Lama betul aku tidak mengupdate blog. Kemalasan datang melanda, habis aktiviti rutin ditinggalkan. Apa-apa pun aku bersyukur kerana telah dikejutkan oleh Allah Taala dan masih diberi peluang untuk meneruskan hidup dan berdakwah di muka bumi ini. Alhamdulillah.
Insyaallah mulai hari ini dan hari-hari mendatang, aku akan cuba untuk update blog. Kalau tak setiap hari pun, mungkin 3 kali seminggu. Tajuk entry masih lagi berkisar berkenaan kehidupan aku sebagai seorang hamba allah, seorang anak, seorang suami dan yang pastinya bukan seorang datuk... Hihihi. Aku akan cuba yang terbaik dalam memastikan aku sentiasa berdakwah dan menasihati diri aku agar tidak sia-sia ditelan masa.
Sebab tu la korang baca tajuk entry ni macam familiar je kan. Sape yang layan channel AFC tau la. Sebagai permulaan aku freshkan dulu skin blog agar nampak kelainan daripada biasa. Nak jadi seorang yang luar biasa kena melakukan sesuatu yang luar biasa. Apakah yang aku maksudkan di sini? Rujuk pada nota kaki di bawah.
Oleh kerana aku baru suam-suam kuku untuk mengaktifkan semula blog, so aku stop kat sini dulu. Nanti kan kemunculannya. Jeng jeng jeng.
Take care and have a nice day....
*Perkataan luar biasa maksudnya lebih dari yang biasa, yang ekstreme. Bila dia melakukan sesuatu, dia melakukannya dengan dua kali ganda kesungguhan, lebih kuat dari yang biasa dilakukan oleh ramai orang.
No comments:
Post a Comment