Tuesday, June 4, 2013

Seminar Hidup Luar Biasa... Siri 1

Siapa kenal Dr Azizan Osman?

Ade aku kisah siapa Dr Azizan Osman. Tapi itu dulu.... Lepas aku pergi seminar beliau, baru aku tahu kenapa orang-orang kat Malaysia ni beria sangat nak pergi seminar anjuran beliau. Ni aku copy paste background Dr Azizan Osman dari website Richworks Group of Companis.

Azizan Osman
Pengarang, Penceramah, Usahawan & Jurulatih Kejayaan

Mentor Pemasaran, Pengiklanan dan Jualan


Dr Azizan Osman memulakan latihan untuk menjadi seorang pakar dalam pemasaran dan jualan antarabangsa di dalam salah sebuah organisasi terkemuka di London bermula pada tahun 2001.

Pada waktu itu, Dr Azizan menyertai organisasi tersebut untuk menjadi seorang pemasar berjaya, yang mampu menjual apa sahaja produk dan perkhidmatan yang dipromosikan kepada sesiapa yang memerlukannya.

Bakat yang dimiliki untuk menjalankan tugasan pemasaran telah membuka banyak peluang kepada beliau dan salah satu daripada peluang tersebut adalah membangunkan sebuah pasukan pemasaran yang diketuai oleh beliau sendiri.

Tidak lama lepas itu, Dr Azizan telah lantik sebagai Pengurus Projek apabila beliau menunjukkan bakat sebagai seorang pemimpin.

Dengan rekod cemerlang yang dimiliki serta kepakaran pemasaran yang luar biasa, Dr Azizan kemudian ditawarkan oleh majikannya untuk menubuhkan syarikatnya sendiri. Hanya dalam masa dua tahun berkhidmat, Dr Azizan telah membawa kredibiliti beliau sebagai seorang pakar pemasaran antarabangsa ke tahap yang lebih tinggi apabila diberi “Anugerah Platinum Pengerusi Antarabangsa”, satu penghormatan tertinggi yang dianugerahkan oleh organisasi tersebut.

Dalam tempoh perkhidmatan selama 8 tahun penuh makna dan menempa banyak kejayaan bersama organisasi terkemuka yang berpusat di kota London, Dr Azizan Osman telah merangkul sebanyak 14 anugerah individu bagi prestasi dan kejayaan beliau dalam bidang kepimpinan, pengurusan, pengurusan sumber manusia, pengiklanan serta pemasaran, iaitu bidang-bidang yang amat beliau minati.

Pada tahun 2008, Dr Azizan Osman telah mengambil langkah berani meninggalkan organisasi tersebut untuk meneruskan impian beliau memiliki syarikat sendiri dalam bidang pembangunan manusia serta beberapa lagi cabang perniagaan yang beliau minati. Aset terhebat yang telah beliau bawa bersama adalah pengalaman dan kerja keras yang diperolehi selama 8 tahun, untuk dikongsikan dengan mereka yang memerlukan kepakaran beliau dalam industri tempatan.

Usahawan & Perunding Perniagaah Berjaya

Selepas meninggalkan prinsipalnya, Dr Azizan Osman meneruskan pembangunan perniagaannya dengan memfokus kepada pembangunan manusia dan latihan. 3 tahun kemudian, Dr Azizan dengan bangganya menjadi pemilik sebuah perniagaan konglomerat multinasional yang dirangkumi oleh 12 anak syarikat di bawah naungan Kumpulan Richworks.

Kumpulan syarikat ini meliputi pelbagai cabang perniagaan termasuk perunding pengiklanan dan pemasaran, rekaan grafik dan percetakan, perdagangan import eksport, penerbitan buku, media sosial dan web, kecantikan dan kesihatan, pengurusan acara serta perkhidmatan korporat dan perakaunan.

Kejayaan Dr Azizan telah mendapat liputan luas media tempatan dan kini beliau dikenali sebagai seorang mentor perniagaan terulung di Malaysia, atas keinginan dan keazaman beliau untuk membantu pemilik-pemilik perniagaan lain mencapai potensi mereka sepenuhnya dalam industri masing-masing. Bantuan yang beliau berikan adalah dalam pelbagai bentuk termasuk seminar, bual bicara, latihan, bimbingan peribadi, menjadi penulis tamu di dalam kolum beliau dalam sebuah akhbar tabloid terbesar tempatan serta muncul dalam program televisyen secara mingguan.

Bersambung.......

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birthday

  • Aku - 2 Oktober
  • Ma Mil - 19 Ogos
  • Nurin Hidayatullah - 10 Januari
  • Nurin Alya Fatihah - 21 Januari
  • Omak Aku - 21 September
  • Bapak Aku - 21 April