First time aku rasa kerabu sotong adalah di cafe Akademi Pengajian Islam di UM. Kali ke 2 aku rasa adalah di restoran vicchuda puchong. Boleh tahan jugak rasanya. Selama ni aku hanya rasa kerabu mangga dan nasi kerabu. Eh nasi kerabu termasuk dalam kaum kerabu jugak kaaaa? Tak kisah la, aku bukan pakar jenis-jenis makanan pun, so ade aku kesah (bak kate green apple). Hua hua hua.
Masa aku menikmati cuti maulidur rasul di rumah aku terpikir nak buat sotong kerabu lak. Perggghhhhh ape lagi bukak buku resepi + ingat-ingat resepi omak aku buat kerabu mangga. He he he. Setelah dicombine maka terjadilah resepi kerabu sotong versi aku.
Ini bahan-bahannya (korang agak-agak la nak bubuh banyak mana):
Sotong (6 ekor sotong sudah cukup tuk makan 2 orang) - dipotong kecik-kecik setengah inci dan dibasuh bersih
2 bijik bawang kicik dihiris nipis
1 bijik tomato dipotong dadu
Hirisan bunga kantan
Hirisan umbut serai
Hirisan daun sup
Perahan air lemon
Sedikit udang kering ditumbuk halus
Sedikit gula
Sedikit stok ayam
Cara-cara membuatnya:
Sotong direbus selama 4-5 minit selepas air didih. Jangan pulak air lom didih korang da rebus pastu lepas 5 minit tutup api. Nanti ade yang makan sotong kerabu ala sushi. Jangan rebus lama-lama, nanti sotong liat. Lepas rebus toskan sotongnya.
Masukkan semua bahan-bahan diatas dan gaulkan.
Kalau nak crunchy-crunchy bole masukkan ikan bilis goreng.
Taraaaaa, sulah siap. Senang bukan.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment