Monday, September 29, 2008

Ari ni aku kena jadi babysitter....daaaa

Sebenanyer kalau ikutkan da banyak kali aku kena jadi babysitter untuk anak-anak aku.. Tapi arini baru tergerak nak coretkan dalam blog aku ni.. Mane la tau kot-kot satu hari nanti anak-anak aku ni terbaca blog yang ditulis oleh papanyer....

Kalau ikutkan aku start cuti raya dari 27hb Sept -7hb Oct.. Tapi balik kampungnyer 30hb Sept. Sebab 29hb Sept bini aku kena keje lagi daaaa... Ingatkan 29hb Sept leh la buat ape-ape yang patut, servis kete ke, kemas-kemas umah ke, ape-ape je la yang berpaedah. Al maklum la nak rayer kena la rumah kemas-kemas sikit. Blakang babysitter tak dapat jaga anak-anak aku sebab dier nak balik kampung.. Addooooyaaaiiiii.. Kesimpulannyer aku la yang kena jaga anak aku.. Sape lagi kalau bukan aku yang kena jaga.. Bapa mithali la katakan..

Friday, September 26, 2008

Lawak Gaban Peringkat Ke-3

Keluhan seorang SUAMI:
Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, tak payah kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.
Keluhan seorang ISTERI:
Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain..
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain
SUAMI KELUAR MASUK DISKO
Seorang ibu muda sedang mengadu pada temannya,
"Aku terpaksa minta cerai dari suamiku."
"Kenapa..?" tanya temannya kehairanan.
"Habis, hampir setiap malam kerjanya keluar masuk disko," jawab si ibu muda.
"OOOOhh, jadi suamimu itu kaki disko lah yer.. ?" tanya temannya lagi.
"Bukan begitu...,sebenarnya dia ke sana mencari aku !" jawab si ibu muda.
KETURUNAN ORANG KAYA
Ada seorang Ibu sedang bercerita pada anaknya.
Ibu :"Dulu katanya keluarga kita adalah keluarga yang sangat kaya raya
dan kekayaan harta keluarga kita cukup untuk 7 turunan".
Anak :"Tapi, kenapa keluarga kita sekarang miskin sangat bu?"
Ibu (tersipu malu) : "Kerana kita ini keturunan yang ke 8
ANAK BERUANG KUTUB
Suatu hari di Antartika, seekor beruang kutub sedang duduk di salju dengananaknya.
Tiba-tiba anak beruang bertanya,"Ayah, apakah saya 100% beruang kutub?"
Ayah beruang itu menjawab,"Tentu saja, Nak. Kamu 100% beruang kutub!"
Beberapa menit kemudian, anak beruang itu kembali bertanya,"Ayah, katakan yang sebenarnya. Saya pasti bisa menerima kenyataan. Betulkah saya 100%beruang kutub? Bukan beruang madu, bukan beruang coklat dan bukan beruang panda?"Si Ayah beruang itu menjawab,"Nak, ayah 100% beruang kutub, dan ibumu 100%beruang kutub, jadi kamu juga jelas-jelas 100% beruang kutub."Setelah beberapa menit berlalu, si anak bertanya lagi,"Ayah, jangan berpikir kalau Ayah berkata jujur akan membuat saya sedih. Saya tidaksedih. Saya cuma ingin tahu, apa saya benar-benar 100% beruang kutub?"Ayah beruang mulai tertekan dengan pertanyaan-pertanyaan anaknya. Kini diabalik bertanya kepada si anak,"Nak, kenapa kamu terus meragukan kalau kamumemang 100% beruang kutub?"Si anak beruang menjawab,"Karena saya kedinginan!"
POSMEN
Seorang posmen yang datang menghantar surat .
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?"
Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan Maaf Zahir Batin

Hari yang baik ni, aku sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Kepada sesiapa yang mengenali keluarga ini, aku mewakili ahli keluarga berbesar hati ingin menjemput anda sekalian datang beraya ke rumah....Tapi sebelum datang rumah, haraplah dapat inform awal-awal kalau nak makan sedap la. Kalau tak aku hidang kuih n air ribena je la...Itu pun kalau stok ribena ada lagi. Kalau tak aku hidang air kocong je la..Huahuahua.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
&
MAAF ZAHIR BATIN

Wednesday, September 24, 2008

Kejap je anak-anak aku da besar

Ni lak gambo nurin n alya setelah mandi dan di make up oleh mamanyer.....

Ni lak nurin n alya tengah sahur kat Kfc tesco shah alam kul 2.00 petang... Huahuahua

Ni, adik aku din tgk dokong nurin n alya....


Sedar tak sedar aku da de 2 anak perempuan yang comel. Kejap je masa berlalu. Kalau korang nak tau usia anak aku....haaaaa..... kat sebelah aku de buat age dier. Korang tengok la sendiri eik. Usia yang tepat, tak men la bundar-bundar. Hehehe.....

Meja Study Nurin

Sebenanye da lama aku nak belikan meja study tuk nurin (anak aku yang pertama). Wusha punya wusha x bekenan.. Ada satu tu meja study tuk budak-budak tapi tgk mcm cepat barai je. Maksud aku tak tahan lama la. Tapi rega memang murah la. Tambah-tambah lagi dua-dua anak aku ni lasak, stakat dier nak panjat grill tingkat 7 takde hal la... Biase la well train by her father. Huahuahua

Malam tadi la, aku ajak bini aku tapi anak aku sibuk-sibuk je nak ikut. Anak aku tu pantang tengok aku kuar umah skit. Kalau tak dapat ikut mula la nak melalak. Adooooyaaaaaiii... Camne nak kuar g dating ni.. Kih kih kih.. Korang jangan bagitau bini aku, nanti abis aku kena sekeh singa betina aura peringkat ke-9. Mane aku nak nyorok.

Aku n family pun jalan-jalan la kat kedai perabot kat area-area umah aku. Tengok-tengok je terus berkenan sebabnyer kayu solid. Tapi takde la berat sangat. Baru la tahan lama skit. Ko bayangkan la setakat kerusi dinner aku tu pun nurin leh heret gi mane-mane. Kalau bukan anak aku yang alihkan sape lagi. Macam kusi dinner aku tu ada kaki nak jalan-jalan. Hehehe.

Sampai-sampai je kat umah aku kuarkan meja study nurin, pastu dier lak semangat-semangat nak kaler buku n lepak-lepak kat meja baru dier.... Wah wah wah.. Ini macam banyak bagus. Nanti papa beli nurin n alya banyak-banyak yer, belajar rajin-rajin jangan jadi macam bapak ko ni yang malas :)..



Tuesday, September 23, 2008

Kedai Vantage Kat Plaza Masalam, Shah Alam

Sape suka vantage angkat tangan? Sayaaaaa..... Macam anak aku la korang ni. Untuk pengetahuan korang, ini adalah kedai vantage yang pertama dimalaysia. Bini aku la yang cakap, kalau aku cakap salah maknanya dia tipu aku la..Kuang kuang kuang. Nape tak pecaya ke? Suke hati korang la.... Bini aku bukan owner kedai ni, bini aku tolong jagakan je... Kalau viruspadu tahu pasal kedai ni mesti dia ajak en laloque gi sekarang jugak ....Huahuahua.. Kalau korang nak special price kena la beli ngan bini aku. Bini aku keje dari ari isnin sampai ari jumaat dari pukul 11 pagi hingga 6 petang. So kalau korang gi ari sabtu ke ahad ke memang tak dapat la jumpa bini aku.. Sape-sape yang lom tau nama bini aku,ni aku bagitau. Nama dia normila tapi orang selalo panggil dia mil je. Camne rupa bini aku,aku da penah post gambo dier sebelum-sebelum ni. So pandai-pandai korang la caari eik, da besar... Kalau bukan laki sendiri yang nak promote bini sape lagi kan..


Water Treatment

Ni aku nak citer skit.. Dulu aku memang anti kalau ade orang approach nak jual barang. Ntah macam mana ada satu hari tu, tiba-tiba lak aku tebuka kat hati nak beli water treatment.. Bukan agen jual-jual yang cari aku,aku lak yang cari diaorang. Biler aku da nekad nak cari memang aku beli la kesimpulannya. Tak kisah la mahal yang penting berbaloi. Kalau orang korporat cakap investment...huahuahua..

Water treatment n water filter lain tau.. Meh sini aku citer skit dalam bahasa yang mudah apa beza antara water treatment n water filter. Water Treatment ialah air paip yang ditapis dan dirawat menjadi air yang bertenaga dan bermineral.Water Filter lak ialah air paip yang ditapis sahaja.Kalau sape-sape nak tahu maklumat lanjut berkenaan perkara ini silalah berjumpa dengan agen yang jual produk water treatment. Sebab mereka-mereka lagi arif... Nanti kang salah citer masak aku nak jawab. Itu kalau masak,kalau hangus sape nak bertanggungjawab...Kih kih kih..

Aku ni da tesasar jauh lak. Ok kiter balik ke pangkal jalan. Aku cuma nak cakap walaupun kawasan taman umah aku ni kawasan perumahan baru tapi bile aku cuci water treatment masyaallah memang ketezut jugak la aku dibuatnya. Nape tak pecaya ke apa yang aku cakap.. Meh sini ramai-ramai kita tengok gambar dibawah ni untuk tatapan bersama.




So, sekarang apa pendapat korang? Komen jangan tak komen.....

Monday, September 22, 2008

Ikan Peliharaan Yang Pernah Menjadi KegilaanKu Suatu Masa Dahulu






Tak tau la pulak aku..... Sape leh kompemkan?

Rahsia Di Dalam Ais"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia" - email yang diterima dari seorang kenalan..

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.
Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh..
Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
Mandi air sejuk akan menguatkan tulang.
Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah.
Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut.
Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi denganunsur-unsur yang panas.
Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Macam-macam La Kawan Aku Yang Sorang Ni


Aku ada membe yang namanya dirahsiakan. Nanti bocor rahsia aku, tak pasal-pasal aku yang kena. Membe aku ni suka sangat kacau Kak Ina. Bosan-bosan je tepon kak ina. Dia punya la suka kalau kak ina pick up call. Dia cakap kak ina ni ceria la, hati riang la macam kanak-kanak ribena. Aku dengarkan aje la. Padahal aku tau sape kak ina tu, singa betina maaaaa... Aku kalau nak kacau dier pun kena pikir 2 3 kali. Garang wooooo...


Sape-sape yang nak kenal kak ina, wajahnya ada dalam gamba yang aku tepek kat atas ni.. Cluenyer dier pakai gigi besi. Itu baru gigi besi lom lagi gigi taring.. Kih kih kih. Jangan mare ye kak ina. Saje nak gurau-gurau bulan pose ni baru la ceria. Takde la nak melepek je macam orang tak makan 10 hari.

Sape nak kenal sama Ex-membe opis lama aku?

Sori la geng, aku da lame tak update blog. Tu yang tiba-tiba ade mood nak tulis macam-macam. Sampai kawan pun aku nk promote... Kecoh tul kan aku. Hik hik hik.



Aku ade ex-membe opis lama. Yang aku tau dulu dier da de bf, blakang aku tanye balik. Ntah la itu la ini la... Tiba-tiba arini aku terbaik hati lak, sape-sape yang berkenan nak kenal sama ex-membe opis lama aku roger la aku.. Nanti aku leh gedeng-gedengkan. Hua hua hua....



P/S: Untuk pengetahuan korang, yang baju kaler ijau tu da kawen eik... Jangan tersalah kenan lak, nanti tak pasal-pasal lebam mata sebijik kang. Itu kalau sebijik, kalau dua bijik lu pikir sendiri la.... Aku tak nak tanggungjawab ye..

Selamat Hari Jadi Mak Yang Ke-54

Semalam, 21hb September 2008 merupakan hari jadi mak aku yang ke-54. Itupun bini aku yang ingatkan.. Nak harapkan aku hingat apa-apa? Jangan harap la Hua hua hua :)

Mula-mula aku tak terfikir nak buat surprise.. Tiba-tiba lak terlintas di fikiran nak buat surprise.. Jeng jeng jeng

Surprisenyer ialah dengan membeli kek blueberry cheese kat secret recipe tanpa pengetahuan mak aku. Siap sorokkan dalam kete tuhhh. Takut mak aku nampak, nanti tak surprise la. Pastu aku roger adik-beradik aku supaya semua kena buka pose kat umah. Dan yang paling betul-betul surprise yang aku buat ialah lepas semua ahli keluarga buka pose aku bagi signal kat adik aku supaya keluarkan kek yang aku beli.... Apa lagi mak aku tersenyum lebar la... Kih kih kih.... Nanti gambo kek aku post kemudian sebab aku lupe la nak snap gambo kek mak aku tuhh. Adik aku (din) yang snap... Selamat.... kalau tak, takde bukti. Huhuhu

Sape nk raser kek yang aku beli tuk mak aku tuhhh beli sendiri la eik. Tapi kalau tak malu korang mintak la kat mak aku, itupun kalau ada lagi.

Selamat Hari Jadi Mak, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.... Luv u so much
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birthday

  • Aku - 2 Oktober
  • Ma Mil - 19 Ogos
  • Nurin Hidayatullah - 10 Januari
  • Nurin Alya Fatihah - 21 Januari
  • Omak Aku - 21 September
  • Bapak Aku - 21 April