Monday, February 14, 2011

Scallops...

Aku selalu layan rancangan memasak di AFC. Tengok makanan diaorang memang menyelerakan. Presentation pun menarik. Al maklum la yang masak semua masakan tu chef-chef hebat. Tapi yang tak boleh blah bile guna ingredient wine & pork, adoooyaaaiiii harem wooow.

Last sunday, aku pergi pasar borong selangor. Ape lagi memborong la ape-apa barang dapur yang dah kehabisan tambah lagi barang-barang basah. Seperti biasa la, wusya-wusya seafood sekali ternampak scallops. Sape-sape yang tidak tahu haaaa ini ghupe scallops. Orang utara panggil scallops ni siput kemudi. Ada orang utara disini, sila sahkan ape yang aku cakapkan...



Dalam rancangan realiti top chef, protin ini merupakan salah satu kegemaran masakan chef yang mengambil bahagian dalam rancangan itu. Alamak melalut meleret-leret lak aku.

Masa kat pasar aku beli la scallops 1 kilo, leh tahan jugak harganya. Siap aku tanya akak yang jual scallops tu, nak masak scallops camne.Jap lagi aku ceritakan resepi dier + dimodified oleh aku. Sampai je rumah aku mulakan projek. Dari basuh scallops sampai aku siap masak. Licin woooo todap..

Ok, skunk resepi time:

1 kilo scallops dibasuh bersih - kalau tak bersih nanti ade yang gigit pasir, mau ka?
5 ulas bawang kicik
4 ulas bawang putih
1-2 inci halia (terpulang)
1 batang serai di ketuk
telur 2 bijik
sos cili
sos tiram
1 cili hijau/cili merah dibelah dua atau cili padi untuk kepedasan maksimum. Huhuhu
stok ayam
garam secukup rasa
lemon tuk asid (kalau seafood ni elok guna lemon bak kata tom collicolio - top chef head judge)
hirisan daun sup untuk hiasan

Cara memasak:

Blend bawang kicik, bawang putih & halia.
Tumis bahan-bahan yang diblend.
Masukkan sos tiram, sos cili, serai & cili.
Perah lemon... Agak-agak la nak perah banyak mane
Masukkan stok ayam & garam secukup rasa.
Pastu baru masukkan scallop & kacau pastu tutup kuali. Tunggu 4-5 minit.
Pecahkan telur pastu kacau. Bile telur da masak menu boleh dihidang....

Lupa lak nak namakan resepi. Disebabkan resepi ni aku yang buat aku namakan 'Scallops masak telur ala cili crab'. Selamat mencuba.

6 comments:

Unknown said...

uish, pandai masak ruponya..ni yang eden terliur ni..hehehe..

ammen da' craziest said...

acemen...da kuar resipi baru nampak ??? nih yg x sabar nak dtg test nih...hahaha...tp ontah ado x nanti scallop tuh kang ?? hehehe...

IAD UPNM said...

Abdul Razak : nak kata pandai masak sangat tu x de la. Bakat memasak semulajadi yang diperolehi masa wife peknen anak pertama.

Ammen Da Craziest : Kalau nak aku masak, ko beli je scallops tu, nanti aku masakkan... :)

NORMILA MUHAMAD said...

sejak en suami masak ari-ari ni, skill masak i beransur2 hilang...

IAD UPNM said...

He he he...

xplorer said...

pembetulan - siput kemudi bukan mcm ni .check out my blog utk rupa sebenar , saya baru beli last week

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birthday

  • Aku - 2 Oktober
  • Ma Mil - 19 Ogos
  • Nurin Hidayatullah - 10 Januari
  • Nurin Alya Fatihah - 21 Januari
  • Omak Aku - 21 September
  • Bapak Aku - 21 April