Asik cerita pasal masak je, kali ni aku cerita pasal aktiviti masa lapang aku lak.
Dalam entry yang lepas, aku ada cerita pasal aku beli 5 pokok orkid di Pesta Floria 2010 di Putrajaya. Kalau korang tanya aku apa nama pokok orkid yang aku beli tuhhh, terus terang aku cakap aku memang tak tahu namanya. He he he, aku tahu beli je. Tapi kalau nak gambarannya, pokok orkid ni kena gantung sebab akarnya berjurai-jurai panjang ke bawah. Aku rasa peminat orkid mesti tau ghupenye camne.
Satu pokok orkid telah diberikan kepada mak aku. So pokok orkid dalam jagaan aku ada 4 sahaja. Dalam entry yang lepas jugak aku ade cerita 2 pokok orkid aku telah mengeluarkan bunga. Perghhhh cantik sungguh ciptaan Allah Taala. Ni aku keudarakan kembali gambar bunga orkid yang mekar kembang pada satu ketika dulu… Macam lame je kejadian tuhhh. Padahal taun lepas je. Wakakakaka… Layannnzzzz
Sekarang ni pulak 2 lagi pokok orkid aku dalam proses berbunga. Mesti ko tertanya-tanya kan camne aku leh tahu. Sebabnya putik bunga orkid telah keluar la. Adoooyaaaiiii itu pun nak kena bagitahu ke... Kih kih kih, jangan mara yer. Saje gurau-gurau di pagi jumaat ni. Alhamdulillah, selama ini usaha aku penat lelah jaga pokok orkid telah membuahkan hasil. Buktinya akan menyusul kemudian.. Jeng jeng jeng. Nak bagi surprise sikit.
Orang kata nak jaga pokok orkid susah la, leceh la, itu la, ini la, macam-macam hal. Demi menyahut cabaran apa yang orang kata, aku pun menjinak-jinakkan diri dalam aktiviti ini. So far so good. Apa yang boleh aku simpulkan disini ialah nak jaga pokok orkid takde la sesusah seperti yang diperkatakan oleh orang. Apa yang perlu ialah ilmu dan kesabaran. Nak cari ilmu senang je, taip je pokok orkid kat pakcik google ke, atok yahoo ke, bapak mozilla ke, haaaa terus keluar. Macam-macam ada.
Ni aku bagi tips sikit untuk dikongsi bersama-sama dengan korang. Kalau ada sesiapa yang lebih expert dalam penjagaan pokok orkid, mungkin jugak boleh berkongsi informasi anda disini. Maaf kalau ada kekurangan kerana saya budak baru belajar. Tips-tipsnya ialah:
1. Masa nak beli pokok orkid kena tahu yang mana satu pilihan hati, samaada nak pokok orkid yang boleh tahan panas cahaya matahari atau sebaliknya. Tapi kebiasaannya, pokok orkid yang tak boleh kena direct panas cahaya matahari bunganya lebih cantik dan menawan dan rega dier lebih mahal sikit. Yang aku punya kat atas ni, tak boleh kena direct panas cahaya matahari. So pikir-pikir la.
2. Elakkan semut dan siput babi bertapa di pokok orkid anda kerana ia akan merosakkan akar (semut) dan daun muda pokok orkid (siput babi). Untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, aku mengesyorkan pokok orkid digantung.
3. Pokok orkid perlu disiram setiap hari. Kalau pemalas macam aku ni, sekali sehari sudah mencukupi tambahan pulak pokok orkid aku tak boleh direct panas matahari. Tapi kalau pokok orkid yang ditanam direct kena panas cahaya matahari, disyorkan 2 kali sehari iaitu pagi dan petang.
Sekiranya pokok orkid berbunga, anda dinasihatkan supaya tidak menyiram bunga pokok orkid kerana amalan ini akan memendekkan jangka hayat bunga orkid tersebut. So kalau nak siram, siram di batangnya dan akarnya sahaja. Berbaloi-baloi kalau bunga orkid leh tahan sampai sebulan dua. Hari-hari tengok keindahan ciptaan Illahi.
4. Baja seminggu sekali kerana baja adalah sumber pemakanan untuk orkid. Sukatan baja jangan banyak nanti pokok orkid boleh mati. Sila amalkan ayat ini:
“Weakly weekly”
Ini sahaja tips untuk kali ini. Kalau aku ada info terbaru, nanti aku update eik. Calooooo...
No comments:
Post a Comment