Thursday, July 16, 2009

Memang Anak-anak Aku Ni Minah Bunga

Masa bulan jun 2009 aku ade beli 3 polibag pokok ulam raja kacukan. Actually ulam raja ni ada 2 jenis, satu yang tak de bunga dan lagi satu berbunga. Dua2 ulam raja ni boleh dimakan tapi ulam raja yang sedap dimakan adalah ulam raja yang tidak berbunga.

Nak dijadikan cerita, hujung minggu je aku, mini aku dan anak2 aku akan bersarapan kat luar. Bukan kat kedai tau. Kat luar umah je. Kalau tak apa guna aku beli kerusi batu kat meru dan pasang kipas dinding kat luar. Menikmati pemandangan hijau di taman aku.

After sarapan kitorang akan buat hal masing2. Aku biasa la tengok2 pokok. Mane yang perlu digembur tanah, mane yang perlu di trim dahannya, mane yang perlu dicabut rumput2 liar, dalam erti kata lain hujung minggu je jawatan aku tukang kebun. Tu la nak cakap minat takde la pulak, tapi disebabkan da beli banyak pokok kena la aku yang jaga. Kalau tak memang asik kena bebel je la ngan mini aku nihhh.. Kalau ade sape2 yang emosinya tak tenteram ape kate kalau aku syorkan korang berkebun macam aku. Mane la tau kot2 bole menenangkan hati dan perasan korang ke.

Anak2 aku lak tentatif dier akan petik bunga ulam raja. Bukan buat ape pun saje2 je nak mengondolkan bunga kat taman aku tuhhh. Ni buktinya... Tu la memimpin melalui teladan. Nak tau sape pemimpinnya? Omaknyer la :o)




No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birthday

  • Aku - 2 Oktober
  • Ma Mil - 19 Ogos
  • Nurin Hidayatullah - 10 Januari
  • Nurin Alya Fatihah - 21 Januari
  • Omak Aku - 21 September
  • Bapak Aku - 21 April