Cara - Cara Menanam Pohon Anggur
Cara menguna tapak
1. Tanah yang berpasir sesuai bagi tanaman anggur.
2. Gemburkan tanah dan korek lubang sedalam 11/2 kaki, lebar 2 kaki . Adalah lagi baik bagi tanah berbukit yang tidak air bertakung didalamnya. Masukan tanah yang telus air dicampurkan dengan sedikit baja kedalam lubang yang disediakan.
3. Bagi tanah rata atau berpaya tanaman berbatas amat digalakan bagi mengelakan akar pokok daripada terendam air.
4. Sekurang-kurangnya 1 kaki tinggi dan 1 1/2 kaki lebar batas diperlukan.
5. Saluran air amat penting supaya air tidak bertakung disekitar pokok.
6. Hindarkan menanam ditanah yang mengandungi garam (masin), tanah gersang atau tanah yang kurang penyerapan airnya.
7. Tanam secara pasu digalakan bagi kawasan perumahan.
8. Sinaran matahari amat perlu bagi penanaman anggur, sekurang-kurang 80% ke 100% sinaran matahari diperlukan.
9. Kawasan berbumbung yang telus sinaran matahari amat digalakan supaya mendapat tanaman yang sihat dan senang diawasi dari serangan penyakit.
10. Tanaman secara pasu pula, pasu yang berukuran 16-18 inci luas dan 14-18 inci dalam sudah mencukupi bagi setiap pohon anggur yang sihat dan menghasilkan buah yang bermutu.
Pemangkasan dan Latihan
1. Permotongan hendaklah dibuat apabila pokok setinggi 5 kaki. Buang semua daun, ranting yang kurang sihat dan potong pucuknya.
2. Pastikan cabang merayap ikut arah yang dikehendaki .
Pemangkasan untuk Pembuahan
1. Tabur baja penggalak bunga 20 hari sebelum pemangkasan dibuat.
2. Buang semua daun dan potong cabang yang tidak dikehendaki.
3. Potong semua ranting yang kurang sihat dan potong ranting yang sihat sekadar 4 atau 5 mata tumbuh dari cabang.
4. Potong pucuk kira - kira 4 atau 5 kaki dari cabang.
5. Uruskan kerja dengan baik dan teratur .
6. Bersihkan dikawasan pokok dan buangkan daun-daun yang gugur disekitarnya .
Kaedah Penyiraman Pohon Anggur
1. Penyiraman boleh dibuat apabila didapati tanah disekeliling pokok itu kering.
2. Penyiraman memerlukan air yang banyak, AWAS ! jangan bertakung.
3. Sebaik-baiknya penyiraman dibuat pada sebelah petang atau awal pagi.
4. Siram cara berhati-hati dengan siraman air yang perlahan.
5. Buat siraman pada pangkal pokok, daun tidak memerlukan air.
6. Kurangkan siraman semasa buah sedang masak atau 20 hari sebelum dipetik buahnya.
Kadar Pembajaan Pohon Anggur
1. Baja organik amat sesuai bagi pokok muda.
2. Sebaiknya gunakan baja NPK yang sama pada pokok muda.
3. Tabur baja 1 kaki dari pangkal pokok, jikalau ditanam diatas tanah dan sedikit jauh dari batang jikalau didalam pasu.
4. Jarak yang terbaik sesuatu pembajaan ialah 7 - 10 hari.
5. Kurangkan angaran yang dicadangkan oleh pengeluar baja, gunakan 50% - 60% dari angaran yang sebenarnya.
Menambah Kemanisan Buah
1. Pendedahan pokok pada cahaya matahari pada tahap 60% keatas.
2. Penyiraman haruslah dikurangkan atau dihentikan apabila buah hampir masak. (20 hari sebelum buah dipetik)
3. Tanaman secara batas dan sistem pengairan yang baik dapat membantu mengelakkan air berlebihan di kawasan akar.
4. Merancang pembuhan pada musim panas.
5. Pastikan buah yang dipetik benar-benar masak iaitu 110 hingga 120 hari daripada masa pembungaan (buah yang kurang matang rasanya masam ).
6. Kawal pokok dari terkena penyakit kulat (Milldew) yang menyebabkan buah menjadi masam.
No comments:
Post a Comment