Wednesday, November 10, 2010

Bangun Pagi Pergi Kerja.... Bla bla bla

Pagi ni malas betul aku nak bangun tido. Sedap sangat tido. Tapi ku gagahkan diri untuk bangun jugak kerana perlu mencari rezeki untuk anak bini. He he he. (Ayat untuk memotivasikan diri).

Ada satu pagi di waktu hari bekerja, anak aku yang sulung bernama nurin hidayatullah bertanya kepada aku, arini boleh cuti tak? perghhhh ganas punyer soklan. Aku pun menjawab, kakak kena g skool. Nak jadi doktor kena g skool.. Pastu nurin jawab, oooo ok.

Dah besar rupanya anak aku, dah boleh paham ape yang aku cuba sampaikan. Bukan nurin je, alya pun same gak. Disuruh ambil apa-apa, dia akan buat. Itupun ikut mood jugak, kalau tak ok memang dier buat dekkkkk je. Macam bapaknyer. Kih kih kih. Anak bapak...

Tuesday, November 9, 2010

Cerita Papan Tanda Lalulintas

Pokok Orkid Berbunga 1

Pokok orkid ni aku da beli lama da, ada la dalam 5 pokok. Perghhh giler tamaks. Pokok orkid ni aku tak tau apa namanye tapi ini jenis orkid yang akarnya menjurai kebawah. Aku beli kat Pesta Flora tahun 2010 di Putrajaya. Aku pun taktau la camne aku leh terbeli pokok orkid ni, tiba-tiba je aku terminat. Susah betul kalau da terminat. Bila da terminat kena la pulak ada komitmennyer. Kalau tak nanti asik kena bahan ngan bini je. He he he.

Kalau ikutkan memang da lame da plan nak menjebakkan diri dalam dunia orkid ni tapi hold dulu. Mana taknye, orang kata orkid ni mahal la, susah nak jaga la, senang nak mati la apa la itu la ini la. Tapi mak aku pulak cakap wan depan umah kat bangi cuma siram pokok orkid je, subur pulak tuhhh... Ish ish ish... Wusya blog orkid sana, wusya blog orkid sini, akhirnya terbukak jugak hati untuk membeli orkid.

Kat bawah ni ade sedikit gambar orkid yang telah berbunga mekar untuk tatapan sahabat semua. Layannn.....





Tujuan Blogging

Selama aku blogging ni, aku tidak tahu apakah tujuan aku berblogging. Itu yang menyebabkan aku kejap update kejap senyap pastu update lagi sampai la satu tahap iaitu hari ini aku bertanya kepada diri apakah tujuan aku berblogging. Kalau diajukan soalan ini kepada blogger-blogger di luar sana pasti pelbagai jawapan akan ke udara.

Setelah diperam dan difikirkan secara mendalam berkenaan perkara ini, ini pulak jawapan aku. Aku berblogging untuk berkarya kerana kerja aku di UM memerlukan aku mengarang dan memurnikan ayat supaya tidak terlalu lembut atau terlalu kasar. Ini kerana untuk menjaga hati auditee. Jadi blog ini merupakan satu platform untuk aku mengkayakan lagi tatabahasa dan pemahaman aku dalam dunia pengarangan.... He he he.

P/S : Minta maaf la sekiranya ada pihak-pihak yang tidak memahami pernyataan diatas.

Tawaran Kerja

Bulan oktober yang lalu aku telah ditawarkan bekerja sebagai Juruaudit Dalam W41 (Tetap) P1 T10 di MAIS. Pelbagai pihak telah ku tanya dan pelbagai jawapan jugak yang aku terima. Dengan dukacitanya aku telah menolak tawaran tersebut setelah mempertimbangkan beberapa perkara.

Adakah aku telah menolak rezeki yang datang, atau mungkinkah ada tawaran yang lebih menarik dimasa akan datang?

Pergi Haji

Tengok tajuk macam nak cerita yang aku pergi haji, sekali bukan daaaa. Jangan marah yer....

Musim haji tahun ini bos aku (Unit Audit Dalam UM) dan ex-bos aku (Halim Ahmad & Co) pergi haji. Semoga diharapkan kedua-dua bos dapat haji mabrur dan selamat pergi dan selamat pulang ke Malaysia. Aminnn. Kedua-duanya masih muda iaitu 40-an.

Agak-agaknya turn aku bila eik? Ni yang nak kena register nama kat lembaga tabung haji awal-awal ni...... :)

Monday, November 1, 2010

Teka Gambar Episod 2

Dalam entry teka gambar episod 1 yang lalu adalah berkenaan carian gambar isteri aku. Entry teka gambar kali ini adalah carian tuk gambar aku masa muda-muda dulu... Clue raut wajah aku masa muda-muda adalah di entry ZAMAN SEKOLAH MASA MUDA-MUDA....







Zaman Sekolah Masa Muda-Muda Dulu







Blue Team



Kalau korang terer, bole tak bagitau bagaimana kedudukan kamera ketika gambar ini diambil? jeng jeng jeng

Teka Gambar..

Cuba cari gambar tersembunyi. Dimanakah isteri aku yang bernama Normila?

Gelagat Nurin & Alya









Raya 2010

Tak reti la nak cerita. Tengok je la gambo. Layannnn... He he he







Selamat Hari Jadi Isteriku, Normila

Salam Semua.

Lama betul aku tinggalkan dunia blogging ni, bila kemalasan datang melanda camni la jadinya. Walaubagaimanapun aktivit blogging harus diteruskan hingga ke akhir hayat. Hidup Pie.... Wakakakaka.



Sebenanyer ini cerita lama tapi aku nak coretkan jugak untuk dijadikan kenangan dalam tahun 2010. Pada 18/9/2010 yang lalu adalah harijadi isteri aku yang ke 30. Ucapan untuk isteriku.... SELAMAT HARI JADI, SEMOGA PANJANG UMUR & DIMURAHKAN REZEKI (Biasalah ayat standard tapi ade ayat tambahan sikit kat belakang ni). Semoga kehidupan kita sekeluarga aman, bahagia dan selamat dunia akhirat. Aminnnnnnn....



Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birthday

  • Aku - 2 Oktober
  • Ma Mil - 19 Ogos
  • Nurin Hidayatullah - 10 Januari
  • Nurin Alya Fatihah - 21 Januari
  • Omak Aku - 21 September
  • Bapak Aku - 21 April