Genap sudah 5 bulan ayah meninggal aku untuk selama-lamanya. Pelbagai kenangan ketika bersama dengan ayah muncul di ingatan. Aku tidak menyangka yang ayah pergi secepat ini. Belum puas aku berguru, bergurau, berbakti kepadanya, Tapi apa boleh buat, Allah Taala lebih menyayangi dia daripada aku.
Benarlah kata Allah,
Setiap yang hidup akan merasai mati, dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesengan sebagai cubaan, dan kepada kamilah kamu akan kembali (Al-Anbiya ayat 35)
Dan bagi umat ada tempoh ajalnya (yang telah ditetapkan), maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka melambatkan walaupun sesaat, dan tidak dapat pula mereka mempercepatkannya (Al-Araf Ayat 34)
Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekali pun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh (An-Nisa Ayat 78)
Bersambung....
No comments:
Post a Comment