Monday, April 4, 2011

Baby Bok Choy Oyster...

Haaaaa resepi kali ini healthy dan simple giler. Sekali cuba pasti menjadi. Tapi kalau tak jadi, minta maaf la yerr. Kalau cuba berkali-kali tapi tak jadi jugak, dah tak yah buat membazir je. Kih kih kih.

Sape tahu sayur baby bok choy, sila angkat tangan..... Kalau tau, jawab dalam ati sudah. Sayur ni selalu dimasak dalam masakan cina. Sebab tu la nama famous dier, baby bok choy. Aku lak hanya panggil baby sawi je.... Untuk menyenangkan pemahaman korang berkenaan sayur baby bok choy, ni haaaa dierrrr gambarnya... Layannnnnzzzz



Dah tengok gambar mesti korang familiar kan?

Bila sudah tahu sayurnya mesti jugak tahu resepinya... So resepi time:

Bahan-bahannya (Resepi tuk makan 2 orang)
6-8 baby bok choy
500 ml air
1-2 sudu kecil sos tiram
1 ulas bawang kicik (optional) atau guna bawang goreng (hanya ditaburkan sahaja). Bole pilih mane satu idaman kalbu



Cara-cara membuatnya:

1. Panaskan air dalam periuk hingga mendidih
2. Bila air dah menggelegak, matikan api dan terus masukkan sayur pastu tutup periuk dengan tudungnya. Biarkan hingga 5 - 10 minit pastu toskan airnya.

Untuk sos/kuahnya:

Masukkan sos tiram dan air secukupnya dan biarkan atas dapur (api hidup) sehingga sos tiram larut dan sebati.

Kalau guna 1 ulas bawang kicik, masukkan sekali. Kalau tak guna bawang kicik, biarkan sos tiram dan air sahaja. Kalau rasa da ok, tutup api. kalau tak ok, kena adjust-adjust sikit pakai air atau tambah sikit sos tiram.

Letakkan sayur baby bok choy yang telah ditoskan atas pinggan. Letakkan sos tiram yang dibuat di atas sos tiram tersebut. Sape-sape yang nak letak bawang goreng, boleh taburkan diatasnya.

Inilah hasilnya. Jeng jeng jeng. Marbeles....





Senang bukan? Boleh jugak gunakan resepi yang sama untuk buat baby kailan oyster..

Selamat mencuba......

2 comments:

Bangchik and Kakdah said...

Nampak sedap... masa panas-panas je. Bila sejuk... hmmm.

IAD UPNM said...

Cam tu la bang chik.... Sebab tu kalau nak makan baru hidang....

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birthday

  • Aku - 2 Oktober
  • Ma Mil - 19 Ogos
  • Nurin Hidayatullah - 10 Januari
  • Nurin Alya Fatihah - 21 Januari
  • Omak Aku - 21 September
  • Bapak Aku - 21 April