Wednesday, February 23, 2011

Masak Udang Lemak Cili Api

Masak lemak cili api merupakan makanan kegemaran orang Negeri Sembilan. Macam-macam menu masakan boleh disediakan menggunakan base masak lemak cili api. Contohnya ayam masak lemak cili api, ikan keli salai masak lemak cili api, daging salai masak lemak cili api dan lain-lain lagi (aku tau tu je). Kalau nak tahu yang lain-lain kena la bertapa kek Istana Menanti selama 3 purnama (bape lame tuhh, aku pun tak tahu). Haaaa itu jam memang korang da jadi pakar dalam masakan Negeri Sembilan. Perggghhh cerita macam tarap-tarap jadi doktor pakar O&G je… Hu hu hu…

Apa-apapun entry pada kali ini aku nak story sikit pasal aku masak udang lemak cili api. Yum yum yum… Aku ingatkan susah la sangat nak masak udang lemak cili api, sekali senang daaa.Korang bole try resepi aku ni. Pastu kalau da terer masak lemak cili api secara tidak langsung korang bole tukarkan udang kepada ayam ke, ikan keli salai ke, daging salai ke untuk menvariasikan menu masakan. Bijak, bijak anak sape la ni… Hihihi… Ok, resepi time…

Bahan-bahannya:

Udang setengah kilo
5 ulas bawang kecik
3 ulas bawang putih
3 biji cili api, nak lagi pedas bole letak lagi banyak. Itu kicik punye hal la. Kalau tak nak letak pun takpe, mane tau kot-kot ade anak-anak yang tak makan pedas.
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup atau serbuk kunyit
1 peket kecil santan segar, bole jugak guna santan kotak
Air kosong, nak letak berapa banyak ikut suka hati bergantung kepada kepekatan kuah lemak yang kita mau. Ada yang suke pekat ada pulak yang suka cair. Anda bagaimana?
2 keping asam keping atau leh ganti belimbing buluh atau mangga muda atau bacang muda atau air asam jawa just untuk bagi masak lemak cili api masam sikit je. Kalau tak nak letak pun tak pe.
1 helai daun kunyit
2 batang serai
Garam dan perasa secukup rasa
2 cili merah dipotong tengah tuk bagi nampak menarik, dalam erti kata lain tuk presentation je… he he he…

Cara-cara membuatnya:

Bawang kecik, bawang putih, cili api, kunyit hidup dan halia diblender
Masukkan santan dan air dalam periuk dan masukkan bahan-bahan yang telah diblender
Pasang api slow supaya santan masak dengan sekata
Bile da menggelegak masukkan serai dan daun kunyit
Masukkan udang
Masukkan asam keping atau lain-lain bahan yang seangkatan dengannya. Kalau nak masukkan.
Masukkan garam dan perasa secukupnya.
Agak-agak udang da masak bole masukkan cili merah pastu tutup api.
Pastu bole dihidangkan.

Senang bukan? Selamat mencuba.

2 comments:

ammen da' craziest said...

acemen...ko da leh masuk top chef la...

P.E da legend... said...

belum bole lg jeb... sbb nk kena masak pork, mane aku reti... kih kih kih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birthday

  • Aku - 2 Oktober
  • Ma Mil - 19 Ogos
  • Nurin Hidayatullah - 10 Januari
  • Nurin Alya Fatihah - 21 Januari
  • Omak Aku - 21 September
  • Bapak Aku - 21 April