu lain sikit. Apa itu sheikh? Aku pun enggak tau.

Sekarang ni, aku punya garden sudah ada beberapa pokok hiasan baru (aku akan upload gambar len kali eik, hari ni tak dan) seperti:
- Lemon australia = tak yah nak susah2 melancong ke australia untuk tengok lemon ni
- Apple vietnam = jawapan macam kat atas, cuma australia tu ditukar kepada vietnam
- Pokok sambung nyawa = search la sendiri kat dalam internet, nanti korang tau la
- Stevia = pokok gula.
- Sweet berry = pokok ajaib. bukan bermakna pokok ni ade magik tau. orang kata buah dari pokok ni manis dan manisnya akan berlarutan sehingga 3@4 jam walaupun da makan peria. Ade berani? Tunggu je pokok aku ni berbuah, nanti aku bagi resultnya

Selain itu, aku juga sedang dalam proses nak membiak-biakkan pokok herba aku seperti:
- Mas cotek jantan
- Mas cotek betina
- Misai kucing
- Mangun-mangun
- Aloe vera giant
- Selasih

K la tu je aku nk update tuk kali ni. Nanti aku nk update aku update la.... Kih kih kih :)

Thursday, September 17, 2009

Ucapan Daripada P.E Da Legend

Kepada sesiapa yang mengenali diri ini, aku menyusun 10 jari tangan dan 10 jari kaki memohon keampunan jika ade tersalah kata ke, terkasar bahasa ke, ape2 yg 'ter' la.

Diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin.... Halalkan makan minum yerrr.... Insyaallah panjang umur bertemu la di bulan raya nanti :o)

P/S: Aku start cuti 19/9/2009 hingga 28/9/2009 so akan bertambah la sawangnyer blog aku nihhh... Pesanan terakhir sebelum aku sign out dr blog ni, Sape2 yg buat open house tu jangan lupe ajak guwe yerrr... kih kih kih

Tuesday, August 18, 2009

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW

Semalam aku mendapat email dari seorang teman so aku copy n paste kat blog ni untuk kita sama2 renungkan......

9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH/ DI LEMBAH URANAH,GUNUNG ' ARAFAH

Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!!
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.
Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.
Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini.
Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.
Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan.
Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku..
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.
Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.