Monday, March 23, 2009

Gambar Untuk Omak..

Gambar tak berapa clear sangat, biasa la kamera handphone murah. Walaupun gambarnyer macam blur2 tetapi yang penting maksud tersiratnya....

Soalan bonus untuk omak aku. Did u recognise anyone in this picture? jeng jeng jeng



Ini adalah tertemuan yang tidak disangka akan menjadi kenyataan sebab semuanya on the spot. Ok ok ok jalannnn... Tul tak kak chik. Kak cik, thanx for the gifts... Nanti kalau g London lagi jangan lupa beli jajan banyak2 eik

Aktiviti Gang Owner Kawasaki KIPS

Semalam ialah hari ahad bersamaan 22.3.2009. Hari ni lak ari isnin.. Hek lehhhh apo yang ko merepek ni jang.....

Semalam aku g jumpa ngan geng2 owner kawasaki kips kat dataran putrajaya. Dalam jadual sepatutnya sampai kul 9.00 tapi dengan selamba badaknyer aku sampai kat sana kul 10 dengan rasa tak bersalah nyer. Ade la dalam 21 orang. Waaaahhhhh ramai nyer. Lepas berkumpul kitorang pun gerak g mamak dekat mydin putrajaya. Ape ntah nama dier. Lain la kalau mamak tu bagi aku makan & minum free memang aku promote abis-abisan kt blog aku ni.
Ni la gamba2 yang sempat aku snap masa tengah lepak breakfast kat restoran mamak kat mydin putrajaya :


Ini dier motor2 kawasaki kips (dari versi lama sampai la versi baru) untuk dipertontonkan. Kalau korang terer yang mana satu kah moto aku?


Kalau ikutkan banyak lagi gambar2 moto yang aku snap maleh la pulak nak upload.... Nanti kang penuh la pulak storage memory tuk blog aku ni.... kalau korang nak tengok gamba banyak2 leh tengok kat website ni.... http://kips.forumotions.com/index.htm .... Sape2 yang nak join our group dipersilakan. Register free. Tapi kalau nak beli motor kawasaki kips kena bayar la beb.

Lepas kitorang da kenyang melantak breakfast, kitorang terus gerak g mandi manda kat sungai tekala. Sejuk giler airnyerrr.. Itu dekat2 tengahari kitorang sampai, airnya masih lagi sejuk. Ini dier gamba aku tengah posing baik punyer:


Seronok bangat sekali sekala dapat jadi macam orang bujang.... Kih kih kih












Pohon Anggur Sudah Berbunga

Lama sungguh aku tak update blog. Bukan ape, cuma tahap kemalasan aku untuk mengupdate blog ditahap maksimum. Tapi kan orang muda-muda selalu cakap pepatah orang tua-tua, nak seribu daya tak nak seribu dalih. Maksudnya 'lu pikir la sendiri'. Hua hua hua. Waduh waduh merepek aje aku ni. Saje nak warm up :o)

Aku just nak g tau pohon anggur aku yang aku tanam bulan 6 tahun lepas da berbunga. Ini buktinya. Jeng jeng jeng....



Ramai orang tanye kat aku bole ke pohon anggur berbuah manis kat malaysia? Haaaaa..... mula-mula aku memang tak percaya blakang aku tengok sendiri dengan bijik mata aku nurseri anggur kat bukit kapar meru. Ambik ko........ Berjuling-juling mata aku, geram je tengok buah anggur berjuntai-juntai ke bawah. Itu baru aku, bini aku lagi la. Siap da nak tekeluar bijik mata dier tengok buah anggur kat nurseri tuhhh. Kih kih kih (Jangan marah ye yang)

Sebenanyer da ramai orang kat malaysia ni da usahakan penanaman anggur secara kecil-kecilan (Akulah salah seorang daripadanya) ataupun secara besar-besaran. Kalau korang nak tengok dalam internet search je anggur malaysia kat google, nanti melambak image buah anggur malaysia kuar.
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birthday

  • Aku - 2 Oktober
  • Ma Mil - 19 Ogos
  • Nurin Hidayatullah - 10 Januari
  • Nurin Alya Fatihah - 21 Januari
  • Omak Aku - 21 September
  • Bapak Aku - 21 April