Semalam (10.1.2010) adalah hari jadi nurin hidayatullah yang ke 3. Papa doakan semoga nurin panjang umur dan sihat walafiat dunia akhirat dan bakal menjadi insan yang akan berbakti bukan sahaja kepada ibubapanya tetapi juga kepada agama, bangsa dan negara. Perghhh semangat patriotik la pulak.
Semua ahli keluarga ku (papatok, mamatok, uncle don, aunty dila, uncle boy & aunty pat) mengucapkan selamat hari jadi kepadanya. Tak tau la dia paham ke tak. Siap dapat hadiah. Yang tak tahan nurin alya fatihah pun dapat hadiah (in advance - kalau ikutkan DOB alya 21.1.2010) tak kisah la. Terima kasih kepada semua kerana telah membahagiakan cahayamata ku ini.
Mama siap buatkan nurin & alya kek ceklat moist alien. Sedap tuhhh... Tiba-tiba lak terliur. Ni yang kena balik rumah cepat-cepat. Nak mentekedarah balance2 kek ceklat yang ada. Sape-sape yang teringin boleh la berkunjung ke Big Apple, beli sendiri donut alien.
Papa & mama juga akan merancang untuk mengadakan sambutan hari jadi nurin & alya (sambutan harijadi disekalikan) di Smartreader (skool nurin & alya) untuk diraikan bersama-sama kawan pada 15.1.2010. Tungguuuu ye......
Sambutan harijadi nurin & alya juga akan diadakan dikalangan ahli keluarga dalam masa terdekat. Insyaallah.....
No comments:
Post a Comment