Makan tanpa segan-silu???? Apakah????
Kuala Lumpur: Baru dua hari umat Islam menjalani ibadah puasa namun ia dicemari dengan sikap segelintir masyarakat beragama Islam yang tanpa segan silu membeli makanan pada siang hari di beberapa restoran di sekitar ibu kota.
BEBERAPA kaki ponteng puasa dilihat makan di gerai menjual makanan.
Lebih teruk pengusaha restoran terbabit juga didapati bersubahat dengan golongan tidak berpuasa ini apabila menjual makanan kepada mereka tanpa rasa bersalah.
Tinjauan Harian Metro selama beberapa jam semalam di sekitar ibu kota mendapati beberapa restoran menjadi tumpuan kaki ponteng puasa membeli makanan.
Hasil pemerhatian mendapati, kebanyakan mereka akan membeli makanan secara bungkus dan mengambil masa tidak lebih daripada lima minit untuk membelinya bagi mengelakkan diri mereka ditangkap pihak berkuasa.
Hasil pemerhatian mendapati, kebanyakan mereka akan membeli makanan secara bungkus dan mengambil masa tidak lebih daripada lima minit untuk membelinya bagi mengelakkan diri mereka ditangkap pihak berkuasa.
Bimbang identiti disedari, kaki ponteng terbabit akan masuk ke dalam restoran itu dengan memakai topi keledar berpenutup dan terus beredar sebaik membeli makanan.
Sumber berita : Harian Metro Online.
P/S : Ini cerita harian metro pada 12/7/2013. So maknanye kejadian ini berlaku 11/7/2013 iaitu puasa hari ke-2. Bro, inikan bulan ramadhan. Kalau ye pun tak puasa, hormat la sikit orang-orang sekitar yang berpuasa. Nak makan pun nyorok-nyorok la walaupun pada hakikatnya nyorok celah mana pun Allah taala akan nampak jugak. Lu pikir la sendiri......
No comments:
Post a Comment