Thursday, July 16, 2009

Koleksi English Herbs

Ini adalah pokok rosemary. Sape2 penggemar grill digalakkan menanam pokok ini sebabnyer aroma marinate akan lebih mengancam. Kalau tak caye try la marinate lamb ke, udang ke, ayam ke, daging ke, mesti syok punyer.. Sape-sape nak beli pokok rosemary ni bole cari kat nurseri kat sungai buluh.


Ni pulak pokok sage.. Khasiat dier korang cari la sendiri kat internet.

Ni pulak adalah sweet basil. Sape2 peminat makan salad, sweet basil akan membuatkan salad anda beraroma.

Akhirnya siap jugak entry2 yang sepatutnya aku nak post kt blog ni.. Kalau ikutkan ade lagi tapi da sangap la pulak. Ni pun muka je ngadap PC tapi hati da berdengkur daaa (maknanye tido la).. Da da aku nak masuk tido nihhh.... Babaiii


Koleksi Tambahan Malay Herbs

Aku da ngantuk la tapi aku nak post jugak entry ni. So aku tak citer panjang just show picture je la eik...

Ini lah halia bara.


Ini pulak daun kesum...

Ini ialah daun sup...

Ini pulak daun kunyit...proses pembiakan adalah melalui kunyit hidup, bukan sebuk kunyit tau. Kalau korang guna sebuk kunyit tuk dapatkan daun kunyit, memang sampai KO pun daun kunyit tu tak hidup2. Kenapa tak idup, korang pikir la sendiri. Den da loteh menaip nihhh...

Ini pokok limau purut. Tanam dalam pasu je. Aku ade tanam pokok limau purut kat tanah tapi macam segan idup mati tak mau. Mane tak nyer aku tanam pokok limau purut yang kat tanah tu belakang umah, asal kuar pucuk baru je mesti kena makan ngan ulat. Tu yang aku beli pokok limau purut baru pastu tanam kat dalam pasu letak kat depan umah. Taaaaraaaaaaa dan ini lah hasilnya.






Projek Pembiakan Pokok Mas Cotek

Kat taman aku ni aku ade dua jenis pokok mas cotek, satu mas cotek jantan dan satu lagi mas cotek betina.

Aku try la wusha2 kat tenet tengok cara camne nak tanam pokok mas cotek. Ade macam2 cara, tanam melalui buah atau keratan batang. Keratan batang la yg paling sonang sekali. Korang potong la skit pokok mas cotek pastu cucuk kat tanah. Siram la tiap2 ari pastu bagi baja tahi ayam 2 kali sebulan kalau rajin. Kalau tak rajin sekali sebulan. Kalau malas jugak korang pikir la sendiri camne pokok tu nk sihat walafiat kalau tak dibubuh baja.

Inilah hasil usaha penat lelah telah dibayar setelah projek pembiakan pokok mas cotek telah mengeluarkan tunas dan hidup subur. Alhamdulillah.....



Inysaallah kalau ade rezeki aku hingat nak buat bisnes teh mas cotek. Baru cadang2 la. Mane la tau kot2 da bosan keje, tak pun tuk cari pendapatan tambahan, atau mungkin bole dijadikan aktiviti tuk mengisi masa lapang..


Memang Anak-anak Aku Ni Minah Bunga

Masa bulan jun 2009 aku ade beli 3 polibag pokok ulam raja kacukan. Actually ulam raja ni ada 2 jenis, satu yang tak de bunga dan lagi satu berbunga. Dua2 ulam raja ni boleh dimakan tapi ulam raja yang sedap dimakan adalah ulam raja yang tidak berbunga.

Nak dijadikan cerita, hujung minggu je aku, mini aku dan anak2 aku akan bersarapan kat luar. Bukan kat kedai tau. Kat luar umah je. Kalau tak apa guna aku beli kerusi batu kat meru dan pasang kipas dinding kat luar. Menikmati pemandangan hijau di taman aku.

After sarapan kitorang akan buat hal masing2. Aku biasa la tengok2 pokok. Mane yang perlu digembur tanah, mane yang perlu di trim dahannya, mane yang perlu dicabut rumput2 liar, dalam erti kata lain hujung minggu je jawatan aku tukang kebun. Tu la nak cakap minat takde la pulak, tapi disebabkan da beli banyak pokok kena la aku yang jaga. Kalau tak memang asik kena bebel je la ngan mini aku nihhh.. Kalau ade sape2 yang emosinya tak tenteram ape kate kalau aku syorkan korang berkebun macam aku. Mane la tau kot2 bole menenangkan hati dan perasan korang ke.

Anak2 aku lak tentatif dier akan petik bunga ulam raja. Bukan buat ape pun saje2 je nak mengondolkan bunga kat taman aku tuhhh. Ni buktinya... Tu la memimpin melalui teladan. Nak tau sape pemimpinnya? Omaknyer la :o)




Buah Anggur Edisi Malaysia Selamat Dituai

Kat umah aku ni, aku ade tanam 2 jenis anggur malaysia iaitu isabella dan IAC. Isabella yang buah dier kaler ungu dan IAC buahnyer kaler ijau. Buah2 anggur yang telah masak telah aku tuai hasilnya dan pengabis makan buah2 anggur tu adalah anak2 aku yang dua tuhhh. Sape lagi kalau bukan nurin dan alya. Aku dan bini aku tak layan sangat anggur ni sebab rasa dier masam sikit. Masam2 pun tapi masih boleh dimakan lagi la. Kalau tak caya tengok la gambar kat bawah ni.


Ni adalah anggur Isabella.....

Ni pulak anggur IAC....

So lepas ni aku akan prun balik pokok2 anggur ni untuk dier berbunga dan kuarkan buah banyak2. Nanti bole la aku buka table jual buah anggur.... Wakakakakaka


Haaaa Ini Yang Korang Tak Tau Pasal Aku

Sape pernah tengok Asian Food Channel? Familiar tak ngan Licence To Grill? Haaaaa itu adalah peberet show aku.. Grill yang dier buat memang mengancam dan mengiurkan. Cuma yang tak syoknyer marinate yang dier buat mesti letak red wine atau white wine. Aduhhhh spoil betul la. Tapi tak pe, dier ada cara dier dan aku ade cara aku sendiri. Cakap macam aku ni chef.. He he he. Title chef grill kat umah la, itupun try and error je.

Kat umah, bab2 grill bab2 western aku yang buat. Bini aku lak masak masakan melayu. Ikut la selera masing2. Yang tak tahan ade satu hari tu, aku grill ayam masala tapi makan ngan nasi... Tak kisah la janji perut kenyang.

Gambar kat bawah ni aku buat burger cheese sendiri, cendawan shitake dan telur mata rabbit (eh suke aku la nak bagi nama ape)..


Ini pulak juice extractor yang aku beli kat giant kota damansara. Sebenanyer da lame aku nak beli tapi seru tak sampai2. Mane taknyer kalau aku g tesco ke, carrefour ke, giant ke mesti akan aku beli carrot juice atau fresh orange. Tapi tu la kalau yang dalam2 kotak ni sume da letak pengawet la letak gula la, so rasa natural tu da ilang. Itu yang aku amik inisiatif beli juice extractor. Nak beli yang betul2 heavy duty memang tak mampu la, so aku beli la brand phillips model HR1854. So far penggunaannya tak pernah mengecewakan aku. Skunk ni pantang g tesco ke, carrefour ke, giant ke mesti aku akan beli carrot/tembikai/nenas/apple/orange. Buat stok juice kat umah. Tu yang korang tengok aku semakin hari semakin muda. Hua hua hua......



Akhirnya Dapat Jugak Aku Mencari Ini Pokok

Dalam entry yang lepas aku ade cakap kat korang yang aku tengah cari aloevera giant....dan akhirnya telah aku jumpainya tidak lama kemudian di nurseri kat sungai buluh. Minat punya pasal stakat sungai buluh tu tak de hal la. Lepas ni bole la aku buat sup alorvera dan jus aloevera... Yum yum yum. Tulis kat entry ni macam pernah rasa je... Huhuhu

Alya enterprem kat aloevera giant tuk aku tunjukkan kat korang saiz aloevera tuhh.




Majlis Perkahwinan Di Putrajaya...

Masa ni kitorang sekeluarga g majlis perkahwinan kat putrajaya. Tarikh langsung aku tak hingat. Omak kau cakap ni ade bau2 bacang jugak. Korang nak tau bau2 bacang tu ape, search la dalam wikipedia. Kalau tak de korang beli buah bacang pastu korang bau la. Tapi kalau buah bacang tu pun korang tak tau, dier macam buah kuini. Tapi buah kuini lagi besh. Ape la aku melalut ni. Pandai2 korang la eik nak pikir.

Gambar kenangan ngan pengantin tak de. Yang ade gambar2 family aku dan mak su aisa.....Huhuhu

Ini adalah gambar persidangan 2 beradik. Yang tak tahan dua2 duduk menyangkung...


Ni pulak gambar mak su aisa ngan nurin..


Yang ini pulak seperti biasa la gambar laki bini yang sama2 sihat berposing maut...Kui kui kui






Majlis Perkahwinan Di Pahang..

Lama betul aku tak update pasal aku dan family aku. Asik2 entry tuk entertain pembaca blog aku je (Macam la aku ni ada ramai pembaca blog, perasan tul la). Wakakakaakakaka

Ok bagi memulakan entry pasal family aku, aku citer pasal g kenduri kahwin kat Pahang. Kenduri ni (kalau tak silap aku bulan 6 2009, tarikh lupe da.) ex opismate aku kawin.

Mula-mula memang malas nak g tetapi memandangkan anak-anak aku da lama tak jalan jauh, so aku pun follow la budak2 alem amat (opis lama tempat aku bekerja). Faktor yang membuat aku nak follow sebabnya ade tentatif tambahan lepas g kenduri kawen tersebut iaitu g mandi manda kat janda baik. Inilah kali pertama aku membawa anak2 aku mandi manda kat air terjun/sungai. Orang kata la kalau nak mandi manda tempat2 cam tu tak elok bawak baby. Orang kata la. So nak tak nak kena tunggu baby aku besar la.....

Apa pendapat korang pasal gamba ni, ade macam adik beradik ke ataupun macam anak beranak ?

Gambar ni masa da sampai kat janda baik. Gambar mandi manda tak de sebab da cameraman pun mandi jugak. Gambar simpan dalam memori je la.


Ni gambar aku, mini aku dan anak2 aku di majlis perkahwinan brader zamri. Punya la susah nak suruh alya diam tuk amik gamba. Tu yang korang tengok tangan aku macam senget je. Standby nak tangkap alya kalau dier lari.

Ni pulak gambar laki bini yang gedik.....Huhuhu...Layankan aje.....









































Monday, July 13, 2009

Macam Matrix La Pulak

Bile la filem-filem malaysia nak buat filem camni? Baru la thriller sikit. Ini tak abis-abis kisah cintan, jiwang2, bosan je......



video video

Tuesday, July 7, 2009

Silalah Baca

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,
“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Rasullullah saw juga melarang tanah kubur dibangunkan dengan bahan yang di bakar dari API "Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga..

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi. Membina bangunan ditanah perkuburan secara tidak langsung, kita telah meng"HAK"milikkan tanah tersebut , sedangkan tanah perkuburan itu fungsinya adalah 'TANAH WAKAF".

LAKUKAN SEGALANYA DENGAN ILMU.....................

Tanah kubur yang dibangunkan dengan mengunakan bahan-bahan yang dibakar. Lebih menyedihkan ianya dihiasi dengan Ayat-Ayat suci Al-Qur'an yang mana ianya bertentangan dengan Islam. Rata-rata umat islam diakhir zaman ini telah mengikuti budaya orang-orang kafir sedikit demi sedikit.

Jika kita pernah pergi mngerjakan Haji/Umrah , mungkin kita ada menziarahi Perkuburan BAQI' di Madinah dan Perkuburan Di MA'ALA di mekah, Tanah perkuburan ini telah berusia lebih dari 1430 lamanya , namun ianya masih lagi boleh menampung jumlah umat islam yang meninggal dunia sama ada di musim Haji atau Umrah. Ini kerana mereka benar-benar menjadikan tanah perkuburan itu berfungsi sebagai " Tanah Waqaf".

P/S: Aku hanya menyampaikan, kalau aku salah, betulkan aku.....Tak kisah la guna hammer ke, skru drebar ke, ape ke janji ilmu aku bertambah. Lagipun aku hanya manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesalahan....

Thursday, July 2, 2009

Orang Macam Ini Pun Ada Jugak Kaaaa?

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo.
Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada.
Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes.
Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan.
Tanah ribu hektar, pun hasil tipu..
Wang beratus juta juga, tipu punya hasil.
Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanjaof course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan.
Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.
Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat.
Kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku.
Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia ini.
Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata.
"Kenapa begitu bang?" tanya isterinya.
"Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula,"jawabnya lagi.
Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku.
"Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi.
Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring di kamarnya.
Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan.
Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo.
"Bang", bisiknya perlahan..
"Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk.
Sedih saya melihat keadaan kain itu bang.
Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?
"Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya.

Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini.
Berapa ramai orang yang dah I kelentong.
Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan.
Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja.
" Isterinya masih ragu-ragu."Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.
"Bukan begitu Yang.
Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati.
Mereka juga akan fikir abang dah kena soal.
Taklah nanti mereka soal abang lagi.
Jadi selamatlah abang....
""Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik le iktibar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birthday

  • Aku - 2 Oktober
  • Ma Mil - 19 Ogos
  • Nurin Hidayatullah - 10 Januari
  • Nurin Alya Fatihah - 21 Januari
  • Omak Aku - 21 September
  • Bapak Aku - 21 April