Hari khamis yang lepas, bole pulak isteri aku ngidam nak minum air barli. Sayang bini punya pasal, aku gagahkan juga mencari. Pikir punya pikir, plan punya plan masa on da way balik keje, aku singgah sekejap Giant Bandar Bukit Puchong.
Sekali lain yang dicari lain pulak yang dapat... Tak patut tak patut. Cer view sikit picture kat bawah. Musti korang pikir, apa la yang bagus sangat. Ni aku nak cer sikit, cuba korang zoom kat price buku tuhh. Murah siot. Kalau kat kedai-kedai buku seperti MPH, kinokuniya, mahal tu harganya.. Hua hua hua.
Buku Chef Wan = RM14.90 berbanding harga asal RM67.20
Buku Chef Ismail = RM9.90 berbanding harga asal RM39.90
So tanpa memikir panjang aku sambar kedua-dua buku diatas nihh. Alhamdulillah bertambah lagi koleksi buku-buku masakan aku. Semoga kehadiran buku-buku ini akan memantapkan kemahiran memasak aku. Nak masuk kelas kulinari, sibuk la pulak... Buku-buku masakan la sumber rujukan.
Ni aku nak buat marketing percuma, kepada sape-sape yang berhajat untuk mendapatkan buku yang berkualiti ni dengan harga yang murah sila la berkunjung ke Giant Bandar Bukit Puchong. Cari booth yang jual buku-buku. Sampai bila booth ni akan berada di situ aku tak tahu. So sape cepat dier dapat..
No comments:
Post a Comment