Thursday, April 28, 2011

Friday, April 15, 2011

Murah Siot.....

Hari khamis yang lepas, bole pulak isteri aku ngidam nak minum air barli. Sayang bini punya pasal, aku gagahkan juga mencari. Pikir punya pikir, plan punya plan masa on da way balik keje, aku singgah sekejap Giant Bandar Bukit Puchong.

Sekali lain yang dicari lain pulak yang dapat... Tak patut tak patut. Cer view sikit picture kat bawah. Musti korang pikir, apa la yang bagus sangat. Ni aku nak cer sikit, cuba korang zoom kat price buku tuhh. Murah siot. Kalau kat kedai-kedai buku seperti MPH, kinokuniya, mahal tu harganya.. Hua hua hua.

Buku Chef Wan = RM14.90 berbanding harga asal RM67.20



Buku Chef Ismail = RM9.90 berbanding harga asal RM39.90



So tanpa memikir panjang aku sambar kedua-dua buku diatas nihh. Alhamdulillah bertambah lagi koleksi buku-buku masakan aku. Semoga kehadiran buku-buku ini akan memantapkan kemahiran memasak aku. Nak masuk kelas kulinari, sibuk la pulak... Buku-buku masakan la sumber rujukan.

Ni aku nak buat marketing percuma, kepada sape-sape yang berhajat untuk mendapatkan buku yang berkualiti ni dengan harga yang murah sila la berkunjung ke Giant Bandar Bukit Puchong. Cari booth yang jual buku-buku. Sampai bila booth ni akan berada di situ aku tak tahu. So sape cepat dier dapat..

Thursday, April 14, 2011

Member Accountancy UPM 2002

Punya la buhsan, aku taip la nama sendiri kat pakcik google pastu klik search.... Aku klik la kat link tuhhh, sekali jumpa gambar aku dan biodata diri... Klik punya klik sekali kuar gambar-gambar member lama masa belajar kat UPM. 2011-2002 = 9 Tahun woooo. Pejam celik pejam celik da 9 tahun aku tinggalkan UPM.

Ini linknya : http://memori2002.tripod.com/members2.htm

Tengok punya tengok masing-masing muka da lain, termasuklah aku. Dulu bujang skunk da ade anak dua (macam tak relate je). Tak kisah la, blog aku ikut suka aku la nak tulis apa. Wakakakakakakaka.

Agak-agaknya apa la yang korang sedang buat skunk nihhh? Seb baik la ade FB, dapat la jugak tahu sikit-sikit pasal korang, walaupun aku tak berapa nak ambil tahu sangat... Kejam kejam...

Ada soklan bonus, sila teka mana satu aku?



P/S : Gambar-gambar yang ada kat sini aku dah edit, so sape-sape gambarnye tiada diatas jangan marah yerrr...

Wednesday, April 13, 2011

Nasihat Menasihati...

Aku copy & paste dalam fb.....

Ada 8 undang-undang untuk bahagia dunia & akhirat.......

1) Jaga Solat

2) Jangan Ada Benci ( Sentiasa memaafkan orang )

3) Buang Rasa Risau ( Fokus pada kemampuan diri )

4) Hidup "Simple" ( Bentukkan suasana bahagia )

5) Lebihkan Memberi ( Sentiasa menolong orang )

6) Jangan mengharapkan pemberian orang

7) Sentiasa ingat mati " Semalam sudah berlalu, besok belum pasti "

8) Redha dengan apa yang ada ( cuba untuk bahagia)

Tuesday, April 12, 2011

Telur Tiruan.....

Sila ambil perhatian!!!!!

Negara kita telah digegarkan dengan perkhabaran yang mengejutkan iaitu kewujudan telur tiruan. So hati-hati apabila membeli telur-telur yang berada di pasaran.

Berikut adalah perbezaan yang ketara wujud di antara telur asli dan telur tiruan..

Jom Skodeng......

Kejadian ni dah berlaku 2 weeks ago. Ada satu petang tuh, aku siram pokok-pokok di laman rumah. Sekali aku dengar bunyi burung... Kalau bunyi sekali dua aku tak kisah sangat sebab kat laman aku tuh memang tempat peberet burung main sebab ade banyak pokok buah-buahan. Tapi bunyi burung tu makin dekat makin clear bunyinyer. Aik ini tak boleh jadi.

Aku pun ape lagi mulakan pencarian. Selak punya selak, perggghhhh ade sarang burung beb.



Zoom in......

Zoom lagi........



Wahhhhhh, ada 2 anak burung da. Tak sangka lak ade burung sudi membuat sarang dan bertelur di pokok ajaib (miracle berry) aku. Yang paling aku tak sangka siap da menetas lagi. Cute je anak burung tuhh. Nak pegang tak berani la pulak. Nanti tak pasal-pasal aku kena serang ngan omaknyer.

Semoga diharapkan anak-anak burung tersebut selamat membesar dan berjaya terbang seperti burung-burung yang lain.

Pokok Orkid Berbunga 2

Speechless.... Layanzzzz.....



Monday, April 4, 2011

Baby Bok Choy Oyster...

Haaaaa resepi kali ini healthy dan simple giler. Sekali cuba pasti menjadi. Tapi kalau tak jadi, minta maaf la yerr. Kalau cuba berkali-kali tapi tak jadi jugak, dah tak yah buat membazir je. Kih kih kih.

Sape tahu sayur baby bok choy, sila angkat tangan..... Kalau tau, jawab dalam ati sudah. Sayur ni selalu dimasak dalam masakan cina. Sebab tu la nama famous dier, baby bok choy. Aku lak hanya panggil baby sawi je.... Untuk menyenangkan pemahaman korang berkenaan sayur baby bok choy, ni haaaa dierrrr gambarnya... Layannnnnzzzz



Dah tengok gambar mesti korang familiar kan?

Bila sudah tahu sayurnya mesti jugak tahu resepinya... So resepi time:

Bahan-bahannya (Resepi tuk makan 2 orang)
6-8 baby bok choy
500 ml air
1-2 sudu kecil sos tiram
1 ulas bawang kicik (optional) atau guna bawang goreng (hanya ditaburkan sahaja). Bole pilih mane satu idaman kalbu



Cara-cara membuatnya:

1. Panaskan air dalam periuk hingga mendidih
2. Bila air dah menggelegak, matikan api dan terus masukkan sayur pastu tutup periuk dengan tudungnya. Biarkan hingga 5 - 10 minit pastu toskan airnya.

Untuk sos/kuahnya:

Masukkan sos tiram dan air secukupnya dan biarkan atas dapur (api hidup) sehingga sos tiram larut dan sebati.

Kalau guna 1 ulas bawang kicik, masukkan sekali. Kalau tak guna bawang kicik, biarkan sos tiram dan air sahaja. Kalau rasa da ok, tutup api. kalau tak ok, kena adjust-adjust sikit pakai air atau tambah sikit sos tiram.

Letakkan sayur baby bok choy yang telah ditoskan atas pinggan. Letakkan sos tiram yang dibuat di atas sos tiram tersebut. Sape-sape yang nak letak bawang goreng, boleh taburkan diatasnya.

Inilah hasilnya. Jeng jeng jeng. Marbeles....





Senang bukan? Boleh jugak gunakan resepi yang sama untuk buat baby kailan oyster..

Selamat mencuba......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birthday

  • Aku - 2 Oktober
  • Ma Mil - 19 Ogos
  • Nurin Hidayatullah - 10 Januari
  • Nurin Alya Fatihah - 21 Januari
  • Omak Aku - 21 September
  • Bapak Aku - 21 April