Thursday, June 20, 2013

Sumber Berita Harian Metro - 20 Jun 2013

Padah 'Kejar' Kapal Terbang....

Kota Kinabalu: Tindakan empat pelancong Hong Kong mengingkari arahan pengawal landasan kereta api supaya tidak menyeberangi laluan ketika sebuah kereta api melintas menerima padah apabila kenderaan dinaiki diseret hampir 10 meter hingga menyebabkan seorang daripada mereka maut.

Dalam kejadian jam 5.45 petang di Jalan Lintas berhampiran Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) semalam, seorang lelaki berusia 50-an maut, manakala tiga ahli keluarganya cedera ringan apabila kenderaan berkenaan diseret sebelum berpusing beberapa kali lalu merempuh sebuah Perodua Myvi berhampiran.
Semua mangsa dikeluarkan sepasukan bomba sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini, untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, tiga penumpang Myvi termasuk bayi berusia satu tahun tidak cedera dan 200 penumpang kereta api dari stesen Tanjung Aru ke Beaufort juga selamat.

Foto
MANGSA yang tersepit sebelum dikeluarkan anggota bomba.
 
Foto
ANGGOTA polis dan bomba menjalankan siasatan.

Menurut pengawal landasan dikenali sebagai Ag Zarin, 30, ketika kejadian dia melihat sebuah Hyundai Accent memandu laju ke arah KLIA.

P/S : Pesanan khidmat masyarakat.... Hati-hati ketika memandu....

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birthday

  • Aku - 2 Oktober
  • Ma Mil - 19 Ogos
  • Nurin Hidayatullah - 10 Januari
  • Nurin Alya Fatihah - 21 Januari
  • Omak Aku - 21 September
  • Bapak Aku - 21 April