Monday, March 21, 2011

Pari Asam Pedas

Orang kata asam pedas yang paling sedap adalah kat melaka. Macam-macam jenis asam pedas ade. Berikut adalah contoh-contoh protin yang digunakan (yang dalam pengetahuan aku, mungkin ade yang lain. aku bukan pakar) dalam menyediakan asam pedas. Ikan semilang, ikan kembung, ikan merah, ikan terubuk, ikan pari, ayam pun boleh jugak. Perggghhh meleleh siot air liuk. Tapi ape yang aku nak war-war kat sini adalah pari asam pedas. Tapi kalau nak buat guna protin lain bole jugak just tukar ikan pari tu kepada protin-protin yang aku sebut kat atas. Resepi same... He he he.

Kita berbalik kepada tajuk diatas. Asam pedas ade macam-macam. Ade yang kaler oren, ade yang kaler merah. Aku pulak tak kisah mane-mane pun bole. Janji konyang. Senang je nak buat asam pedas nih....

Bahan-bahannya:

Seekor ikan pari dalam berat 500gram (belah 4)
5 ulas bawang kecik
3 ulas bawang putih
1 bijik bawang besar
1 atau 2 sudu besar cili giling... kalau rajin anda boleh proses cili giling anda secara manual menggunakan cili kering. he he he
Serbuk kunyit atau 1 inici kunyit hidup
Air asam jawa (bergantung kepada selera masing-masing)
Daun kesum
Bunga kantan
Garam
Perasa
Air secukupnya (kalau nak kuah asam pedas pekat kurangkan air)
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:

Bawang kecik, bawang putih, bawang besar dikisar
Panaskan minyak pastu tumis bahan-bahan yang dikisar
Bile da de bau masukkan cili giling, biarkan ia masak sebentar
Masukkan air dan kunyit dan biarkan ia mendidih
Masukkan ikan pari, daun kesum dan bunga kantan
Masukkan air asam jawa, garam dan perasa secukup rasa
Bile ikan da masak, boleh dihidangkan....

Ni contoh pari asam pedas versi aku...



Kalau nak lagi senang, anda bole cari asam pedas adabi segera seperti gambar di bawah:



He he he.. Senang bukan? Selamat mencuba......

Tuesday, March 15, 2011

Nyot....Nyot....

Kalau tengok title entry len macam je bunyinya. Ha ha ha... Siapa yang berpikiran blue, cam tu la jadinya. Kan da kena speedtrap pagi-pagi nihhh. Jangan mare yerr..

Apa-apa pun yang aku nak citer kat sini ialah pasal budak-budak hisap sogek atau puting. Al maklum la masa tengah membesar (berumur 1 tahun dan 2 tahun dan mungkin jugak 3 tahun) memang benda alah ini diperlukan kerana time ni gigi budak-budak baru nak tumbuh and gusi gatal. Tapi kan doktor cakap sogek ni tak bagus tuk budak-budak kerana akan menyebabkan pertumbuhan gigi budak-budak jarang.

Aku lak peduli hapa janji anak-anak aku senyap. Wakakakaka kejam punya bapak. Ni gambar anak-anak aku masa hisap sogek suatu ketika dahulu. Jeng jeng jeng, layanzzzz.....

NURIN


ALYA


Time ni, anak-anak aku dan sogek tidak dapat dipisahkan. Bagaikan aur dengan tebing. Perggghhh punya la akrab hubungan istimewa anak-anak aku dengan sogek. Hilang je beli baru, hilang je beli baru. Siap aku belikan rantai tuk ikat sogek anak-anak aku supaya tak tercicir. Tapi bole jugak hilang, pelik tul la aku. Itu satu hal.

Hal lain lak kalau salah sorang hilang sogek, mereka akan berebut antara satu sama lain. Macam-macam petua aku amalkan tuk menghentikan hisap sogek oleh anak-anak aku. Salah satu nya ialah dengan menyapu asam jawa di sogek/puting tersebut. Mula-mula berjaya jugak, tapi lama kelamaan anak-anak aku da boleh terima aku sapu asam jawa kat puting... Adooohhhh misi gagal.

Ada satu hari tuhhh, masa kat dalam kereta on da way nak balik puchong. Entah macam mana aku baru sedar sogek alya sulah hilang. Ape lagi alya rebut sogek nurin. Mula la perebutan sogek di antara adik dan kakak. Disebabkan niat aku nak hentikan amalan hisap sogek anak-anak aku, maka satu plan telah dirancang. Akupun naik hangin satu badan, aku rampas sogek tuk pastu aku buka tingkap kerete, pastu aku buat cara-cara memang nampak real aku buang sogek tuhhh. Aku sorok sogek tu kat tepi aku. Pastu dua-dua anak aku tergamam. Masing-masing mengamuk la. Bile masing-masing da penat, ape lagi melepek kat mama dier la... Pastu terus aku tak bagi sogek. Ade la dalam seminggu jugak baru la leh hidup tanpa sogek. Tapi macam-macam dugaan jugak la kena hadapi. Yes berjaya jugak akhirnya. Alhamdulillah.......

Alya Dulu & Alya Sekarang

Alya berumur 2 bulan...



Alya berumur 3 tahun...



Anak-anak dara P.E Da Legend....



Agak-agak bila la boleh tambah lagi nihhh? :)

Friday, March 11, 2011

Nurin Dulu & Nurin Sekarang...

Nurin ketika berumur 10 bulan...



Nurin ketika berumur 3 tahun 10 bulan...



Nanti akan menyusul pulak topik Alya Dulu & Alya Sekarang. Layannzzzz

Wednesday, March 9, 2011

Cuci Mata - Pokok Buah Ajaib / Miracle Berry

Tu la tanah kat depan rumah sekangkang kera. Segala benda nak tanam. Nak tanam pokok atas tanah, tanah pulak tak sesuai. Biasa la kalau dah bekas lombong dijadikan tapak perumahan, ujan lebat sikit je air bertakung... Untuk makluman korang, ini tidak bagus untuk akar-akar pokok sekiranya air bertakung kerana akan menyebabkan akar pokok reput sekaligus mati...

Jadi sebagai alternatif aku tanam pokok-pokok dalam pasu. Salah satu pokok yang berada dalam jagaan aku dengan menggunakan teknik ini ialah pokok buah ajaib atau orang putih cakap miracle berry. Sebenanya ade cerita disebalik nama tersebut. Mesti korang nak tau kan? Haaaa kalau nak tau, malam rabu datang rumah aku. Jangan lupe bawak ayam golek 3 ekor.... Takde la aku gurau je...

Kita layan dulu dan amati rupa pokok buah ajaib. Ada tak apa-apa yang pelik sehingga orang panggil pokok tu pokok buah ajaib. Cuba ce cer skit kat aku.....



Sebenarnya begini, orang menggelarnya begitu kerana apabila buahnya dimakan akan terasa manis melekat di tekak sehingga 3-4 jam. Sehingga kalau makan makanan pahit pun, rasa manis di tekak tidak terjejas. Haaaa pelik bukan. Itu la kenyataanya, kerana aku sendiri telah mencubanya. Kepada sesiapa yang tidak kenal buah pokok ajaib, ni aku attachkan kat bawah. Buahnya kalau masak akan kaler merah....



Kalau ada sesiapa mempunyai petua, macammana nak bagi pokok berbuah lebat dapatkan berkongsi maklumat disini.....

Cuci Mata - Pokok mulberi

Selain anggur, pokok mulberi juga sedang berbuah. Anak-anak aku memang gemarkannya. Sampaikan lalu je tepi pokok mulberi mesti mereka akan minta buah mulberi masak dipetik.



Perggghhhhh baru tengok gambo, da meleleh liuk.... Wakakakakakaka

Cuci Mata - Anggur

Untuk makluman korang, kat umah aku ni sekarang tengah musim buah anggur... Buktinya gambar dibawah. Sorry gambar kabur, al maklum la handphone murah.



Insyaallah dalam masa 1 bulan setengah hingga 2 bulan lagi buah anggur masak. Diharapkan juga semoga rasa buah anggur bertambah baik...

Cuci Mata - Pokok Kedondong

Layan gambar sudah. Speechless....







Thursday, March 3, 2011

Sambutan Hari Lahir Nurin & Alya



Kejadian (gambar di atas) berlaku ketika Hari Raya Cina yang lepas. Aku dan isteri telah merancang untuk menyambut hari lahir Nurin & Alya di kampung isteriku di Kota Tinggi Johor. Untuk makluman korang, Nurin telah berumur 4 tahun dan Alya pula berumur 3 tahun. Sekejap betul masa berlalu. Penat lelah aku dan isteri menjaga anak-anak selama ini telah membuahkan hasil. Hasil yang tidak dapat diukur dengan wang ringgit. Kini anak-anakku telah menjadi teman, gelak ketawa sedih suka duka bersama. Walaupun makin besar makin ragam. Itu semua asam ragam kehidupan...

Aku mendoakan semoga anak-anakku menjadi solehah dan dilindungi keselamatan di dunia akhirat. Aminnnnn....

Tuesday, March 1, 2011

Saman ekor: Ketahui hak anda Oleh Zulhazmi Shariff

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

Copy from http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31104%3Asaman-ekor-ketahui-hak-anda&catid=96%3Afokus-khas&Itemid=134

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Apa komen anda berkenaan perkara ini? Anyone?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birthday

  • Aku - 2 Oktober
  • Ma Mil - 19 Ogos
  • Nurin Hidayatullah - 10 Januari
  • Nurin Alya Fatihah - 21 Januari
  • Omak Aku - 21 September
  • Bapak Aku - 21 April