Aku kongsi serba sedikit apa yang aku ingat. Kalau nak tahu lebih mendalam, sila hadiri kelas pengurusan jenazah yang dianjurkan oleh masjid/surau di tempat anda.
Illustrasi sahaja
Langkah-langkah Yang Perlu Dilakukan Ketika Ayah Menghembus Nafas Terakhir Di Rumah.
1. Hubungi hospital berdekatan dan tunggu sehingga pegawai hospital sampai di rumah. Pegawai hospital akan mengesahkan kematian seseorang itu, waktu kematian dan tempat kematian.
2. Ambil surat pengesahan kematian dan buat laporan di balai berdekatan untuk Pengesahan Pengebumian Jenazah (Permit Kubur). Pegawai polis akan datang ke rumah untuk memeriksa jenazah dalam memastikan tiada unsur jenayah yang wujud.
3. Minta bantuan pihak Qariah masjid/surau dalam menguruskan tempat pengebumian dan proses jenazah untuk dimandi dan di kafan. Beri satu salinan permit kubur kepada qariah untuk perekodan.
4. Bawa kad pengenalan jenazah dan surat pengesahan pengebumian dan daftar kematian di Jabatan Pendaftaran Negara untuk sijil kematian.
Perkara Yang Perlu Untuk Menjaga Kehormatan Jenazah.
1. Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya. Pastikan aurat jenazah tidak terdedah.
2. Rapatkan kedua belah matanya dan berdoa (sunat) "Dengan nama Allah dan Rasul, Ya Allah ampunkan dia dan kasihanilah dia"
3. Qiamkan kedua tangannya seperti dalam solat.
4. Rapatkan mulutnya.
5. Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya.
6. Luruskan kakinya.
7. Ikatkan kedua ibu jari kakinya.
8. Letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perut jenazah untuk mengelakkan perut jadi buncit atau kembong.
9. Letakkan jenazah di tempat yang tinggi.
10. Tutup jenazah dengan sehelai kain yang nipis. Ini memudahkan wap keluar dan melambatkan ianya berbau.
11. Sunat meletakkan jenazah dengan kakinya menghadap ke Qiblat, kepala ditinggikan sedikit, beralas dengan bantal, supaya mukanya juga dapat dihadapkan ke Qiblat.
No comments:
Post a Comment