Wednesday, February 9, 2011

Gong Xi Fa Cai

First of all aku nak wish Happy Belated Gong Xi Fa Cai kepada seluruh warga cina di malaysia khususnya dan warga cina di seluruh dunia amnya.

Last week aku cuti seminggu wooo. Mana taknye, ari selasa cuti hari wilayah, khamis & jumaat cuti raya cina pulak. Aku pun ape lagi apply cuti untuk hari senin & rabu la. Pastu dapat la straight cuti dari hari sabtu ke ahad (seminggu)... hua hua hua, bijak x aku?

Tapi semua da berakhir. Kojap bonar rasa cuti tuh, tak puas. Nak tak nak ari senin lepas aku da start keje. Seb baik la tak lewat masuk keje. Sikit lagi nak terlajak tido.. Kih kih kih

Aktiviti masa hari cuti lepas:

1. Servis repair kete omak

Alang-alang omak aku dah amanahkan untuk aku serviskan kete dier memang macam-macam la aku buat. Tukar minyak itam, oil filter, minyak gear, coolant, spark plug, cuci air filter dan timing belt (sebab masa bawak dier bunyi nyaring, tapi kejap-kejap je). Sekali member woksyop cakap timing belt bole guna, tayah tukar. So dier calitkan grease sikit kat timing belt tuhh. Perghhhh mujarab betul, no bunyi-bunyi bising lagi. Alhamdulillah...

2. Servis kete sendiri.

Servis da cantek da, enjin da mantop tuk dibawa jalan-jalan siap cadang-cadang nak balik johor nak bawak kelisa je. Sekali kondisi kenderaan tidak baik. Steering rack problem lak (impact dari eksiden tempoh hari) so terpaksa la pinjam kete omak den. Tima kasih banyak kepada omak den kerana memberi pinjam kete. Nanti balik johor nak pinjam lagi eik... Kih kih kih

3. Jalan-jalan kat nurseri sungai buloh cuci mata.

Macam-macam pokok limau ada. seb baik la takde point nak beli, kalau tak memang aku da sambar satu. Cantik sungguh pokok-pokok limau nyer. Selain pokok limau, banyak jugak pokok orkid jenis bunga yg bosar2, geram je tengok.. Memandangkan bajet tak besar, aku beli 2 pokok iaitu pokok lada hitam & pokok mas cotek jantan. Nak tambah koleksi pokok-pokok sediaada.. He he he

4. Pergi house warming adik aku kat seremban

Din (adik aku) buat house warming masa ari khamis (raya cina). Aku hingatkan jalan highway PLUS tak jem, sekali jem teruk wooo. Kalau ikutkan jalan dari bandar baru bangi ke seremban bape kilo je. Imagine la kalau speedmeter tu naik 10-20km/jam bile mau sampai. Last-last aku amik keputusan nak ikut jalan lain. Nampak je signboard bukit mahkota terus masuk kiri. Pastu plan nak keluar kat nilai 3, sekali wusya jalan jem lagi. Apa lagi cari jalan nak masuk LEKAS la. Alhamdulillah akhirnya berjaya. Pastu bila da kuar exit seremban jem lagi... adoooyaiiii. bertolak kul 10.45 sampai kul 1.15. Sampai-sampai je bacaan yasin da setengah.. Huhuhu. Sori yer papatok, mamatok, uncle don, uncle boy, konit sebab sampai lewat.

Masa house warming ni aku telah memportluckkan udang goreng tepong. Ni la resepi tuk tepongnya kalau ade sape2 nak try buat:

a. Tepong gandum
b. Tepong ayam KFC
c. Sebiji telur
d. Sedikit baking powder
e. Sedikit black pepper
f. Sedikit paprika
g. Sedikit oregano
h. Garam secukup rasa
i. Air yang secukupnya.

Pastu pandai-pandai korang campur + gaul. Nak yang keras ke yang lembut ke, citarasa masing-masing. Lepas tu udang tu kopek dan celupkan satu-satu dan digoreng sehingga kaler keemasan. Kalau nak rangup/garing, goreng gelap sikit. Nak lagi gelap pun bole goreng lagi lame la sampai dapur berasap-asap... :)

5. Balik kampung wife aku kat kota tinggi johor

Aku dan wife da lame bercadang nak celebrate birthday anak2 dara kami (bulan januari) di johor pulak. Sebab sebelum2 ni kami celebrate samaada di nurseri atau di bangi. Kek birthday choc indulgence disponsor oleh Mak Su Aisa. Wife aku lak masak spagetti + BBQ ayam. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan acara ini.

Haaa bab ni yang paling best. Aku dapat peluang g mancen. Lame woo tak g, gian rasa. Ingatkan dapat la ikan-ikan mega bole dibuat panggang. Sekali rezeki tak menyebelahi aku. Setakat lepas gian baling umpan tarik umpan. Wakakakaka. Mungkin aku mancen waktu tu keadaan air tak berapa baik tambahan pula johor baru je lepas ditimpa ujan berhari-hari.Walaupun tiada ikan mega ditarik tapi kehadiran kupang, ketam, udang, ikan-ikan kecik sebesar telapak tangan dapat mengubat hati. Memang aku taler cukup2. Jangan jeles.

Itu sahaja coretan untuk kali ni.. Hope u all enjoy.. Adiosss...

3 comments:

A. Husni said...

follow blog aku pie.....azmirhusni.blogspot.com

IAD UPNM said...

Dah add blog ko dlm blog list aku... Tq

A. Husni said...

tq....

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birthday

  • Aku - 2 Oktober
  • Ma Mil - 19 Ogos
  • Nurin Hidayatullah - 10 Januari
  • Nurin Alya Fatihah - 21 Januari
  • Omak Aku - 21 September
  • Bapak Aku - 21 April